Tuesday, May 24, 2011

rEaLiTi si DiA

assalamualaikum..
banyak yang betul antara realiti dan artikel kat bawah ni..

bacalah, saya dah baca dan hati tersentuh bila terkenangkan arwah abah, Hj. Minhat @ Minhaj b. Musa.



--------ABAH--------♥
 Sani Osman

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya abah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja abah pulang bekerja dgn wajah yg letih abahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa abah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Abah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw abah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi abah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, abah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka abah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,abah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, abah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Abah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Abah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat abah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..abahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bhw abah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Abah menangis krn abah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu abah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..


al-fatehah buat arwah abahku..
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

nurkilan oleh;

Monday, May 23, 2011

haRi iBu apaRtmenT peRmaI, 2011

assalamualaikum..

ini kisah ibu2 di apartment permai yang diraikan pada sabtu lepas bersamaan 21hb Mei 2011.

saya join dengan membayar RM20 (kalau ahli RM15je). rasa nyesal tak dengar kate bintangku masa mula2 lagi saya pindah ke sini untuk isi borang jadi ahli..ceh..walaupun RM5 je, mana la tau ada aktiviti lagi lepas ni..aduish~~

ok, menyesal tiada lagi berguna ye, sambung cerita..
program ini bermula dari pukul 2(sepatutnya, delay punya delay sebab tunggu ibu2 yang nak berhias tu turun, tak pasal2 saya jadi orang ke 4 sampai awal hari tu..hehe)

antara aktivitinya ialah;
1. ucapan biro wanita
2. slide aktiviti sebelum ini (digalakkan ramai lagi penduduk turut serta selepas ini)
3. makan2, sampai kenyang..
4. game kupas kulit epal terpanjang tanpa putus (mujur tak join, kalau tak jatuh reputasiku as 'orang hospitaliti' akak tu pantas lagi cekap gune pisau seposen tu, kagum i..;P)
5. batu seremban (mujur tak join coz batunye beso gedabak)
6. belon air panas (dah malap skill tangkap bola baling saya -.-)
7. sungai beracun (beramai2, berhimpit2 supaya kaki tak terkeluar dari 2 helai kertas..berpeluh2 join game ni)
8. cepat, pandang..teka (yang ni saya masuk, tapi group member tak syiok le..huhu)
9. tukar hadiah antara ibu
10. cabutan bertuah (saya yang tak berapa bertuah hari tu)
11. potong kek hari ibu
12. selesai, sila tolong kemas ^_^


gamba??
nengok ni..^_^

1. ni le hadiah yang saya pertaruhkan untuk sesi sistem barter hadiah tu..(kos kene above rm20)

 2. peserta kupas epal (kata pengerusi majlis, acara ini didahulukan kepada senior2 ^_^)

 3. bila acara bermula..

 4. antara kulit yang selesai dikupas..gambar terakhir tu, pemenang acara ni (memang saya xleh challenge die la..)

 5. acara batu seremban

 6. ni le pengasuh aiman, k.june (asal dari sabah, bah..)


 7. hehe..kami yang memeriahkan majlis

 8. bila ummi join aktiviti, walid layan aiman

 9. ni suami k.jun, cik ali. best fren aiman

 10. sesi potong kek, aiman telah diumpan dengan sepaket gula2 (saguhati untuk kanak2 yang memeriahkan majlis)

11. kami, ibu2 yang memeriahkan program kali ini ^_^ (nampak saya tak?)

12. berdiri sebelah ketua biro wanita, saya dan aiman menyibuk di situ untuk potong kek ^_^

