Friday, August 16, 2013

soleh ke solehah?





 assalamualaikum wbt.

selamat hari raya semua ^^, . alhamdulillah, sempat lagi kita menyambut aidilfitri tahun ni ye. agak-agak bila menjamu selera tu ye. kang semuanya naik. (memang tak boleh nak elak sangat makan macam2 bila pergi beraya ke rumah orang ni. lain dengan ke 'open house', bole la pilih2 makanan tu. hehe, boleh gitu? ah, pandai2 le korang sukat makanan tu ye )

raya kali ini, saya terbuka hati nak bercerita berkenaan dengan masalah makayah zaman sekarang. iaitu, anak belia/remaja. bukan apa, terdengar cerita2 makcik/pakcik yang mempunyai masalah anak merekan yang malam berjaga, siang membuta (tido). contohnya, beraya sampai pukul 3 pagi, sambung berbual dengan kawan2 sampai pukul 5 pagi. yang terus solat subuh tu, ok la. yang tak tu, terus tido n bangun pukul 1 tengah hari? adoi..nauzubillah, jangan le jadi pada anak2ku kelak.

lain dengan saya di besarkan dulu. kalu keluar mesti dengan adik beradik dan kalu waktu malam, memang tak lebih dari pukul 12 malam. (rasanya tak sampai pukul 12 pun). sebab arwah abah memang akan tunggu anak2 die depan rumah (anjung rumah) tu. dan kami, selagi tak baik, selagi tu lah, akan dapat panggilan telefon dari abah, tanya "kat mana? bila nak balik?". walaupun keluar dengan abang2 yang dah berkahwin. huhu..
rimas dengar/baca ni kan?
hehe..itulah zaman kami di besarkan. alhamdulillah, semua tu ada faedahnya..terima kasih abak&mak.

berlainan dengan anak zaman sekarang, mungkin telefon tu tak diangkatnye. bahkan, mungkin terus di 'off'kan hp tu. (etrdebgar ibu2/ayah2 membebel pasal yang ini). senyum saja saya mendengarnya. mungkin cara mendidik anak zaman sekarang dah berbeza dan makayah kena rajin research dan buat 'try/error' cara mengatasi anak2 yang ada kelakuan macam ni. macam mana nak buat ye?? anyone?

bagi saya, tak kisah lah zaman bila pun anak2 kita berada/ kita sendiri berada. menjadi anak soleh/solehah itu bukan satu pilihan. tapi terpulang pada kita untuk berusaha menjadi anak soleh/solehah atau tidak. eh, faham tak ye?hehe..

yang penting, mohon kita semua berkelakuan baik terhadap makayah kita. sopan dan jaga tutur bicara kita dengan mereka. saya pasti balasan terhadap apa yang kita lakukan kepada makayah ni, dibalas olehnya di dunia ni jugak. tak kira baik atau buruk..

dan makayah..terutama mak/ibu/ummi/mummy dan seangkatan dengannya, jaga juga tutur dan bisik hati kita ye. doa ibu itu cepat je dimakbulkan lagi2 berkenaan benda yang buruk2 pasal anak2 kita..jaga-jaga..

ini hanya buah fikiran saya dan bukan kerana saya baaiikk sangat. cume, saling mengingati diri dan para pembaca. tenkiu.

wallahualam..



 nurkilan oleh;