Thursday, July 15, 2010

buat suamiku, bintang hati ummi ^_^

Suamiku

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita

Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu rusuknya bengkok
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya

Suamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..

actually sajak ni di petik dr blogger lain (ummusaif)..tp, rs yg sama buat suamiku..
** saya sayang abang **

Tuesday, June 29, 2010

diAm taK diAm

salam..

diam tak diam..rupa2 nye, baru aku sedar..
minggu depan, genap kandunganku ini 24 weeks@6 bulan..
alhamdulillah, selama tu jugak aku dh membawa anakku ini kemana jua walau dalam keadaan ape jua..

ummi sayang anak ummi ^_^

semoganya, anak ummi ni membesar dgn sihat n senantiasa mengingati jasa ummi n walid kelak ye..

geRak2 aNak uMmi

sempena world cup ni, anak ummi ni memang galak bergerak2 dlm perut ummi ni ye..
xpe, ummi suke..bergerak maknenye anak ummi sihat dan gembira dlm sane tu..
kelak, ummi harap anak ummi akan sentiasa n kekal gembira n sihat bile lahir di dunia ni ye..
temankan ummi n walid..
^_^

eh, lupe lak..
hrtu, ummi jalan2 rs seronok tgk barang2 baby..
nk beli, ingat walid pesan.. awal lg..
erm, udahnye ummi beli barut n sarung tangan n kaki je utk ank ummi ye..
i'Allah, ade rezeki kte bli lg..huhu

 ++ kalau leh, xnk berbelanja lebih utk anak..
bukan berkira tetapi nk latih die bersederhana dlm semua benda,
apepun, yg terbaik utk anak ummi ++

Friday, June 25, 2010

gOnE!!

salam..

cerita ni berlaku semalam..
hari semalam yg memilukan aku.

alkisah...
setibanya di stesen lrt Kelana Jaya..mcm biasa le menapak trus menyeberang ke sbelah jalan utk tggu bintangku amik blk umah...
port bisa, tepi 7E..

lpas tepon bintangku utk menyatakan bahawasanya aku dh tiba n tggu die kt sblh 7E tu (sambil main kasut), terasa nk mkn eskrim..
bile pusing je belakang..sumthing happen..

splash!!
"hah!!"
aku terkejut n pandang ke bawah aka dlm longkang besar dpn penjuru kedai 7E tu..

kasut aku dengan jayanye berada dlm longkang tu..
aku yg msh terkejut trus senyum n pandang sekeliling..satu couple cina perasan kasut aku jatuh n just said "her shoes.." n senyum kt aku..

waaa...dlm hati aku Tuhan je yg tau..sayangnye..
nk aku amik, jauh ke dalam longkang..ramai plak org kt situ ..
so, aku pun tggu bintangku sampai sambil berdiri tegak dgn kasut sebelah..
mujur smlm pakai seluar yg labuh..so, xnmpk sgt le akn ketiadaan kasut yg sebelah lagi tu..

sambil tunggu tu, byk kali gak aku asyik memandang kasut aku yg jauh ke dalam longkang..
pasang niat nk amik mlm ni gak..

setibanye bintangku, aku trus crite..mlm ni nk p amik..
tapi..tetibe die kate mlm ni ade meeting lak..

sedih lagi..tp, xpe le kot..

kt umah, sementara tggu die meeting..tetibe hujan turun...
dlm hati, risau kasutku hanyut dibawa air..


sampai masanye, kami bergegas ke tempat kejadian..
ternyata andaian aku td tepat...
kasutku hilang dr pandangan mata..waaa....

erm..mengalir jugak le airmataku ini..n xpasal2 kene gelak dgn bintangku..hampeh..huhu

bkn ape, sayang sgt dgn kasut tu..
mmg aku ni jenis syg barang2 sendirian aku..lagi2 kasut tu berkhidmat sejak aku pregnant..
kire, first pregnant punye kasut la ni..sgt bernilai bg aku..xrosak ape2 pun, tu yg ralat sgt bile hilang sekelip mata je lak tu..
ingat lagi, ms awl2 pregnant..gagahkn diri gak dgn k.saf pg SOGO tu cr kasut yg selesa utk ibu mengandung..(trima kasih k.saf sudi temankan, jasamu ku kenang.. ^_^)
dgn rase mual2nye..cepat mengah n letih bile jalan..panas terik tengah hari..gigih cr kasut tu..
pilih punye pilih...kasut larrie ni gak yg aku berkenan..hitam..n simple bg aku..harga, xmahal n xmurah jugak bg aku..RM55.90..tp, berbaloi..
dh 5 bulan lbh guna kasut ni tetibe jd lak mcm ni..isk isk isk..haru..
sayang..sayang..sayang sgt..


sayang mcm mn pun, nampaknye jodoh aku dgn kasut tu xberpanjangan..

but, moral of the story..
jangan sesekali bermain2 dgn kasut anda di tepi longkang atau parit atau yg sewaktu dgnnye..
sayangilah kasut anda..

Thursday, June 24, 2010

mAta siApa yG taK peRnaH meNangIs

salam..
just nk share..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
 
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
 
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
 
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
 
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
 
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
 
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
 
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
 
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
 
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
 
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
 
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
 
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
 
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
 
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
 
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
 
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
 
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
 
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
 
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
 
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
 
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
 
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
 
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
 
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
 
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
 
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!
 
ALLAHUAKBAR!
 
Wassallam

Friday, June 18, 2010

dEbarAn unTuk haRi esOk

salam..

 ape dgn hari esok?? semalam bintangku dh confirmkn dgn doc Siti Zaleha, sabtu (esok) leh p buat monthly check up utk baby dan ibu..


hehehe..tak tau la nape rase xsabar tunggu hari esok..
actually sepatutnye 9hb june hrtu ktorg p jumpe doctor..tp, byk le halangan yg diengaja utk melambatkn jumpe doc..hehe, leh gitu??

bile perut dh semakin membesar ni, makan pun bertambah banyak..berat automatically le bertambahkan..logic..

and yg penting, baby ummi ni dh mkn kuat rasa tendangannye..active sgt kt dalam tu..sebab tu la rase xsabar nk tgk die dlm perut ni buat ape..main bola ke ek?? hehe, almaklumla..sekarangkan world cup..

dh ramai yg dok tnye boy ke girl..and secara xlangsungnye, membuatkan ummi pun excited nk tau..tp, xkisah pun lelaki ke perempuan asalkan sihat, sempurna sifat dah cukup..

ummi rasa, anak ummi ni lelaki..walid pun rase mcm tu..tp, tgk le esk kalu leh nampak..

apepun, ummi xsabar nk jumpe si comel dlm perut ummi ni esok..
semoganye semua berjalan dengan lancar..

