Friday, November 16, 2012

cuti minggu lepas dan deepavali

assalamualaikum wbt.

malu nak menulis kala diri terlalu lama menyepi..banyak yang dah saya lalui nak di kongsi bersama. tentang diri sendiri, tentang anak2 yang semakin membesar dengan karenah comel masing2 dan tentang impian2 kecil seorang surirumah dan ummi. tapi apa kan daya, lagi banyak benda nak cerita/kongsi, lagi 'rajin' diri pemilik blog messy ni..(ouch..tak yah le korang kutuk lebih2, bace je sudah~~)

erm, ok. saya buat keputusan untuk terus kan update dengan perkara2 yang baru saja berlalu iaitu cuti hujung minggu yang lepas sekali dengan cuti deepavali.

tertunggang langgang saya menjadualkan diri untuk memenuhi tempahan kek untuk cuti yang lepas ni. almaklumlah, dengan tarikh 10.11.12, ramai yang buat kenduri nak kawen, bertunang (dan beranak).
actually tidak le banyak sangat tempahan kek yang nak saya siapkan. cuma, saya dah mula balik kampung bintangku pada hari rabu malam. kek pulak nak digunakan pada hari sabtu. mujur sume kek bergalaskn 'fondant', leh tahan lame. ok, alhamdulillah, siap semua kek2 yang ditempah. waaupun baru cuba2 nak terima tempahan fondant kek, alhamdulillah, customer puas hati.

hari rabu malam tunda ke hari khamis pagi baru ktorg balik ipoh. adik ipar nikah hari jumaat lps solat jumaat dan sabtu pulak majlis bersanding. itu yang ktorg sibuk sangat..bintangku 3hari berturut2 mandi hujan sebab memasang khemah. gigih, okey..aiman pulak, pipinye macam dah makin tembam saya tengok. mana taknye, orang ni sumbat, orang tu sumbat..last2, umminye cakap, sudah aiman. no more eat. (kejam tak?)huhu..harap sesiapa yang berkenaan tidak kecil hati kerana tindakan ini ku ambil untuk kesihatan si comel aiman. terima kasih.
affan, alhamdulillah tak banyak ragamnya. walaupun saya tau si kecil ni mesti cepat penat bila ramai yang dok dukung dia ke sana ke mari. tapi, tu la affan si pemaaf yang 'cool' memanjang. syukur dan membuatkan saya bole juga sesekali curi2 tolong buat apa yang patut. (i nak jadi menantu kesayangan you ~~ ;p )

okeyla, ni affan sudah bangun tido. nak bagi susu kat die jap.
mekasih kerana sudi menatap baca blog messy saya ni ye..
wassalam.





ni muke kepenatan menghabiskn deco kek n sebelum balik ipoh

ni kek org nk bertunang order/request nak sebiji macam gamba yang die bagi

ni kek bawah untuk majlis potong kek adik ipar

kek atas untuk majlis potong kek asik ipar


ni plak red velvet dengan edible image lierpool utk akk ipar yg menyeperaiskan abg ipar

ni di order oleh akk ipar utk 2 gegurl die


ni le 2 tingkat kek fondant


nurkilan oleh,




Sunday, September 9, 2012

gempak!!

 assalamualaikum..

gempak la sangat!! ok, tau dah lame gile tak update ape2 kat blog simpledimple ni..hehe ^^,
ni update sambil makan nasi beriani+kambinggolek+saladkentang (semua dibawa oleh bintangku dari jamuan/openhaouse raya dari opisnye), almaklum, saya &anak2 sangat keletihan(tak kira mystar lagi penat) baru sampai dari ipoh pagi tadi.

memang tak plan pun balik ipoh, tapi hari sabtu(semalam la kan) ada terima berita kematian bapa saudara bintangku. so, balik le (dapat jumpe baby baru jugak* baby raya).

 tau kenapa lama tak update?ha..meh nak crite skit..