hehe ^_^

aiman??
* aiman sangat femes dgn kemantapan badannya di program ini. senang keje ummi walid coz, ramai yang nak amik aiman untuk main2..huhuhu..good for aiman supaya dia tak takut dan ada konfiden bila berada di kawasan yang ramai orang (tapi kene awasi juga ye).
aiman kat rumah??
* banyak juga perkembangan aiman sejak dah masuk 7 bulan ni..sampai ummi tak sempat nak update kat blog ni. cuma sempat update kat kalendar handphone ummi ^_^.
* dalam minggu lepas, aiman dah start teruja tengok tv. lagi2 bila rancangan tu ade tarikan warna warni dan sound yang menarik.
* aiman juga dah start menggapai2..ape yang die tak cuba nak amik? tutup periuk ummi, pan frying ummi, langsir(ni memang faveret die), buku2 yang walid dah susun cantik2 baik je die tarik satu2 dan lepaskan, kain2 yang boleh dicapai (termasuk kain/seluar ummi masa ummi buat keje), tutup tong sampah, alas meja, walker die(yang ini masa meniarap die dok tarik dan macam nak naik sendiri :: walaupun baru merangkak :: akhirnya die tergolek sekali dengan walker die).hehehe..(memang ummi gelak besar la bila moment ni, aiman sampai terkejut tengok ummi ketawa besar sambil muka die terkejut dan blur (maybe dalam hati die cakap 'aku punye la tergolek kat sini, ummi leh gelak je..hampeh..'. sorry aiman, ummi rasa aiman buat lawak masa tu..
* terbaru, aiman nak mencapai kain buai die. ummi memang tengok je la..so, bila die dapat capai kain buai tu je (dengan satu tangan), die tergolek tapi genggaman tangan die tak lepas so, aiman bergayut sebelah tangan dengan muka cuak. (kali ni ummi cepat sambut badan sedap die tu). apepun, ummi tetap gelak besar..;P
* aiman pandai cover kepala die bila mana die nak terjatuh so, ummi tak le risau sangat just hati2 je. ummi saja je biar aiman explore semua tu sendiri so aiman tau ape indikasi atas ape yang die buat. in fact, sekarang if aiman menangis bila sesuatu terkadi pada die atas sebab diri sendiri, ummi just kata "now u know..siapa salah?)


nurkilan oleh;

mOisT cHocoLatE caKe

assalamualaikum..

bila mood memasak datang, saya just try je resepi yang dah di kumpul tapi tak pernah buat..

kali ni, buat kek chocolate moist. mujur jadi..

masa buat ni, terhenti2 coz aiman menangis nak suruh kita layan die. (walid plak turun ke surau)

putar2 telur, tinggalkan layan die sekejap. lepas tu, sambung putar lagi. stop dan layan die..sampai siap kek masuk oven baru tidurkan die..hehe ^_^

gambar??









 kek nye satu je, gamba je lebih ni..huhu..
topping die tambah ikut suka hati i..(badam hancur, di sangan dan tabur atas dia)

mekasih bace ye..^_^

nurkilan oleh;

Friday, May 20, 2011

naPe La taK boLeh lagI niE..

assalamualaikum..

yeah, today is the day..
why? result dpli ambilan julai 2011 dah kuar (sepatutnya dijadualkan hari ini). so, saya nak check either dapat ke tak..
tapi...dari tadi cuba buka page yang sepatutnya, tak dapat2 buka..stress tul..hehe..

haish..kali ni, saya tidak menaruh harapan yang tinggi (takut tersungkur, tertonggeng lagi, naya je), kalau ada rezeki, ada lah..kalau tiada, tiadalah (cuba lagi jika ada peluang tahun depan). yang penting, saya dah berusaha dan saya redha dengan keputusannya..

adoi, masih tak dapat check lagi ni.. haish ~~

nurkilan oleh;

tErtaRik & mEnariK??

assalamualaikum..
sangat menarik dan saya tertarik untuk berkongsi dengan semua ^_^

13 ALASAN TIPIKAL WANITA Y TIDAK MENUTUP AURAT
by Mohd Izzat

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.



4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”



nurkilan oleh;

Thursday, May 19, 2011

kOngSi jE La

assalamualaikum..

kenapa mesti pening kepala dan kepoh2?
dragon ball ada 7 biji semuanya. ^_^

okies..