++ ummi love, sayang n kasih anak ummi n walid ++

Thursday, June 3, 2010

bUkiT naNas, kL

date : 2hb June 2010
day : Wednesday
duration : 9.30 a.m - 3.30 p.m

actually date kt atas tu


nk crite skit..

semalam bawak student buat xtvt kt bukit nanas..xde la jauh mn dr kolej ni (kt blakang je..) huhu..
so, ktorg jalan kaki ramai je pergi sane..n xtvt ni dibuat bersama student akaun..

actually xtvt ni aku cadangkn utk budak2 ni beriadah b4 exam, sambil menikmati alam semulajadi n bermesra antara satu same lain..

alhamdulillah..semua student berpuas hati dgn xtvt ni walaupun rata2 cakap penat sgt..tp, best..
walaupun xtvt yg diadakan ringkas, namun byk yg mereka dpt pelajari xtvt ni..mknn pun sedap..huhu

serba sedikit rentetan xtvt di bukit nanas...

9.00 - 9.15 pg : berkumpul di lobby kolej n amik kedatangan pelajar.
bergerak beramai2 dr kolej dlm kul 9.15 pg..semua pelajar xcited..muka masing2 gembira nk tau ape xtvt yg lecturer diorg dh rancang..masing2 pun sibuk nk tau group member diorang..
9.30 pg sampai di bukit nanas n terus disambut utk sarapan pg..nasi lemak n kuih ape ntah..mmg sedap..

lpas sarapan, student di beri taklimat n pengenalan tentang bukit nanas dgn menyaksikan rakaman video.
then, lawatan ke galeri yg kecil tp, bg aku byk info yg leh dpt ttg hasil pokok yg ada di hutan malaysia..

lpas tu, student di beri kumpulan kepada 4 utk melawat denai2 yg ada.
antaranye, denai orkid, denai tumbuhan utk ubat  dan ape lg satu ntah..hehe..

seronok n byk pengetahuan ttg pokok2 n kegunaannye.. betapa semua ciptaan Allah tu ade kelebihan n kekurangan yg tersendiri..

hbs lawatan denai, yg menuntut kami mendaki bukit sampaike kawasan bersebelahan kL tower..semua pelajar berkumpul utk diberi penerangan bg xtvt orienteering.

pelajar di ajar utk menggunakan kompas dan peta..kemudian, pelajar diberi peta n jalankan xtvt orienteering..ade 10 checkpoint semuanya..

alhamdulillah, semua berjalan lancar..
hbs orienteering, mereka lunch..semuapun dh dilihat kepenatan n ade yg sampai termerah muka...almaklumla..bkn selalu naik turun bukit diorg ni..pulak tu nak cepat habis..amik le..ngehngehngeh..

hbs lunch, renjer tanya samada student nk smbg buat treasure hunt ataupun tidak..memandangkn mcm ramai yg dh xlarat rupenye..

unpredictable, majoriti nk teruskan xtvt yg bkn selalu diorg dpt join ni..so, treasure hunt diteruskan n dimulakan..

hbs xtvt tu, ucapan dr renjer yg bertugas n penyampaian cenderahati dr school ke bukit nanas..n bergambar!!

balik pulak lalu jambatan gantung, kuar kt perkarangan KL tower..masing2 muka mmg penat tp heppy, bile tanye, best x? best miss..tp penat..huhuhu..

tahniah pd semua pelajar yg berjaya join xtvt ni dr mula sampai hbs..n tahniah gak pd diri sendiri n lecturer lain yg turut same join xtvt ni...dgn kerjasama yg diberikan, i'Allah lenkali kte buat lg ek..

secara xlangsungnye..sebagai ibu mengandung yg br nk masuk 5 bulan ni, aku msh larat nk mendaki bukit nanas ni dan setakat ni, tiada ape2 masalah yg dihadapi kecuali sakit2 otot (biase la kan..naik bukit..xselalu plak tu..org xmengandungpun leh sakit..huhu)..n harap xmendatangkn ape2 kemudharatan pd aku n anakku ini..

anak umi: dh mkn kuat tendangan anak umi ni..hr selasa malam tu, terasa sgt tendangan anak ummi ni..hehe..active..mcm ummi die..ekekeke..
ummi sayang ank ummi n walid \(^_^)/

Tuesday, June 1, 2010

mUsiC fOr mY heArt ^_^

For the Rest of My Life 

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
 

Tuesday, May 25, 2010

sEsajE jeR..

buat insan bernama NurNajmi b Sharir Zaaba:

Cintailah Sepenuh Hati

Di dalam hatimu
T’lah aku temukan
Arti kebahagian
Bersama dirimu
Aku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

Reff:
Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

Back to Reff

Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi

Friday, May 7, 2010

eMaK!!

ibu, ibu..
engkaulah ratu hatiku...

dulu ms kecik2 slalu le nyanyi lagu ni kan..terpengaruh kt iklan tu..huhu

erm..bulan 5..hari ahad minggu ke 2 bulan mei merupakan hari ibu utk negara Malaysia..

hari ibu aku lak, tiap2 hari..mn taknye, tiap2 hari teringat kt mak..so, tiap2 hari le hari ibu aku..hehehe..syg emak..

erm..
pg td dgr radio hotfm..
topik dia hrni ni, rahsia antara ibu dan anda..

so, ade la kakak ni cerita..
die kate semua rahsia dia dalam genggaman mak die..actually dah arwah mak dia tu..
termasuklah rahsia perkahwinan dia n suami die..
tp, mak die mmg xpernah bgtau or crite pasal rahsia die pd mak mentua akk ni atau suami akk ni..
dan yg paling akk ni respect, mak die mmg xpnah sokong die kalu ade masalah dgn suami die..mak die mmg salahkn akk ni..tp, bg nasihat..
akk ni mmg respect kt mak die..
ade satu hr tu, mak die dok dpn tv (adk akk ni yg jg mak diorg ni)
mak die tnye kt adk die..hrni hari ibu ke?
adk akk ni tnye blk, mn mak tau??
mak die jwb " tu kat tv ckp tu..nape xde sorg pun (ade 8 org anak) xbalik tgk ibu?"