rasanye sejak dari bulan puasa/awal puasa saya dah tak sempat/malas update (sila jangan marah).
banyak nak cerita tapi jari malas nak menaip dan..mata melihat jua membaca blogger lain punye lagi syok kot ^^,
lagipun, saya dah sikit2 membaking biskut/amik tempahan kek untuk bulan ramadhan dan raya, jadinye segala masa berinternet boleh dikatakan banyak habis di Utube untuk cari bahan/contoh deco2 ^^, .almaklumlah, saya budak baru belajar.
lepastu, dok godak2 cara edit gambo pulak..jadinya, memang tak sempat/malas le mengupdate blog simple ni ha..(maaflah kepada sesiapa yang buka2 blog saya dan termuntah bila tengok tiada perubahan or cerita baru..ngEe..)
apepun, sempena bulan syawal ni, saya nak memohon kemaafan kepada kamu semua andai ada tersilat taip yang mengguris (ouch) hati2 kalian..sesungguhnya, saya tak sengaja ;P

gambar raya? ala..dah upload kat facebook, korang rajin tengok kat sane je la ek..





ni kira gambar terbaru saya dengan baby baru 3 bulan(kira baru la kan) & cara edit gamba terbaru(bagi saya)

wassalam.

p/s korang dah habis puasa 6? puasa wey, rugi tak guna kesmpatan ni ^^,

jap!! ce tengok atas tu?perasan tak header mulut muncung tu?huahuahua..masa boring2, jagi senget jap, jangan mare ~~

 nurkilan oleh;

Friday, July 27, 2012

kaulah yang satu~~

 assalamualaikum..


macam tersuka kat lagu ni..so, i dedicate this song to my best friend eva, bintanghatiku

makasih jadi sahabat saya, walaupun kita tak bertahun kenal, saya rasa macam dah bertahun kenal kamu..

moga saya juga best friend kamu!! ^^,



nurkilan oleh,

Tuesday, July 17, 2012

nEw paGe

 as salam..

dah brape lame xupdate?? sebenarnye banyak yag nak dikongsikan kat blog sempoi ni. cuma masa yg tak mengizinkan (sangatla kan..huhu). tak de la, banyak masa online saya sebelum ni dihabiskan untuk cari bahan2 ilmiah berkenaan bisnes kecil2an saya tu. hehe, alhamdulillah, dah habis pantang (padahal lagi seminggu pantang dah sibuk membaking, gilos) asik membaking je la kerojenye.

i'Allah, membaking/berniaga adalah kerjaya saya sekarang ni. tak tau kenapa bersemangat sangat buat kek/cupcake/biskut n cake ball ni. teruja ok..lagi seronok bila ada saje orang yang berminat dengan hasil airtangan saya ni. so, buat habis baik la..orang kata, kalu kita ikhlas hasilnye memuaskan kan..i'Allah..

tapi tu la, bekerja di rumah dengan bayi berumur nak masuk 2 bulan dan abang tak sampai setahun..hanya ibu2 yang faham..maka, mula-mula haritu sangat tension. serius..baru nak buat keje skit, yang ni nanges, nak gerak sikit, yang tu plak nak perhatian..sangat mencabar, ok..(sila faham)
orang kata, alah bisa tegal biasa (ei, betul ke ni ek?). macam tu jugak saya.mula menyusn jadual untuk kerja2 membaking. pelanggan perlu dijaga, tapi anak2 tak boleh terabai juga.

sekarang, no pressure. dan saya pun cepat2 pasang niat baik bila anak2 mula meragam. tahap kesabaran sekarang ni pun semakin superb la kan..alhamdulillah, byk2 doa utk yg ni ^^,
dan hasilnya, alhamdulillah skang ni sikit2 order masuk.. adela untuk anak2 n bantu ape yang patut kat bintangku tu. (ei, die pun keje keras buat marketing tau walupun die tu akauntan/auditor je ;P).

k, cerita pasal aiman..dalam seminggu ni dah dengar la die cakap yang pelat2 dan boleh juga dengar butir2 perkataan yang mirip perkataan sebenar. (sangat tak sabar tunggu dia boleh bercakap). aiman pun suka meniru gaya orang yang dia tengok. lagi satu, ntah tengok sape buat, bila nak bercakap kat telefon mesti nak baring sambil buat muka poyo je..pdahal orang di sana tak faham ape yang dia cakap.adeih~~

affan? ha, ini budak belum cukup dua bulan sudah kuat mengagah..kadang2 bole ketawa lagi. senyum simpul jangan cerita la kan..habis menyusu, senyum. orang tegur skit, senyum..buat muke comelje..hehehe..

