Wednesday, April 18, 2012

lOvE, lOve, lOvE thIs sOng ^_^

 assalamualaikum..

first time dengar maher zain bawak live lagu ni kat astro, terus tertarik dengan lagu n lirik die..(remind me to my mother)..

so, enjoy..


** berangan aiman nyanyi untuk ummi ^_^

sayangilah mak kamu

salam.. 

nurkilan oleh;

Tuesday, April 17, 2012

antara 20 perkara yang berubah

assalamualaikum..

terbaca dan suka nak simpan kt blog sy ni ^_^


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

harap dapat manfaat bersama ^_^
wassalam..
nurkilan oleh;

Friday, April 6, 2012

laGi, kEk beDaY sapE?

 assalamualaikum..

lepas buat tiramisu kek dan orange&carrot kek haritu, ada lagi tempahan untuk rainbow kek dari kawan bintangku. bintangku cakap, lepas makan tiramisu kek tu terus nak tempah rainbow kek utntuk anak die punya beday..
tapi, tapi, tapi...harini (petang) die bagitau nak tempah kek, esok die dah nak kek tu..adeih..nak tolak macam taksampai hati pulak..so, saya amik juga tempahan itu..(patutnye kene charge mahal skit kan..huhu).

ni la hasil kerja gopoh2 buat kek ni dari kul 8 malam lebih sampai pukul 12 kot..
iye la kan, 6 lapis kek tu kene bakor asing2 pehtu tunggu plak die sejuk baru leh deco2..jatuh tulang punggung ni lagik..ekeke, dapat bayangkan tak? ^_^





gambo curik dari akk yg tempah kek ni..;P

 ni plak sebab ade lebih tiramisu punye topping, so buat le sponge kek separuh adunan..cadangnye dapat le buat lebih dari dalam gambo ni. sekali sedang saya khusyuk buat rainbow cake tu, anaknda ahmad nur aiman dah ngadap kek ni dengan loyang2 kat depan tv. adoi..dua2 tangan dan mulut dah penuh dengan kek. mujur dapat selamatkan skit bahagian2 dan ini le hasilnye..sabo je la ummi ye..^_^

mini tiramisu ^_^


itu je nak share.
wassalam..

nurkilan oleh;

Wednesday, April 4, 2012

eGg taRt..eH silaP, bLuebeRry chEesE taRt ^_^

assalamualaikum..
ni pulak project hujung minggu lepas..buat coz nak cuba resepi dan sempena mak mentua datang dari ipoh ^_^



 jadi dan sangat sedap. saiz sangat kecil molek (ni angkara dah desperate nak jugak beli mold walaupun kedai tu dah kehabisan stock mold saiz sederhana). anyway, kecil molek, skali ngap dah muat kat mulut comel saya maupun aiman ^_^

oh, ni namenye blueberry cheese tart.. ada gak buat egg tart tapi tak amik gambo plak..i'm sorry..;P

wassalam

nurkilan oleh;

kek, kek, kek..

assalamualaikum..
semalam bertungkus lumus siapkan 2 biji kek ni.

cheesecream coklat tu ade letak perisa kopi


atas tu saya tabur indocafe(tak guna nescafe) instead of coco powder ;P


 semoga pelanggan yang menempah berpuas hati dan tempah lagi ^_^

wassalam..
 
nurkilan oleh;

Tuesday, April 3, 2012

bukan HFMD tapi virus infection rupanya..

assalamualaikum..ba
ru nak tempek gambo mengikut tajuk entry di atas..
^_^

budak tak sihat tertidur dengan bukunya

boleh pulak die tido lepas conteng tangan sendiri






ada sikit2 kat bahagian badan, pinggang dan montot die..kat mulutpun ade skit jugak.
apepun, if terjadi pada anak2 anda, sila refer pada doktor yang pakar ye..
wassalam ^_^


nurkilan oleh;