pehtu, akk ni hiba crite kt fara fauzana n faizal.." die ade 8 org ank, tp sorang pun xdpt blk n jumpe die..ms die nk meninggal, akk xsempat jumpe die..rs sedih n nyesal betul akk.."..suasana jd hiba kt konti tu..
akk ni tambah lg.."kpd sesiapa yg masih ade ibu, jgn le lupakan ibu..jenguk2 la ibu selalu..jgn menyesal mcm akk.."

sob, sob..meleleh airmata aku ni..teringat mak kt umah tu..tp cover line jgn smpai bintangku nampak..

bile dgr crite tu..mmg mak akk ni dgn mak aku same, sepesen dgn mak aku..

kalu aku crite je ape2 kt die..rahsia antara ktorg..xdenye die nk menyebelahi aku..
klau crite pasal pasangan aku, die ckp aku yg buat pasal..marah lagi kt aku..huhu..
tp, die tambah dgn nasihat die..kene buat mcm mn n bg cadangan kt aku..
tu yg aku sayang kt mak aku..
walaupun die tak selalu sebelahi aku, tp akau tau die syg aku..
niat die cuma nk aku berfikir ttg setiap ape yg aku buat tu..baik buruk n mcm2 lg..
aku tau die sokong aku, walupun slalu tak sebelahi aku..faham x??

sbnanye, aku rindu sgt kt mak..rindu sgt2..dh lame xtgk mak..
bile dgr crite akk tu..buat aku rs nk terbang jumpe mak, cium mak, peluk mak..

mggu ni mkn terasa rindu kt mak..nk buat keje pun xde mood jdnye..

i wanna go home!!

skang ni cume wajah mak dpt melegakan hati ni..

+- i'Allah, mak..anakmu ini akn sampai memeluk mak nnt..hajar rindu, sayang, kasin n cinta pd mak..luv u!!

bEnci diA..???

aku tak suka dia....
saban hari buat aku gundah gulana..
setiap hari buat aku tertanya2..

haish...kenapa, kenapa dan kenapa...
susah benar nak mengawal diri ni..
bila aku dh mula terasa..
habis le semua benda jadi serba tak kena..

sakit sini, sakit kat sana..
padahal tiada siapa pun nak cuba aniaya..
cume kadang2 terasyik melayan karenah sang dia..

dia, dia, dia...
dekat kat jantung, dalam diri kita..
dia sang hati..
sebenarnya nikmat dari yg Maha Kuasa..

** hati,hati, hati..kadang2 kau lah teman diri..tp, kekadang jadi musuh sendiri..

kawallah hati, jagalah hati..hati2..

Wednesday, May 5, 2010

satu, dua, tiga, empat...^_^


Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

(Ulang dari *)

Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambuku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara…

** teringat org2 yg tersayang kala dengar lagu ni..mak n arwah abah..rindu kamu berdua

Tuesday, May 4, 2010

nAsi lEmaK

hunjung minggu yg lepas..

sabtu pagi, setelah bertungkus lumus, akhirnya berjaya jugak aku buat nasi lemak+sambal sotong kering..

yum, yum..

thanx to my star yg tolong potong lada kering, blend n tumis sambal tu..pehtu, tolong makan..n basuh pinggan..

sayang kamu!!

Friday, April 30, 2010

miNggU iNi

salam..

minggu ni bebanan keje terasa sangat..actually bulan ni terasa letih sangat..
xtaula kenapa..mungkin kerana keje dgn keadaan unhappy or keadaan badan aku yg skarang ni berbadan dua..entah le..

semoganya aku tabah menghadapi semua dugaan ni..

demi anak yg aku kandung ni, hati n fizikalku harus dikuatkan!! dan aku yakin selagi dgn kehendakNya, aku boleh lalui semua ni..i'Allah..

untuk anak ummi;

dengarlah wahai anak ummi..
ummi sayang kamu, tak kiralah mcm mn keadaan kamu di dalam perut ummi..ummi sayang kamu...
tak kira juga dalam keadaan mcm mana pun ummi dan walid sekarang, kami sayang kamu..
demi kamu, ummi dan walid akan terus dan gigih mencari sesuap nasi yg halal untuk bantu kamu membesar dgn sihat di dalam perut ummi..sebab, kami sayang kamu..
demi kamu, ummi abaikan rasa sakit dan letihnye keluar masuk bilik air..
demi kamu, ummi bertahan melayan rasa mual dan muntah2..
demi kamu juga, wahai anakku..ummi menahan semput berjalan, berhimpit2 ke tempat kerja..utk kamu..
walidmu bertungkus lumus mencari rezeki..
semuanya demi kamu..
kamu yang disayangi..

semoganya, Allah S.W.T terus memberi ketabahan dan ketenangan buat ummi dan walid dalam menghadapi dugaan menanti ketibaan kamu...

Tuesday, April 27, 2010

LepaSkan SahAja yG laLu

erm..

kadang2 benda yg lepas ni ade yg menyakitkan hati, menggembirakan hati dan macam2 lg..
apepun, kalu xde perkara yg lepas..xmungkinlah adenye hari ni..tul tak..mesti betul punye la..(confident je..^_^)

apepun, benda yg lepas tu dh jd kenangan..dan yg segala yang menyakitkan tu, seeloknye dilepaskan saje..if not, jadi duri dalam diri pulak..dan kadang2 kalu asyik terkenang, boleh membawa kepada tiada peningkatan diri..

nak share je la..

bagi sesape yg pernah ade hubungan dgn seseorang waktu dahulu..dan orang tu sekarang sudah selamat di ijabkabulkan dengan orang lain (tiada jodoh)..seeloknye, lepaskn lah dia..biarkan dia bahagia dgn pasangannya sekarang..doakan hanya yang terbaik utk dirinye yg pernah jd kesayangan dulu..
bukan ape, takut merana diri tu..bila asik terkenang janji2 ms bersama or kenangan masa bersama dahulu..syahdu ni..
sedangkan diri orang tu dah bahagia bersama pasangan..

sedih aku dengar kalu ade kwn2 yg cerita kisah mcm ni..masih terkenang sang kekasih yg dh jd kepunyaan org lain..

kawan, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..
Dia tau siapa yg selayaknye utk kte dan waktu bila waktu tu akn sampai..hanya Dia yg tau..
redha n tawakallah..jgn asik terkenang perkara yg lepas..
belajar lepaskan dia..kalu benar dia juga jodohmu, i'Allah..akn tiba waktunye..
tp, ingin aku nasihatkn..jgn terlalu mengharap pd sang kekasih yg telah berpunya n ade tanggungjawabnye..
takut sampai kerana terlalu mengharap, kamu doakan kehancuran rumahtangga mereka..nauzubillah..

bg aku, tida kebahagiaan di atas kehancuran hati org lain..kecuali Dia menginginkannye..

apepun, hidup mesti terus..perkara yg lepas jdkan kenangan..
yg baik, jdkn pengajaran n yg buruk jdkn sempadan..


wallahualam..