ok la, sampai sini je larat tulis benda yang ngarut2 ni..apepun, mekasih membaca.

ops, ni ada page baru untuk korang yang sudi bace blog sempoi saya ni..page ni buat kha untuk mempromote hasil tangan saya ^^,
(baru nak belajar buat fondant cake, gila kebelakang..tapi, tunggu hasilnye ye..;P)

ni link die www.facebook.com/orkidscookiesandcake. 

nampak comel tak?rasanye, serius sedap..i addict makan ni, k.
wassalam.



nurkilan oleh;
 

Wednesday, June 27, 2012

mitos je la, seminggu tu..

assalamualaikum wbt.


adoila..
nak dijadikan cerita, haritu beriya saya sedih2 bagai bila aiman nak dok lame dengan opahnye kat ipoh tu. jangan tak tau, ummi siap selitkan love letter ummi (yang pertama kalinya) untuk aiman kat buku conteng2 die yang ummi bawakkan. haha..(kene gelak dengan opah jap tang ni, malu saya..) skali tup2, hari ahad bintangku kata mak on the way hanta aiman balik sini..walaupun peliks tapi hati tersangat gumbira. sesungguhnya Allah saja mengetahui sebab2nya..ngee ;P

bila sampai je saya terus peluk cium ahmad nur aiman yang di sayangi (ayat skema skit). rupa2nya dia batuk n ada sikit demam. lepas tu mak cakap, semalam dia tidur merengek dan mak risau die merengek tu mencari ummi& walidnye. so, mak tak jadi nak suruh aiman stay sane sampai seminggu haru jugak mak nanti. huhu..(dah kate dah, aiman siang bukan main lagi ligatnye. tapi malam2 kalau terbangun mesti cari ummi/walid. tu yang tetiba die ada je kat sebelah saya bila bangun pagi. huhu..aiman, aiman..). mak pulak, datang sebab tak sampai hati nak biar aiman balik sensorang dengan k.lee. sambil tu, mak datang sini n leh lepaskan rindu at ahmad nur affan jugak..hehe..opah dengan cucu..kasihnye lain..(walaupun saya tak sampai lagi level opah & cucu, tapi teringat arwah mak&abah layan cucu memang nampak le..)

okey, macam tu punye susah ummi nak lepaskan anak ummi pergi umah opah (tu baru umah opah). terfikir jugak, macam mana pulak bila iba masa saya nak hanta anak ke asrama or pondok ke, mesir ke..ha, mana tau kan..jauh gak tu. mesti lagi meleleh2 air mata ni kuar. jangan meraung, sudah..mesti tak cute dah. hehe..

terfikir lagi, itu yang pergi for good kan. macam mana pula makayah yang kehilangan anak tu kan. ala, skang kan macam2 kes hilang anak. mesti bertahun2 masih kerinduan. yang kehilangan anak buat selamanya plak? sesungguhnya setiap sesuatu yang bernyawa akan mati..bersediakah??

okeyla, sampai sini je kot nak update blog sempoi ni. heee

p/s: aiman semakin terserlah ke'abang'an nye. bila adik nangis, die cuba angkat adik. bila ummi cakap abang beum kuat, die popok2 adik kadang2 usap2 adik. lepas tu, pandai pulak die main cak ba dengan adik die..alahai, aiman..so sweet je ummi tengok. (saya tak ajar main camtu dengan adik. tapi maybe die teringat saya kadang2 main dengan die kot..budak kan, cepat tangkap). lagi best bila adik nangis, die duduk sebelah n tengok ummi dan angkat baju nak susukan adik (macam ummi buat bila nak bagi adik susu cap gantung). hahaha..gelak besar ummi bila tengok reaksi die macam tu. bijak sungguh!! syukur, ya Allah atas kurniaanMu ini.

ok, ummi doa slalu untuk anak2 ummi supaya jadi anak yang soleh, bertaqwa, solat cukup, takut Allah, bijak, rajin n sihat sentiasa hendaknye..amin..

nurkilan oleh;




Sunday, June 24, 2012

riNdu si dIa

assalamualaikum wbt.

rindu sama aiman..

