Friday, May 29, 2009

::::::::::::::::sapu, penyapu dan tukang sapu:::::::::::::::::::::

skang ni, setiap pagi sblm pg keje...
aku slalu nmpk sorg pakcik ni...
bersama sebatang penyapu lidi yg dh di upgradekn jd penyapu lidi batang yg panjang..
sabar je die menyapu helaian dedaun yg berselerek kt tempat tu..
bawah pokok yg rimbun dgn dedaun kuning..

dlm hati aku ckp..
hebat nye pakcik ni..
sabar betul die keje mcm tu..

bayangkan...
tiap hari die dah sah2 buat perkara yg same..menyapu
pastu, setiap hari die akn senantiasa berhadapan dgn org yg lalu lalang kt situ.

klau kte..how we feel?
malu kan...
aku ckp mcm ni bkn nk burukkn keadaan die..
just nk crite pasal...

betapa tabahnya die utk sesuap nasi..
sehingga sanggup merendahkn diri..
sabarnya die sapu daun2 tu setiap hari...
tanpa mengeluh..
malah setiap kali aku lalu, die beri lg senyuman utk aku..dan aku rs sesiapa yg sudi senyum kt die..

stop dulu...

Thursday, May 21, 2009

kEtuLu$aN hAti..



sedihku, sakitku..ku terima


ku rela, ku pasrah..jalanku


ini suratan aku dicuba..


demi rahmat-Mu..aku memohon




Ya Allah, redhai ketulusan hati


Ya Allah, beri aku ketabahan


Ya Allah, aku sanggup berkorban


Demi rahmat-Mu.. Ya Allah..




Ya Allah, redhai ketulusan hati


Ya Allah, beri akku ketabahan


Ya Allah, aku sanggup berkorban


Demi rahmat-Mu..Ya Allah..






Wednesday, May 13, 2009

hAr! iBuku..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari.......
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK...... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.........
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


hari2 pun hari ibu..:P

Tuesday, May 12, 2009

pembuka 12 pintu kebaikan..

hrtu, ade dgr ceramah dr dr. Fazilah Kamsah..(anjakan paradigma)

so, nk share je ayat ni..pembuka 12 pintu kebaikan...

"Allahumaftah Lii Abwaabil khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, a arhamar Rohimin"

maksudnya:
"Ya Allah, bukakanlah untukku pintu2 kebaikan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasih sayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan dan pintu2 syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Friday, May 8, 2009

@kU, c!ta-CiT@kU & w@n!tA Itu..

ini kisah cita2 ku..


suatu hari, aku telah berjumpa dgn wanita itu..wanita yg sedang dan ingin memiliki cita2ku..oh, Tuhan saja yg tau ape perasaanku ketika itu..

berdebar2 aku berjumpa dgn wanita itu..kami duduk berdua..tenang hatiku memandang wajah wanita itu..ku lihat, wajah wanita itu seperti gusar..tapi cube bersahaja di depanku..

aku bertanyakan wanita itu..apakah tujuannya dia mahu mengambil cita2ku?

wanita itu berkata, dia tidak mengambilnya dari aku..tetapi dia mengaku dia begitu menyukai cita2ku..dalam hati ku berkata, begitu banyak cita2,mengapa cita2ku yg ingin dimilikinya...

aku bertanyakan kepada wanita itu..mengapa cita2ku menjadi pilihan dia..kata wanita itu, die sudah mmg meminati cita2ku..namun ketika itu cita2ku..pergi kearah aku..

ku tanyakan wanita itu, tidakkah dia berasa bersalah ingin memiliki cita2ku? walaupun aku tau cita2ku belum menjadi kepunyaanku, tapi aku dan cita2ku sedang menjalani liku2 dan cabaran utk menjadikn cita2ku kenyataan..

wanita itu dengan riak mukanya yg aku sendiri tidak pasti berkata...dia memang tidak rasa bersalah kerana katanya, selagi cita2ku itu belum menjadi hak aku, die berhak untuk berharap dan meraih cita2ku...