Thursday, April 22, 2010

MiNgGu yG mELetiHkaN

erm..semester baru dah mule..actually sepatutnye berjalan seperti biasa2 aje.

tp, ade one or two person ni teramatlah meletihkn aku..(mental n physical)..

rase byk sgt dugaan sem baru ni..jadual asik berubah2..class berubah..lecturer xmasuk..buku2 utk lecturer xde..n some other things happen within this week..so, otakku teramat le penat..
actually terase la jugak yg dinamakan stress tu..

dgn keadaan physical yg bertambah ni, maybe bdn aku pun cepat letih..ckp byk pun dh mule mengah..
lg2 ms dlm class..ketara sgt dh mengah nye ni..huhu..

dah le aku ni kalu ngajar kene kuatkn sore(almaklumle..suare ku ini slow, payah pulak student nk dgr kalu xkuatkn)..pehtu, jenis suke ckp byk2..huhu..semput le jadinye..

tp, seronok bile student faham n ade feedback yg menandakan diorg faham..so, lega rase hati ni..
ilang rase stress dgn hal2 lain..

bout my pregnant;
13 weeks dah..i'Allah anak ummi baik2 aje..cube xterlepas mkn nasi at least everyday..
morning sickness dh berkurangan cume kekadang perut ni kalu xleh terima bau or makanan, akan kuar balik le sumenye..berpeluh2 kuarkn muntah tu..huhu..

bintangku..
seribu pengertian daku dambakn darimu..semoga kehadiran anak kte ni akn menambahkn kebahagiaan n kemesraan antara kte lagi..sayang sgt pd bintangku ^_^
+- dh brape hari ni, die join main pingpong kt kwsn umah ktorg tu..menang kalah, xkisah but i'm happy to looks he happy..

anak ummi bukan na o mei..
besar harapan ummi n walid pd kamu..sebesar tanggungjawab yg bakal kami pikul sepanjang membesarkn kamu kelak..hanya mampu ummi berdoa agar anak ummi sihat n dlm keredhaan Illahi..

" ya Allah, Kau sempunakanlah sifat anak yg kukandung ini..jadikanlah dia seorang yg soleh dan solehah..pintar, bijak n rajin..Jadikanlah dia seorang yg beriman kepadaMu, dan beriman kepada rasulMu..taat kpd ibubapa(aku dan suamiku)..dan lembutkanlah lidahnye agar mudah baginye untuk menghafaz n menghafal ayat2 suci al-QuranMu..amin.."

dah dulu la yer..nk blk dah ni..ready to meet my bintangku, senantiasa bersinar n bercahaya di hatiku.. *_*

Monday, April 12, 2010

mOndAy mOoD

satu hari bekerja setelah bercuti satu setengah minggu..
ape yg aku rasa??
harusle malas nk bagun pg td..huhu..dah lame sgt bercuti ni..berat je kaki ni nk melangkah ke opis..dlm hati, risau gak ape le yg terjadi selama aku bercuti tu..
erm, xde pape pun..cume mcm biase le ade le crite2 yg xbest didengar dr management..hurm..berita gumbira?? cari sendrik le gamaknye..hehehe..
eh, hari ni bdk2 register subjek. almaklumlah, rabu ni dh start class..hopefully semuanya berjalan dgn lancar..
erm, waktu mengajar aku dh di 'less' kan..sbb nk fokus on MQA's document plak..pening kepala bile dpt keje dr org lain yg xterurus n dh xleh nk buat ape2..geram pun ade..ni kalu effectnye kt karier aku..erm, xtau le ape nk buat..
apepun, i will do my best!!

cuti oh cuti...
on the way balik kL pun dh mula teringat kt mak..aishah, najwa n satu keluarga ani termasuk bibik..

tp, xpele..perjuangan harus diteruskan dan bintangku wajib ditemani aku..huhu..rindu sgt kt die..
seminggu mcm setahun rasenye..lalalala....

apepun, thanks to ani n family + bibik yg sudi menumpangkn aku bercuti rehat..alhamdulillah, keadaan aku semakin ok..rindu nk tido dgn ecah n wawa, berkongsi crite dgn ani, bercerita pasal sekolah rendah dgn afiq n arif dan makan2 dgn bibik..huhu..

puas hati dpt jg mak sepanjang cuti ni jugak..alhamdulillah, mak ade perubahan..kaki dh leh rasa, cume tangan kiri tu je yg xleh rs lagi..
sabar ye mak, i'Allah dgn izin Dia, mak leh jalan mcm biasa..doa anakmu ini senantiasa utk mak n arwah abah..

bercuti sambil jg mak n tgk2 kn anak ani mengajar aku byk benda..sabar..hidup ni penuh dgn dugaan..macam2..samada yg kte xduga ataupun kte dh jangka..

betul..hanya iman yg xtau kuat ke x, yg dapat mengatasi dugaan ni..

ujian tu kan tanda kasih sayang Allah pd kte..atasi dgn sabar, i'Allah..sayang Allah pd kte..^_^

+- pada mak yg tersayang...
anakmu ni tau ape yg tersirat di fikiranmu itu..faham, walau xsepenuhnye..dan cuba faham keadaan mak..tp, mcm yg anakmu ni selalu pesan, sabar n tabahkn hati byk2..i'Allah, kalau diizinkan Dia, mak akan cepat sembuh..dan kalu tidak pun, percayalah..Dia ada sebab yg hanya Dia mengetahuinya..i'Allah, Allah sayangkn mak n anak mak sayang mak..mauje anakmu ni temankn n urutkn mak selalu..tp, anakmu ini juga ade tanggungjawab pd bintangku..dan bukan tinggalkn mak, bermakna tinggal terus..i'Allah, doa senantiasa utk mak..khabar tentang mak sentiasa anakmu ini ambil tau..anakmu akan kembali utk jenguk mak lagi..^_^

+- pada insan bernama ani..
tabahlah wahai kakakku..kelak kau akn jd contoh terbaik utk anak2 kecilmu yg petah n bermacam ragam..huhu..biarkn ap eorg nk ckp, asalkan kau dh buat yg terbaik utk sesuatu perkara tu..
terima kasih masakkn pecel sedap tu..n terima kasih gak atas dorongan n nasihat darimu itu..aku hargai semuanya..
terima kasih jugak jaga aku(kte saling jaga satu sama lain) ms kt umah tu..hehehe..++ ko masak ape, sume sedap..^_*

+- pada anak2 ani..
afiQ: dah meningkat remaja, byk2 bersabar n berkongsi dgn ummi ye..ummi sayang afiq tu, jgn sakitkn hati die..
arif: teruskan usaha jadi pengawas yg berdedikasi, bertanggungjawab n dihormati, acik yakin ayip boleh!!
ecah: walaupun msh kecik lg, dh nmpk sgt yg ecah ni mmg penyabar mcm ummi die..rindu kt ecah!!
wawa: budak comel, muka classic..