aiman telah di culik oleh opah die..akakaka..opah aiman kat ipoh tu dah rindu sangat dengan cucu die. almaklumlah, haritu hampir 2 minggu dok dengan die masa ummi berpantang kat sane. kesian plak kat opah. so, post aiman melalui k.lee yang nak balik kampung semalam. kalu ikut jadual, hari ni balik. tapi walid plak nak aiman dok sane seminggu (meleleh air mata ummi, mendengarnye..sob, sob) sebab walid busy minggu depan, kene keje sampai malam. walid risau ummi tak larat lagi nak melayan 2 hero. sedangkan jahitan ummi masih tak baik lagi.
ummi nangis lagi, srreett, srreett bunyi hingus kuar. bila ummi fikir, macam leh jaga je dua2 hero ni. malam je pun..kan diorang tido..(tidur kah?). fikir kali kedua, risau gak ummi tension sensorang nak susukan affan, nak layan aiman merengek or nak susu mase tu jugak..adeih~~ fikir lagi skali, akan datang kene jugak jaga 2 hero tu kan..so, why not try untuk seminggu ni?? tapi serius nape jahitanku terasa pedih lagi?? adoi, ngeri plak nak jumpe doktor selasa depan. jangan le terkoyak ke ape jahitan tu ek..kecut perut memikirnye.

so, ummi serahkan je padaNya..huhu..if opah tak larat n aiman tak menangis cari ummi/walid malam2, boleh la kot tinggal lama skit dengan opah (walau hati terasa berat gile nak lepaskan aiman). kesian jugak kt opah yang kerinduan dengan aimankan..ye la, aiman baru nak kamceng dengan opah die, pehtu si aiman ni banyak plak celoteh die dengan mengajuk ape yang orang buat lagi..mane tak rindu dengankeletah die.

ala..cerita-cerita pasal ni, buat ummi lagi kerinduan sama die. meleleh lagi air mata ummi ni..

kenapa ummi rindu sangat dengan anak sulung ummi ni??
- adoila, anak ko..sape tak sayang dan rindu wey..gile ke ape?(eh, ni ayat azwan ali kat masterchef selebriti tu kan? lantak)
- ummi dah selalu nampak aiman depan mata ummi dan walaupun aiman selalu buat ummi menjerit2, ummi lagi rindu saat2 itu..(aiman, nape buat macam tu!!?aiman, nape tuang air tu!!?aiman, nape sepahkan kuali ummi!!?aiman, jangan buai adik laju2!!?aiman,nape main bedak macam tu!!? dan macam2 lagi ayat yang bermula dari aiman!!) oh my aiman..
- menjerit2 ummi kat aiman, aiman tetap cari ummi bila malam2 terjaga dari tidur. tetiba die dah kat sebelah sambil tidur tertonggeng. haish~~
- ummi fully jaga aiman dari umur die 7 bulan kot..
- sebab aiman kamceng dengan ummi. makan, main, baca, tulis n macam2 kami dah buat sama2..huhu
dan bermacam2 lagi yang buat ummi rindu sama aiman.

ummi love u soo much!!

cepat balik ye sayang dan sihat2 selalu..ingat pesan ummi n jangan lupa gosok gigi ^^,

oo..haritu, sebelum aiman pergi ipoh. ummi sempat tulis first love letter kat aiman (bajet aiman dah pandai bace.hehe)





itu je entri melepaskan rindu pada si hero, ahmad nur aiman.

p/s : tak mungkinla tak rindu pada budak secomel n sebecok ni kan...;p




Thursday, June 21, 2012

iNi tiDak adiL baGi kU..


assalamualaikum wbt.

tau tak yang bila seseorang itu bercinta, die mesti ambil risiko untuk keciwa? ha..ini mengikut teori saya dan berdasarkan pengalaman2 yang terkumpul selama ini. ala, tak kiralah pengalaman saya sendiri or pengalaman kengkawan kan..janji pengalaman..

saya selalu bagitau sesapa yang putus cinta dan minta nasihat saya, 'inilah risiko yang kau kene sedia terima dari mula2 kau decide nak bercinta dulu..ini kan cinta manusia..' bunyi macam kejam bila bagi nasihat macam ni kat orang yang sedang kesedihan putus cinta kan?? hehe..lepas ayat penenang dan macam2 lagi kata nasihat, barulah bagi ayat risiko ni..adeih..

