Monday, May 16, 2011

ahad, 15 mEi 2011

assalamualaikum..

nak cerita dan kongsi pasal program semalam di kawasan rumah kami. program ringkas yang dianjurkan oleh surau pada kali ini bertujuan untuk beramah mesra bersama Biro Wanita dari Masjid Makmuriah, Kayu Ara.

program bermula pada pukul 3 (tapi sebenarnye bermula pada 3.15-3.20 ptg) ahad, 15hb mei 2011 ini dimulakan dari ucapan pengerusi surau (handsome banget pengerusi surau ni tau, suka tengok die control muka dengan dedikasinye ;P).
kemudian, disambung dengan perkenalan antara Biro Wanita Masjid Kayu Ara dengan penduduk di sini. ada 8 orang wakil dari mereka dan ketangan ahli penduduk pula mencecah 30 orang. dan buat pengetahuan semua (ayat wakil Biro masjid kayu ara), untuk kali ke 4 lawatan mereka ke surau kawasan masjid kayu ara, di surau inilah paling ramai ahli yang hadirkan diri di sesi lawatan mereka..^_^
yeay!! tahniah buat akak2, makcik2 dan juga saya kerana berjaya meluangkan masa dan mengikuti program ini. (dalam pada itu, saya rasa sepatutnya kedatangan kali ini agak kurang memuaskan memandangkan ahli penduduk lebih ramai dari jumlah 30 tu dan ahli yang datang pula dikalangan makcik2 dan akak2 yang memang biasa involve dalam program2 yang dijalankan sebelum ini..kemana belia2 ye? :: not included me yang memang suka menyibukkan diri dalam program2 yang dijalankan, kalau saya ada di sini la..dah terbiasa dengan zaman2 duduk kat kolej uitm tu..nak merit la katakan..huhu:: lagipun, bintangku merupakan orang kuat surau jadi kami semua termasuk aiman memang turun ke program tu).
apapun, since diorang happy dengan kedatangan pada hari itu. program dijalankan terus lancar sehingga masuk waktu asar. kami berhenti solat dan sambung bagi sesi penyampaian cenderahati dan jamuan ringkas dari penganjur..

antara aktiviti program ringkas itu ialah, sesi menonton slide show berkenaan dengan aktiviti yang pernah dijalankan oleh masjid kayu ara(menarik dan tertarik juga boleh diaplikasikan di surau kami), sesi ta'ruf, aktiviti berkumpulan membincangkan idea untuk menarik muda mudi ke surau (kenapalah golongan ini yang susah sedikit di tarik ye),  perbentangan ape yang dibincangkan dan bertukar2 pandangan berkenaan mengimarahkan lagi surau dan masjid..

saya agak tenang menghadiri program kali ini kerana aiman yang turut serta telah diambil hak penjagaannye ke walid (itu pun selepas walid habis berucap) dan membenarkan saya betul2 khusyuk dan involve dengan program kali ini.

tahniah buat penganjur, bagi mengendalikan program ini. memang ada sedikit kekurangan(dari pemantauan saya) dan semua itu membuatkan hati saya terdetik untuk sama2 menjadi penganjur(bukan hadir saja) dan memberikan idea2 yang mungkin dapat menolong program pada lain kali..syiok wo..
eh, tahniah jua kepada mereka yang hadir (juga diri sendiri). walaupun program kali ini disertakan dengan hujan lebat dan guruh kuat yang amat.^_^

(gambar tak berapa cun dan malas nak edit ^o^)
ni je acara yang sempat di snap kan..

wakil surau kami beri cenderahati untuk wakil Biro masjid Kayu ara
hehe ^_^
muka terkejut aiman lagi
kami semua yang terlibat ^_^

** aiman??
 + aiman ikut sekali program ni tapi, lepas habis berucap walid amik aiman ke surau. bertujuan agar ummi tenang menjalani program itu. tapi, walid cerita yang aiman menangis terkejut bunyi guruh (siapa tak kan??) dan buat muka takut ( i can imagine how he looks like, mata bulat dan hilang kesepetannye..;P). then, aiman tidur keletihan di samping walid (bawah ketiak walid sebenarnya). yang bestnye, walid pun tidur same kat surau tu. terjaga bila ada orang kejutkan dia bila masuk waktu asar..haish~~.^_^

 + aiman kt umah kalu masukkan walker, bergayut je kat kain ummi (kalu die rasa nak perhatian ummi die. dengan walid, tak pulak..huhu). ikut kemana saja ummi buat kerja dan menangis kesayuan bila ummi tak layan die..ehehe..

+ apa ummi buat?? ummi akan bagi mainan pada aiman dan sambil buat kerja ummi akan panggil nama die (aiman or ahmad, biar die tau yang ummi ada kat araound die), kadang2 saya panggil die untuk cari saya(macam hide and seek tu), atau saya sekejap2 datang kat die tengok ape die buat/main, cium pipi tembam die, tarik telinga die atau saya jadi harimau (bunyi ngaum sekali bagi real sikit) dan kejar die..huhu (ini semua membuat kan kerja rumah delay memanjang..huhu ^_^

+ aiman sekarang (sebenarnya sejak minggu lepas) dah giat membebel  dengan perkataan "dadada","mamama" dan macam2 bunyi yang comel didengar bagi bayi sebesar die dan baru nak pandai keluarkan patah2 perkataan yang kita tak faham tapi die gembira ^_^

** walid?? oooOooo..saya nak ucapkan banyak2 terima kasih yang tak terucap dengan kata2 kepada bintangku yang bersusah payah membantu buat kerja rumah..terima kasih sayang, i love u more than u know ^_^. terima kasih Allah SWT atas pemberian pinjamanNya yang satu ini..
+ eh, ada yang baru tau saya ni isteri ustaz ke??..huhu (die bukan ustaz la kak..ni pesanan dari bintangku kepada akak2 dan makcik2 yang panggil die ustaz ;P)

** tak lupa, selamat hari guru kepada guru dan pendidik2 di luar sana..(termasuk saya ^_^). semoga kita terus tabah dalam mendidik anak bangsa kita..(leh tak nak juga nyani lagu "kami guru malaysia, berikrar dan berjanji..lalala")..



nurkilan oleh;