+- bibik som
makasih bebanyak utk bibik yg bekerja keras..aku harap sgt die xjemu keje kt situ..terutama skali tlg jg mak..

+- buat kak ya..
terima kasih atas masakan yg sedap2 n di'delivered'kn ke umah ani khas utk aku..huhu.sumenye mknn kegemaranku..lepas mak xberupaya nk masak, kak ya le pengganti mak..makasih ye kak ya..
p/s:: harap2 dlm pantang nnt leh mntk kak ya jg n masakkn utk aku..^_^

+- buat ude..
merangkap abg sulung ni, pening gak bile arwah abah dh xde kan..pelbagai dugaan yg datang..harap ude tenang n tabah..adikmu ni hormat n tabik spring le kt ude..ciri2 abg semakin menyerlah..huhu

itu je la yg dpt di pot petkn kali ni..letih tgk tulisan ni byk2..

** rindu kampung halaman, hanya Tuhan yg tau.. **

Wednesday, April 7, 2010

sekian lamenye..

salam..

dah lame xpost ape2..almaklum ler, sejak ade simptom yg dinamakan morning sickness ni, tgk pc lame2 pun rase nk muntah..huhu..

rindu nk potpetpotpet kt sini..tp, tggu sihat betul2 er baru syok skit nk merapu pun..

apepun, terime kasih kt bintangku sbb memahami keadaan aku skang ni..
dan minta maaf gak kt die coz terpakse tinggalkn die buat sementara waktu ni (apepun, atas saranan die gak aku bercuti rehat kt kampung ni..huhu)

hopefully, habis cuti ni, badan akan rasa lebih selesa..lg2 bile fetus ni dh membesar 3 bulan..

alhamdulillah dan semoganye kesihatan aku dan bayi kandunganku ini sihat dan diredhai Allah..amin..

Thursday, March 25, 2010

haiya!!

GrrrrRrrr..

hrni..rase geram plak dgn seseorang tu..bukan nk bg support..gelakkan lagi, ade la..nyampah..

pdhal benda yg jd skang ni n actually keje aku tu membabitkan die..erm..

maleh nk cakap lagi..memang bengang!!

alhamdulillah leh settle hrni gak benda tu n tanpa perlukan pertolongan dari die..

wek!! (ala2 bdk kecik..huhu)

Monday, March 15, 2010

kEtikA ciNta bErtaSbiH

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Wednesday, March 10, 2010

maSih akU teraSa

ntah nape agaknye..
ptg ni tetibe beremosi plak diri ini..

actually xelok perasaan mcm ni utk keadaan aku skang..tp, ye la..aku pun manusia biasa yg hatinye bisa terguris, lg2 dgn org yg kte sayang..

xtau kenapa, kenapa mesti ade rasa gap antara aku dgn mereka stlh aku mendirikn masjid..

selalunye, kengkawan yg still bujang le yg terasa dgn kengkawan yg dh mendirikan masjid..tp, keadaan aku ni terbalik..

kenapa leh jadi macam tu kan..

sometimes, aku pun tak faham..sampai bila nak macam ni..
bagi aku, berkahwin tak pernah menjadi penghalang bagi aku untuk terus berkawan..lagi-lagi le mereka ni kawan perempuan kepada aku..rapat lak tu..and yang penting bintangku pun kenal mereka semua..

erm..ntah le kawan..tapi bagi pihak aku, i'Allah akan sedaya upaya menjaga dan tidak memutuskan pertalian yang terjalin ni..tidak hanya dengan perkara remeh keduniaan..tidak sama sekali..

tapi, mungkin juga mereka ni di dalam keadaan yang tak stabil? erm, apelah peranan teman atau kawan kalau tidak sudi berkongsi rasa..

wahai kawan2 ku, sesungguhnye aku xpernah lupe dengan persahabatan yang kita jalin selama ini dan masih ade ruang pada diri ni untuk kalian berkongsi rasa dan perasaan...

" perkahwinan tidak menghalang sesebuah persahabatan "

alice di wonderland

salam..

actually hari aku kuar dgn officemate tgk wayang crite "alice in wonderland" kt KLCC..

but before that,

this morning, adela one of my student..die dh caught in action meniru dlm final exam paper aku..

so, action will be taken by me la..

after discussion from senior and other lecturer..pelajar yang membawa masuk notes sama ada die meniru atau tidak, jika tertangkap..hukumannya same je..failed untuk subjek tu..

so, aku panggil budak tu untuk tanya betul ke notes tu kepunyaan die..die jawab betul.
betul ke die bawa masuk notes tu dalam exam..betul..
tau tak tindakan membawa notes dalam exam ni salah..tau..
tau tak ape kesan tindakan tu..tak tau..ape, miss??
then aku pun jawab..awak dengan secara tak langsungnya gagal untuk subjek ini..
(dia mula gelisah)

so, tiada tindakan lain yang sepatutnya aku buat selain failed kan die..tidak kiralah samada carrymark tinggi mane pun before ni..

yang tak best nye..die leh plak merayu sampai nak kuar airmata tu..tapi, pada aku bukan tak mahu bagi peluang..cuma, peluang dah diberi sebelum peperiksaan bermula lagi..iaitu berupa amaran supaya tiada nota di bawa sewaktu peperiksaan..bukan tak pernah aku pesan pada diorg..cume dengar n amik kisah ataupun tidak..lagipun..rules dalam exam kan ke same je sejak dari amik upsr lg..tak boleh meniru..pmr, spm..lebih kurang je..
sedangkan peperiksaan yang rendah dr skarang pun dilarang meniru..inikan pula peperiksaan yang membolehkan memegang diploma atau tidak..