hatiku berkata, Ya Allah..ada juga manusia yg boleh meraih kegembiraan di atas kesedihan orang lain..ye..terbukti mmg pelbagai manusia ade di dunia ni..

aku terus berbincang dgn wanita itu..ku katakan cita2 ku begini, dia kata cita2 ku begitu..siapakah wanita ini sebenarnya...

aku bertanya kepada wanita itu, benarkah dia begitu serius menginginkan cita2 ku?
wanita itu berkata, dia sebenarnya tidak pasti..dia juga memang suka mengejar cita2..itu katanya..
di dalam benakku berkata, wanita ini ingin permainkan cita2 ku..ape niat sebenarnya...

aku tidak mahu memanjangkan perbualanku dengan wanita itu..lalu aku khabarkan padanya..aku mengerti perasaannya kepada cita2 ku..namun,aku inginkan dia menimbang semula tindakannya itu berdasarkan keadaan dan situasi aku dan dia..
kami berbeza...wanita itu dan cita2ku, hanyalah perasaan yang biasa terlahir di hati manusia..berkeinginan..sesiapa sahaja mahukn cita2...
namun aku dan cita2ku, sudah terjalin sebuah ikatan yang membabitkan ramai pihak..terlalu ramai...dan cita2 ku..aku menginginkannya kerana dia memang sepatutnya milik aku..
lalu aku memegang lembut bahunya...
aku mahu kan dia fikirkan semula berkenaan semua ini...
dia bersetuju (katanya..)
namun..melihat dia tidak sedikitpun memandang mataku ataupun memandang ke arahku sepanjang aku dan die berbicara...aku tau ape yang ada di fikirannya..
(setahu aku,manusia yg bercakap tidak melihat mata atau berpaling muka..tidak jujur..atau rasa bersalah..ntahla..kubiarkan saja ia berlalu..)

selesai semua itu..aku terus melangkah dan masuk ke surau...ku tunaikan solat zuhurku dan berdoa semoga Allah redhai usahaku..amin..

** hanyalah cerita biasa2 je..**

Tuesday, May 5, 2009

siapa aku sebenarnya..

allop..
hehehe..dah lame banget x mengepost..

well, just want to share..
a few months yg dh berlalu buat aku lebih sedar siapa aku sebenarnye kt bumi yg nyata ini..
hidup yg hanya pinjaman n tiada kekal abadi..
ye..kite hanya meminjam..kalau kte bahagia sekarang,kte hanya pinjam kebahagiaan itu utk sementara...
kalau kte kaya n berharta sekarang..semua itu akan kte pulang kpd empunya..
begitu juga kalu kte sedih,murung n pilu..semua ini hanya pinjaman n berupa sementara...

sedih,murung..akan hilang sebagaimana hilangnya kepekatan malam dan teriknya matahari...
bumi akan berputar..hari akan berganti...seteruk manapun banjir,akan reda bila tiba waktunya..

yang pasti,kte tidak akan kembali kepada perkara yang sudah berlalu..
biarpun kadang2 kte rs menyesal sehingga menangisi semua yg telah terjadi..detik tetap terus berjalan..
oleh itu,tidak perlulah menyesal atas semua yg telah berlaku..
bukankah hari esok masih ada dan akan menyinari kte??
Tuhan itu Maha Adil..di ambilnya sesuatu dr kte,namun tak kan pernah Dia lupa memberikan sesuatu kembali pd kte..malah yg lebih baik...

usaha,usaha,usaha dan tawakal...sabar,sabar dan sabar...tabah,tabah dan tabahkan lah hatimu hati manusia kerdil..
Penciptamu tidak akan pernah melupakan kamu walau sekelip mata pun..redhalah ke atas kehendakNya..

dan Dia itu hanya menduga kte..semakin hebat kte semakin hebat goncanganNya..
utuhkah iman didada??
mengapa harus risau..Dia pencipta kte...Dia juga menduga kte mengikut keupayaan kte..
jika Dia yakin kte mampu atasi semua dugaan ini,mengapa harus kte risau??
yakinlah...Allah Maha Mengetahui..