:: perkongsian hidup ::

berdua lebih baik..
dua hati dua insan, satu perkongsian.
dua hati milik dua insan berlainan yang tiada pertalian apa2,
cuma ikatan nikah atas dasar satu perkongsian hidup..

bayangkan, dua insan berlainan jantina
tak pernah kenal hati budi, baik, buruk, keluarga, siapa kawan2nya, saudara maranya,
macam mana pergaulan sehariannya, minat yang  berbeza, hobi tak serupa,
cara hidup tak tau macam mana pula..cara tidur, mandi, pakaian..
ah..serba tak tau semuanya..

jodoh..

aku dan dia..kami tak kenal dan tak tau macam mana, atas nama jodoh dan kuasa Pencipta,
kami akhirnya bersama.
segala yang asing dah jadi biasa,
alhamdulillah, mudah aku rasa hidup dengan dia..

Tuhan itu Maha Mengetahui hambaNya,
dan siapa yang terbaik untuk hambaNya..
kita saja yang perlu sabar, usaha dan tawakal..
redha padaNya..


nurkilan oleh;

aPe naK bEbeL ni??

assalamualaikum..

sebenarnya terus terang saya cakap yang saya masih cari mood untuk post entry baru..banyak kisah tapi mood tiadala..so, terbengkala semua kisah2 yang nak di post..haish~~ pehtu, internet memang slow yang amat, download gamba je 'hang' berkali2, rase macam nak give up je..huhu

sekarang pulak terasa masa yang berlalu amat lambat. perut lapar sangat ni tapi lif rosak, malas nak turun coz dah nak waktu pulang keroje..benci tul tau..

actually, terasa sedikit upset dengan status pekerjaan saya sekarang..terfikir2 dan asyik tercari2 peluang pekerjaan yang lain. terfikir juga nak berniaga. tapi idea yang berlambak2 ni tak tau nak pilih mana satu dan nak mula dari mana..semak samun kepala ni..

rasa nak nangis tapi, membazir je kot kalau nak nangis pasal ni. bukan boleh ubah ape2 pun..

tak faham, apa yang kurangnya sehingga perkara macam ni boleh terjadi..
'sudah ada tanduk bertuah, gading tidak berguna lagi'

lif oh lif..silalah kau pulih serta merta..aku dah macam takde tenaga walau nak turun anak tangga..-.- ~~

nurkilan oleh;

Monday, May 16, 2011

ahad, 15 mEi 2011

assalamualaikum..

nak cerita dan kongsi pasal program semalam di kawasan rumah kami. program ringkas yang dianjurkan oleh surau pada kali ini bertujuan untuk beramah mesra bersama Biro Wanita dari Masjid Makmuriah, Kayu Ara.

program bermula pada pukul 3 (tapi sebenarnye bermula pada 3.15-3.20 ptg) ahad, 15hb mei 2011 ini dimulakan dari ucapan pengerusi surau (handsome banget pengerusi surau ni tau, suka tengok die control muka dengan dedikasinye ;P).
kemudian, disambung dengan perkenalan antara Biro Wanita Masjid Kayu Ara dengan penduduk di sini. ada 8 orang wakil dari mereka dan ketangan ahli penduduk pula mencecah 30 orang. dan buat pengetahuan semua (ayat wakil Biro masjid kayu ara), untuk kali ke 4 lawatan mereka ke surau kawasan masjid kayu ara, di surau inilah paling ramai ahli yang hadirkan diri di sesi lawatan mereka..^_^
yeay!! tahniah buat akak2, makcik2 dan juga saya kerana berjaya meluangkan masa dan mengikuti program ini. (dalam pada itu, saya rasa sepatutnya kedatangan kali ini agak kurang memuaskan memandangkan ahli penduduk lebih ramai dari jumlah 30 tu dan ahli yang datang pula dikalangan makcik2 dan akak2 yang memang biasa involve dalam program2 yang dijalankan sebelum ini..kemana belia2 ye? :: not included me yang memang suka menyibukkan diri dalam program2 yang dijalankan, kalau saya ada di sini la..dah terbiasa dengan zaman2 duduk kat kolej uitm tu..nak merit la katakan..huhu:: lagipun, bintangku merupakan orang kuat surau jadi kami semua termasuk aiman memang turun ke program tu).
apapun, since diorang happy dengan kedatangan pada hari itu. program dijalankan terus lancar sehingga masuk waktu asar. kami berhenti solat dan sambung bagi sesi penyampaian cenderahati dan jamuan ringkas dari penganjur..