aku dah mula mengangkat punggung..dan die pun berdiri ke arah pintu n menghalang aku untuk keluar..
(ape lagi yang die nak ni..)

tolongla...

bukan aku kejam n tak nak tolong..tapi, kenapa sekarang baru die nak action mcm ni..masa die buat ade tak die fikir risiko bawak notes tu..lagi satu..tindakan yang aku amik ni, bukan sebab aku berhasad dengki dgn budak ni..tapi, ini standard procedure yang school lain apply..one more, ini bagi keadilan kepada pelajar lain dan juga pengajaran pada pesalah juga pelajar lain..itu aje..

aku dah mula penat layan karenah budak ni..bagi aku, kali ni aku kena tegas..no means no..

so, she must accept it..lagipun, failed paper yang satu ni doesn't mean die failed selua paper..
yang aku xleh terima, alasan die xnak failed adalah sebab die tak nak sekelas dengan budak lain..
erm.. dah name pun failed..xkan la nk suruh kengkawan yg xfailed tu pun amik paper tu lagi same2 dgn die..

pergi kat universiti pun same gak..

tu la die cerita di pagi hari..huhu..

pengajaran: janganlah membawa notes semasa exam..make sure before enter exam hall, semua notes dah kuarkan dari poket2..dan jangan sesekali meniru atau berinteraksi dalam exam hall..kang kene halau, jangan menangis plak..menyesal kemudian, tida gunanye..

Tuesday, March 9, 2010

yey yey!!

ting tong ting tong..

mggu lpas dpt blk kpg..hehehe..gembire sgt dpt tengok mak depan mata..

udara yg segar..best sgt..

dapat gak makan kerang goreng..sup prt sulong tempat lepak ktorg adik beradik pun sempat bintangku join skali..

mesti die penat baru balik dah kene ajak p sane..tapi, kire ok le sebab die balik pun naik bus je..

seronok bile die sampai..walaupun ade sedikit kekeliruan..huhu..sorry sayang..ngeEee..

puas main dengan kembar dinie n aimie..sempat dengar potpetpotpet aishah..

urut kaki mak..alhamdulillah, kaki mak dah berasa n boleh diangkat..cume masih xkuat nak berdiri..maybe hentakan masa jatuh kat pinggang tu kuat sangat..so, perlukan sedikit masa..

skang ni mak akn terus jalani rawatan accutheraphy kt jalan kluang tu..dua kali seminggu n selama 6 bulan..insyaAllah, mak akn pulih seperti sebelumnya..
sabar ye mak..

** sayang mak n bintangku **

Monday, March 1, 2010

bOndA...

td dpt msg dari ani..
katenye, ibunda kesayangan kami jatuh kt bilik air umah long..
kaki nye kebas n doc kate, maybe nk kene strok..
skang ni ani n a.edi bwk p melaka utk berubat..
harap semua berjalan dgn lancar..

then, call long plak..
long cakap, mak jatuh dah hari sabtu lepas..katenye, ms tu boleh lg berjalan mcm biasa..
br td ke semalam, kaki kanan rs kebas..nk angkat mcm xlarat..mak..
tu yg bwk p jumpa doktor..long plak rase nyesal bawak pegi umah die..
tp, aku cakap..benda dah nak jadi, tak leh le nak buat ape..
maybe esok pun ani n a.edi nk bwk lagi p melaka.

pendapat aku, mak tu darah die tengah naik mase jatuh tu..apepun, usaha patut diteruskan selagi terdaya..

pada mak, dari jauh, anakmu ini kirimkan doa agar mak tabah dan sabar menjalani dugaan dari Dia..
ini tanda Dia kasihkan mak selagi hayat mak ade di dunia ini..
anakmu jua mengharap dan berdoa agar sakit mak tu dipercepatkn sembuhnye..

jangan risau, anak2 mak akan jaga mak walau mana cara sekalipun selagi terdaya dan diizinkan Nya..

saat ni, airmata laju merembes keluar..selaju air hujan yang lebat kat luar tu..

semalam lpas solat maghrib, teringat arwah abah..doa dan fatihah je yg dpt aku sampaikan padanye..

kali ni, muka gelak tawa mak..bermain2 kt minda ni..rase serba tak kena jadinye..macam nk cabut blk kampung je..tp, aku ade komitmen juga kat sini..erm..i'Allah hujung minggu ni..

actually hati aku ni memang tergerak nak balik kampung hujung minggu ni..tak tau kenapa..cume, terdetik nak balik jumpe mak..tu je..tiba2 bace surat khabar, permohonan DPLI tu memerlukan surat beranak mak/ayah..

so, aku just cerita kat bintangku yg aku nk blk sbb nak amik surat beranak..itu aje..
aku dpt rasa yg bintangku pelik bile aku ckp mcm tu..katenye, nape tak pos atau fax je..(sbb sebelum ni, surat tawaran pun aku just suruh emi posje..)..
aku pun setuju ckp die..(sebenarnye, mmg ade terfikir, pos atau fax pun bole..cume, xtau nape ade sesuatu kt hati ni kate begitu..Allah saje yg tau..)

hari, aku dah dapat jawapan kenapa ade rasa macam tu...

rindu same mak...rindu nk peluk mak..nak cium mak..

+- ya ALLah, berikanlah kekuatan kepada emakku disaat2 dia kesedihan..berikanlah ketabahan kepadanye dikala dia memerlukan kekuatan..hanya Kau yang mampu membantu hambaMU sedangkan aku hanye insan yang lemah yang berharap dariMU..-+

sesungguhnya, DIA lebih memahami..

Friday, February 19, 2010

sajE nK shaRe..

ngeEeeEeeeEEEeee...

sj nk post 2 kali hrni. actually nk crite pasal semalam..

balik keje tu, lpas anta sy ke rumah, bintangku terus ke ofis untuk sambung kerojenye..

tinggal le daku keseorangan..ekekek..dah le malam jumaat ni bukan main lagi stesen tv kt malaysia ni berlumba2 isi slot drama seram..nyampah..(actually sy ni bukan le seorang yg berani sangat..huhu)

erm..nk di jadikan cerite, semalam, alhamdulillah hari yg mengembirakan diri ini..
menitis jugak air mata ni tanda kesyukuran kepadaNya dengan rezeki yang diberi..

akhirnya, penantian kami bakal menjadi kenyataan..

berita gembira ni dahpun disebarkn pd ayu n ani..cume bintangku je dpt tau lambat coz tak balik keje lagi..

dah dipesan balik cepat, tp die gigih bekerja..(insyaAllah, ada ganjarannye..) tp, mata ni dah xlarat nk menunggu die..makanye, tido je la dulu..sedar2 dh hampir 3 pagi bau die balik..tapi, pesanan akhir dari sy sblm tido, dah dia tunaikan..dan katenye, die dah dapat mengagak ape yg nak disampaikan oleh saye..ngeEeeE..

erm..tpkan, nape rase mcm tiada ape2 berlaku je semalam ek..konpius ni..gembira ke..sedih ke...

apepun, semoga hari ini lebih baik dari semalam..dan diri ini harus lebih tabah dan sabar..