antara aktiviti program ringkas itu ialah, sesi menonton slide show berkenaan dengan aktiviti yang pernah dijalankan oleh masjid kayu ara(menarik dan tertarik juga boleh diaplikasikan di surau kami), sesi ta'ruf, aktiviti berkumpulan membincangkan idea untuk menarik muda mudi ke surau (kenapalah golongan ini yang susah sedikit di tarik ye),  perbentangan ape yang dibincangkan dan bertukar2 pandangan berkenaan mengimarahkan lagi surau dan masjid..

saya agak tenang menghadiri program kali ini kerana aiman yang turut serta telah diambil hak penjagaannye ke walid (itu pun selepas walid habis berucap) dan membenarkan saya betul2 khusyuk dan involve dengan program kali ini.

tahniah buat penganjur, bagi mengendalikan program ini. memang ada sedikit kekurangan(dari pemantauan saya) dan semua itu membuatkan hati saya terdetik untuk sama2 menjadi penganjur(bukan hadir saja) dan memberikan idea2 yang mungkin dapat menolong program pada lain kali..syiok wo..
eh, tahniah jua kepada mereka yang hadir (juga diri sendiri). walaupun program kali ini disertakan dengan hujan lebat dan guruh kuat yang amat.^_^

(gambar tak berapa cun dan malas nak edit ^o^)
ni je acara yang sempat di snap kan..

wakil surau kami beri cenderahati untuk wakil Biro masjid Kayu ara
hehe ^_^
muka terkejut aiman lagi
kami semua yang terlibat ^_^

** aiman??
 + aiman ikut sekali program ni tapi, lepas habis berucap walid amik aiman ke surau. bertujuan agar ummi tenang menjalani program itu. tapi, walid cerita yang aiman menangis terkejut bunyi guruh (siapa tak kan??) dan buat muka takut ( i can imagine how he looks like, mata bulat dan hilang kesepetannye..;P). then, aiman tidur keletihan di samping walid (bawah ketiak walid sebenarnya). yang bestnye, walid pun tidur same kat surau tu. terjaga bila ada orang kejutkan dia bila masuk waktu asar..haish~~.^_^

 + aiman kt umah kalu masukkan walker, bergayut je kat kain ummi (kalu die rasa nak perhatian ummi die. dengan walid, tak pulak..huhu). ikut kemana saja ummi buat kerja dan menangis kesayuan bila ummi tak layan die..ehehe..

+ apa ummi buat?? ummi akan bagi mainan pada aiman dan sambil buat kerja ummi akan panggil nama die (aiman or ahmad, biar die tau yang ummi ada kat araound die), kadang2 saya panggil die untuk cari saya(macam hide and seek tu), atau saya sekejap2 datang kat die tengok ape die buat/main, cium pipi tembam die, tarik telinga die atau saya jadi harimau (bunyi ngaum sekali bagi real sikit) dan kejar die..huhu (ini semua membuat kan kerja rumah delay memanjang..huhu ^_^

+ aiman sekarang (sebenarnya sejak minggu lepas) dah giat membebel  dengan perkataan "dadada","mamama" dan macam2 bunyi yang comel didengar bagi bayi sebesar die dan baru nak pandai keluarkan patah2 perkataan yang kita tak faham tapi die gembira ^_^

** walid?? oooOooo..saya nak ucapkan banyak2 terima kasih yang tak terucap dengan kata2 kepada bintangku yang bersusah payah membantu buat kerja rumah..terima kasih sayang, i love u more than u know ^_^. terima kasih Allah SWT atas pemberian pinjamanNya yang satu ini..
+ eh, ada yang baru tau saya ni isteri ustaz ke??..huhu (die bukan ustaz la kak..ni pesanan dari bintangku kepada akak2 dan makcik2 yang panggil die ustaz ;P)

** tak lupa, selamat hari guru kepada guru dan pendidik2 di luar sana..(termasuk saya ^_^). semoga kita terus tabah dalam mendidik anak bangsa kita..(leh tak nak juga nyani lagu "kami guru malaysia, berikrar dan berjanji..lalala")..



nurkilan oleh;

Tuesday, May 10, 2011

mOtheR's daY

assalamualaikum..
sebenarnye, saya rasa macam pelik skit coz saya dah pernah post topic mother's day ni. tapi tak tau ape yang terjadi, ia hilang dalam senarai entry saya..pelik..

apepun, sebab ianya berkenaan hari ibu, maka saya akan terus gigih menulis entry ini.