+ - ya Allah, aku bersyukur ke atas kurniaanMu ini, semoga Kau tabahkan hatiku, suamiku dan orang sekeliling di dalam menghadapi saat2 perkembangan zuriatku ini..Kau berikanlah kesihatan yang cemerlang kepada ku mahupun zuriatku ini dan Kau kurniakanlah rezeki kepada aku, suamiku dan zuriatku ini..amin, amin, ya Allah..Kau jugalah yg Maha Memberi jua Maha Memiliki, aku redha ke atasMu ya Allah..- +

maKan!!

alhamdulillah..

selasa malam lepas ntah nape gatei mulut ni nk mkn pizza hut!!

so, maleh nk crite..gamba je le yg leh di attachkn..

kenyang sangat2..akibat tamak ms mengorder..

ekekeke..

mEngaHnyEr..

aduhai..ngape le sejak dr mggu2 yg lepas rs berat je badan ni..naik tangga skit pun dh mengah, semput..
pdhal b4 ni, naik turun tangga sampai 7 tingkat maintain jerk..

sudah bertambah berat badan kah aku ni?? ayark!!!
tp kan...bacaan kt penimbang tu same jerk..

blk kpg hrtu pun ramai yg tegur..long ckp nmpk berisi lg2 tang muka..aji ckp berisi..
udahnye, sume tanye..dah berisi ke??

erm..ntah le ek..hrtu dok check2 xde pun..masih satu line lagi..xtau le..

ade rezeki dr Allah, alhamdulillah.. gembira banget, huhuhu  ^_^

eh, tp bukan nk crite yg itu..

sebenarnye..nk crite yg hari..nape ntah bile terbace isi2..rs sedih je..

cumenye, bile pikir balik..i've got no reason to feel like that..buang karen..ngehehehe...
jahat tul setan dlm diri ni kan..saje jerk..

yah, yah..lawan setan tu!!

alhamdulillah, skarang hidup seharianku tabah..indah dan ceria..

syukur ya Allah..semoga nikmat ini kekal bersamaku..

Wednesday, February 17, 2010

cHineSe nEw yEaR 2010- tahun harimau



erm..hr sabtu lepas, me n bintangku gerak balik ke bt pahat, kampungku yg dirindui selalu..huhu..

kami sampai2 je trus di beritahu utk straight ke umah long..
sampai je kt situ, sume ade..rupenye, long buat lenggang perut menantu die..
so, buat pulut kuning n kari ayam..
aku lak n bintangku makan nasi(tengah hari) lauk gulai (asam pedas) ikan merah, kobis goreng n kari ayam..
yum yum yum..sedap banget ni..dh lame xrs masakan org2 kampungku..hehehe..

salam peluk cium dr aku utk mak tercinta..n salam mesra kepada akk2 ku yg sdg bz gotong royong..
erm..pelik, abg2 n adk aku dh xde sdgkn td diorg beriya2 tepon, tnye bile nk sampai..

akhirnye dpt tau yg dior plan nk bercuti ke mersing..

agenda utama bg kaum lelaki, memancing (confirm emi dh tunggu kt sane)..
agenda utama bg kanak2..bergebor (mandi laut xhengat..)
agenda kaum wanita...dpt jejalan n shopping...
agenda aku?? hehe..same je ngan bebudak tu..menajamkn skill kuak lentang..ekekeke..

so, ptg tu, ijam, ari n udin dh bertolak ke mersing..ajib n family dh sampai kt sane..emi dh ready dgn umpan menanti geng nk mancing..

aku n bintangku..xkn nk stay kt umah bt pahat lak..dh terang n nyata sume org pegi termasuk mak..so, ktorg pun join ler..kecuali long n a.mail je stay kt umah..anak2 die, tumpang ktorg p mersing..

erm..mlm tu, aku, ayu n ani p tempah mak andam utk ayu..almaklumla, xlame lg die pun nk turut menyusul berumahtangga..semoga berjalan lancar hendaknye..amin..

then kul 7 lbh pg ahad tu, aku n bintangku ( plus ank long), ani (ayu, mak n family die termasuk bibik) n aji (n family) konvoi p mersing..
trus ke laut sane tukar baju n kecebur!!! lencun dh kami berendam..padahal panas terik..ngee..masing2 dh xleh control..lg2 bintangku..adoyai..huhu

kt sane ajib n ank2 dh berendam dulu siap dirikn khemah..emi, ari, ijam n udin p mancing...

lps penat n air dh surut, ktorg blk hotel kt bandar mersing..selesa n luas..

ptg skit, ude (n family) dan mamat (n family) pun sampai..tambah lg forum memenuhkn bilik hotel tu..

so, 3 bilik suite room je dh penuh dgn family ktorg..ngee...^_^

mlm tu, abg2 n bintangku p mancing lagi..(pdhal ptg td diorg yg br sampai tu sempat turun laut mandi2..)
lantak le situ..

ktorg stay kt bilik lyn movie smbil mkn2..

hr isnin, pg2 dh turun p air papan lak..mandi lg..kali ni air baru naik n ombak agak ganas le..so, pemantauan yg ketat utk ank sdare ms main ombak tu...
alhamdulillah, semua berjalan lancar n seronok mandi buat kali terakhir..

kul 12 sblm blk hotel, singgah jap utk membeli belah keropok lekor mersing..yum yum..lame dh xjumpe keropok lekor sesedap ni..zmn blaja kt tengganu dulu selalule..

then trus blk kotel n siap2 nk check out..

thanks to warga timotel hotel, mersing..layanan yg mesra especially for makcik2 housekeeping..semua diorg bg extra yg melampau..tu la hikmah nye pandai bermesra mcm adk bradik ktorg ni..hehehe..