"ibu, ibu..engkaulah ratu hatiku" sejauh mana lagu ini meresap kedalam jiwa korang ek? sejauh mana maksud lagu yang tersirat mahupun tersurat ini ditafsir korang?

apepun pandangan atau buah fikiran korang terhadap lagu ni, semuanya sebab kita ini ada ibu/mak/emak/ummi dan lain2 panggilan untuk wanita yang melahirkan kita..kan, kan?? ^_^

hari ibu saya tahun ini??
bilamana saya teringat yang hari ini adalah hari ibu, saya terus berbisik "selamat hari ibu, mak..hajar sayang mak"..hanya bisikan yang saya tak tau sama ada mak saya dengar atau tak. cuma itu yang dapat saya katakan dalam bisikan..(semoga roh mak tenang di sampingNya).
tahun ini, tahun pertama saya tak dapat nak verbally secara direct/telepon wish kat mak sy sebab bondaku telah pergi bertemuNya..

tapi kalu dia masih ada, she definitely akan reply wish saya dengan "oo ye ke, terima kasih." dan saya dapat bayangkan (kalau saya wish melalui telepon), die akan tersenyum  sipu dengan kata2 tu..(senyuman mak macam saya kot, cume bezanya umur kami ^_^)..setakat yang saya ingat, sejak saya tau kewujudan hari ibu, saya tak pernah missed untuk wish mak saya hari ibu, malah pernah saya bagi sejambak bunga untuk mak saya..^_^

erm...rindu betul pada mak..rindu sangat..Allah saje yang tau betapa saya rindu pada dia, kata2 nya, bebelan die, nasihat die, senyuman die dan segala2nya tentang emak..
lagi2 bila saya sendiri memegang title ummi kepada aiman, baru saya sedar dengan penuh mendalam erti kata 'hati ibu'..

teringat juga kata2 mak, "kau tak tau ape mak rasa, nanti dah jadi mak..baru kau tau.." masa ni saya tak ingat kenapa mak cakap macam ni..huhu..tapi, memang betul ape kata die..dan untungnye, saya anak perempuan dan berpeluang menjadi seorang ibu.

tau tak?? sejahat2 seseorang individu tu, sape yang sanggup terima, memaafkan die? mak..emak die la..(selain Allah)..

memang rindu die..lagi2 bila berat sangat rasa hati ni membendung perasaan, terasa macam nak telefon emak untuk cerita macam2 kat die..(kadang2 bila saya sedih dengan sesuatu perkara, saya akan telefon emak..bukan untuk cerita perkara yang membuatkan saya sedih, tapi cukup sekadar dengar suara emak..saya akan rasa kekuatan seorang ibu yang akan terus memihak kepada anaknya dan membuatkan saya terus tabah).

saya rindu bila saya rasa semua orang salahkan saya, hanya mak yang kata tak apa kalau buat salah.
rindu bila rasa diri ni memang dah jauh terperosok kat dalam, mak datang dengan kata2 penaik semangatnya.
rindu bila saya rasa dah tiada siapa nak berkawan dengan saya, mak kata mak setia di sisi saya.
rindu bila saya buat salah bukan sekali malah berkali2, mak tetap kata selagi masih ada masa kau mesti terus cuba.
rindu bila saya buat kuih tak jadi, mak datang tengok hasilnya dan sambil tersenyum dia akan kata 'cuba lagi lepas ni' selepas rasa kek yang bantat..tapi die terus makan macam kek tu sedap.
rindu bila saya keluar bermain, mak datang bawa air dan kadang2 sama join gelak ketawa (kalau arwah abah ade, die juga turut serta).
dan macam2 moment yang saya rindu bila bersama emak.
paling saya tak kan lupa, saat saya rasa hanya mati penyelesaian segala dan airmata tak putus asyik berjurai2, emak datang sebelah saya, sambil memegang tangan dan bahu saya tanpa berkata apa2, dia turut mengalirkan airmata tanda walau ape yang terjadi, emak sentiasa di sisi saya. saya anak dia.
mak saya tidak berpelajaran tinggi, tapi dari ilmu keibuan, die cukup untuk jadi yang teratas di hati saya.