settle semua check out, gerak le ke bt pahat..kecuali ajib terus ke umah mentua kt terengganu..fuh..long journey tu..semoga selamat semuanye..amin..

dlm kul 3 lbh kot.br smpai bt pahat..mkn mee bandung, benteng ramai2 dulu..aku lak teringin nk mkn n.beriani mat shah tp dh sold out..so, ntah kedai n.beriani sape pun jadi le.. 

ptg tu, lepakkn diri..coz mlm bintangku ajak blk kL coz selasa kene msuk keje..

aku sempat main dgn kembar..terubat rindu kt bdk dua tu..huhu..

then kul 11 lbh aku n bintangku bertolak blk kL..

apepun, cuti kali ni..merapatkn hubungan kami adk bradik..dh lame xcuti ramai2 mcm ni..seronok sangat2..
n bintangku plak first time bermesra dgn adk bradik aku n ank sdare aku yg ramai tu..hehe..
alhamdulillah, die xkekok n nmpk mcm dh lame kenal..makasih gak kt abg2 ku yg mmg sporting layan je die ni..^_^

thanx to semua n sape yg plan cuti kali ni..
hopefully leh kumpul lg ramai2 mcm ni..

kenangan senantiasa di dalam ingatan..

"aku sayang korang semua"



Thursday, February 11, 2010

eFforT

pagi ni rs ngantuk je..nape ntah..maybe gak sbb smlm kul 2 lbh br tido..hehehe..

hrni, class yg sepatutnye aku kendalikn dh cancel coz student dh brenti..syahdu tul mendengar nye..tp, ape nak buat..pilihan ditangan mereka, kte cume leh bg cadangan n skaligus memberi kata semangat..

eh, jap..diorg ni nk brenti xde bgtau pun..tetibe kwn2 bgtau, die dh brenti..reason, xtau..geram pun ade..coz kang nnt mgmt salahkn kami gak..waaa...

tp, peduli la...kte dh buat ape yg terbaik utk pelajar semua..terpulang pd diorg utk menilainya walaupun kdg2 dh explanation dh diterangkan pd mereka.

bukan ape, pd pelajar yg mmg bersemangat, ade kesedaran betapa pentingnya pelajaran, xde plak nk bising2 memberikn alasan2 yg kdg2 tu smpai xmunasabah jdnye..(maleh nk layan, tp kene layan atas dasar tanggungjawab..)

erm..effort tu kene ade..xkire la seseorang tu xpandai ke, pandai ke..yg penting, effort..

"usaha itu tangga kejayaan"

Monday, February 8, 2010

sAbtu, aHad yG laLu

salam..

sabtu hrtu, keje sebenarnye..tp, me n other lect g kuar buat quotation utk facilities course yg ktorg kendalikan ni..jauh gak perjalanan coz pusing2 kL ni..ehehe..

sampai kul 3 lbh gak le br siap survey brg n buat quotation tu..kali kalu xde cdgn utk membeli, xtau la..pegi le sendrik buat quotation lg sampai dpt harge murah..tension tul..

blk tu, dh letih sgt..mcm xlarat nk jalan..tp, gagahkn gak blk ke umah..rindu pd bintangku..huhu..

smpai situ je xtvt hr sabtu..

eh, lupe lak..sabtu mlm tu ktorg g giant shop' brg umah..
lame dh xbli brg2 ni..
pening gak layan juruaudit bli brg ek..untung x untung, berbaloi xberbaloi, mahal ke murah..
bg aku, gune ke xguen n mahal ke murah..apepun, aku n bintangku same2 cube buat yg terbaik dlm hbgn ktorg yg br setahun(xsampai) jagung.. blaja nk gabungkan konsep membeli belah tu..ekeke..^_^

ahad:

hrni ade gotong-royong kt kwsn umah sewa ktorg..pangsa permai..
seronok join diorg..makcik2..akk2 yg dh berfamili..
suke..coz aku kan mmg suke bercampur dgn org2 ramai ni..lgpun bermasyarakat jumpe org ramai(lg2 jiran) ni kan elok dlm hidup kte seharian..
yg lelaki bersihkn kwsn setiap level n ade gak yg cat dewan dan kaum perempuan lak gotong royong masak sarapan( aku missed yg ni coz turun lmbt sket, sempat mkn jerk..huhu) dan makan tengah hari..letih gak mengangkat pinggan n cuci semua tu ek..

bagus gak xtvt ni coz ms ni la aku kenal walaupun xsemua penduduk2 kt pangsa permai ni..lainla dgn bintangku, die mmg dh lame gak dok sini dr zmn bujang..huhu..

kalu nk harapkn weekday, xdpt le nk knal2 org kt sini..weekend pun belum tentu jumpe diorg ni..almaklumla..sabtu, kdg2 aku n bintangku kerja..balik dh penat..ahad plak, aku suke memerapkn diri kt umah..ms tu la nk jd suri rumah..huhu..xpun, blk kpg..
yg pasti, hujung mggu, biasanye ktorg hbskn mase utk berdua..^_^
so, eloklah ade xtvt mcm ni utk mengeratkn silaturrahim antara jiran sepangsa..ekeke..

erm, tp aku selalu xbertuah dlm cabutan bertuah..hehehe..
yg penting, at least aku dh kenal le skit2 akk n makcik2 yg dok kt sini..
dan skang ni, aku dh start menegur sapa akk2 n makcik2 yg aku kenal hasil bermasyarakat ujung minggu hrtu..huhu ^_^

Wednesday, February 3, 2010

rIndU

rindunye pd kampung tempat tumpah darahku..ekekeke..

lame dh xblk kpg, actually last blk hrtu ms makcik(akk arwah abah) meninggal dunia..
semoga rohnye dicucuri rahmat drNya..amin..

erm..rindu sgt pd mak..pd si kembar dinie n aimie..
rindu, rindu, rindu kt batu pahat!!

insyaAllah, tahun baru cina ni cadang nak ablik batu pahat..lalalala..

erm, planning nk pg pasar bli yong tau fu, pg umah long, tgk ecah n wawa, maen2 dgn kembar n byk lg..ni yg rasa makin tak sabar ni..

hehehe..

** semoga perancangan aku ni mendapat keredhaan dariNya n berjalan dengan lancar **

Saturday, January 23, 2010

semoga dicucuri rahmatNya..amin..

ini serba sedikit tentang berita kemangkatannya..
dipetik dr berita harian online.

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895. Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar. Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang. Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi. Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja. Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang. Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah. "Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya. Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri. "Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.