terima kasih emak untuk segalanya. terima kasih Allah atas pinjamanNya, emak saya.
the one and the only Pn. Hajah Zaitoon Bt Mansor.


bila teringat semua moment tu, macam nak kuar juga airmata ni..(siapa yang tak kan..)


buat la macam manapun, kita masih tak mampu nak balas jasa seorang ibu..(hanya berdoa agar Allah membalasnya)

dari dulu sampai sekarang, saya memang benci tengok anak yang layan makayah mereka dengan cara kurang ajar..kuatkan suara dan sebagainya (bab makayah ni, memang pantang!!)..tak kiralah siapa mereka (even tengok drama pun saya leh emosi bab2 macam ni..huhu)..jeles juga bila tengok diorang mesra bersama mak
masing2 tapi tidak saya..rasa nak nangis lagi..-.-

kepada mereka yang masih mempunyai makayah, hormatilah mereka..(ringkas je pesanan ni, kalau tak faham tak tau la..).
kepada yang makayah nya sudah kembali ke rahmatullah, jangan putus doa untuk mereka (ingatan pada diri sendiri juga). doa anak yang soleh adalah salah satu harta makayah kita yang berpanjangan.

** tak lupa kepada semua ibu2, ibu mertuaku juga mak/ummi/emak/mummy/mama dan lain2 panggilan asalkan kamu seorang yang pernah melahirkan, "selamat hari ibu" saya ucapkan. semoga kita terus tabah menjadi ibu.
+ syurga terletak di telapak kaki ibu, maka jangan di salah gunakan ye..^_^
+ setiap kata2 ibu itu adalah doa dan ia dimakbulkan, jadi jangan tersilap kata/doa ye ibu..anak kita, masa depan kita dunia dan akhirat ^_^

** ummi tunggu aiman wish ummi hari ibu..mesti saya nangis sebab saya ni sensitif..huhu ^_^

+- hari ibu penting untuk diucapkan oleh para anak juga suami kepada ibu dan ibu anak2nye, kerana wanita ini mudah tersentuh hatinya..jadi, dalam 365 hari yang korang kate hari2 boleh sambut hari ibu tu, ape salahnye amik satu hari ni untuk ucapkan terima kasih ibu n selamat hari ibu buat bonda korang tanda penghargaan..sure ibu/wanita itu ingat sampai bila2 at least untuk setahun tu (tunggu sampai hari ibu tahun depan, itupun kalu masih bernafas). saya wanita dan ibu, jadi saya juga turut rasakan perasaan itu..(dan yakin semua wanita/ibu at least mengharapkannya walaupun tak terungkap ::typical ibu:: )

habis sudah, terima kasih membaca ^_^

nurkilan oleh;

Friday, May 6, 2011

shOrT nOtes

assalamualaikum..
hai there!! yeah u guys yg sudi bace blog sy ni..huhu. rindunye kt blog sendiri..

dah lama jugak tak post new entry kat sini. haish, kalau nak diikutkan, banyak benda nk di omelkan kat sini. tapi..bb celcom sy ni buat hal pulak..pehtu, line internet kt opis plak under construction..why??
sebab dengan banggenye, sy nk bgtau yg opis kami ni berpindah dari level o ke level 6..so, minggu ni baru beroperasi...macam2 hal..

ni pun bb ihsan dari opismate yg katenye sudah kebosanan dengan facebuk die.huhu..tQ pn. Shamala ^_^

okey ler, dpt green light pinjam bb ni doesn't mean sy leh sesuka hati buat harta sendiri kan..

by the way, bila semuanya ok..insyaAllah sy akan update new entry based on date die ye..

k, semoga jumpa lagi ^_^

nurkilan oleh;