kenapa saya cakap macam tu? ye la, kita bukan tau jodoh kita dengan siapa. berkawan/bercinta selama mana pun, kalau dah tersurat die bukan jodoh kamu, tak kawen jugak..tapi, memang saya tak dapat nafikan yang ramai juga bercinta sebelum kawen dan berkawen akhirnya..hehe..hanya Dia yang mengetahui jodoh dan ajal maut kita bila dan dengan siapa.
makanya, kalu dah bercinta macam nak rak tapi tak sampai ke jinjang pelamin tu, janganla sedih macam esok dah kiamat..keciwa macam dah tak de sesiapa yang sayang kita kat dunia ni..macam kita ni duduk sensorang kat dunia ni..macam kita la paling malang kat dunia ni..dan macam kita la yang Allah duga seteruk tu..hadoila..sedih mendengar/membacanye..korang pernah rasa putus cinta?? akakaka..;p

tak baik ketawakan orang yang putus cinta ni kan..actually, saya memahami perasaan itu. bila dalam keadaan keciwa, hati selalu tertanya kenapa die buat saya macam ni, saya dah mula sayang kat die, saya percayakan die..die dah bagi harapan pada saya, lepas tu die pergi macam tu je..tak adil , tak adil...dan macam2 lagi perasaan dan persoalan yang kita tau memang susah le nak dapat jawapan yang pasti (sebab masa tu, kita mengharapkan jawapan yang di beri dapat memuaskan hati kita SORANG) sedangkan pihak lagi satu dok mendiamkan diri/menghiburkan diri dengan orang lain or ape2 la yang suka ati die nak buat. so, keciwa la kita..

itu kalu wanita keciwa..lelaki? ntah ek, maybe saya kene buat research dulu sebelum tulis kat sini.

wanita yang dikenali lebih beremosi. saya akuinya. bila kita keciwa, memang kita akan tak taula secara sengaja/tak sengaja menimbulkan banyak persoalan tak puas hati kepada benda yang kita keciwakan (dalam konteks ini, putus cinta la kan). sibuk nak cari jawapan sampai mendesak pihak satu lagi atau pihak2 yang berkenaan. cari jawapan sampai menyusahkan diri sendiri dan akhirnya tak lalu makan minum, tebengkalai segala kerja (ni kalu orang yang terlalu dan terlampau emosi sampai tak leh pikir lain). kesian, memang kesian..saya faham..berat mata/telinga melihat/mendengarnye, berat lagi hati yang merasainya. serius, saya faham..

cuma, bila saya yang menjadi tempat rujuk para hati yang keciwa, terus terang saya juga tiada jawapan untuk pelbagai persoalan. memang banyak ayat yang bakal saya luahkan/nasihat kepada mereka tapi lebih untuk menenangkan jiwa yang lara, hati yang gundah gelana. bukan jawapan yang dicari. sebab bagi saya, apa yang terjadi haruslah diingat ianya datang dariNya. (ko cakap senangla, bukan ko yang keciwa. malah aku doakan ko pun rasa yang sama) aiyoo..huhu, saya bercakap bukan dengan hati/minda yang kosong.

ingat, kalu betul die jodoh kita..walau ribut taufan yang melanda, dia juga akan datang pada kita. dan kalu die bukan jodoh kita, habis redah lautan api pun tetap dia bukan milik kita. (letih tak?). tapi, saya dah lama kawan dengan die, dah sayang sangat2 kat die, dulu saya tak terima die, die pujuk2 saya dan bila saya dah percaya kat die dan berharap pada die..die tinggalkan saya..kenapa?kenapa?why?..
fuh..amat berat nak bagi jawapan ni, tapi hakikatnya..ingat ni, kita merancang..macam2 kita rancang, cantik molek, kemas teratur, tahun demi tahun perkenalan kita. betul? tapi ingat juga yang Allah jua merancang..dan sebagai umat islam, kita patut tau yang perancangan Allah adalah yang terbaik, terkemas, tercantik, teratur bukan saja tahun demi tahun malah setiap detik. jadi, mungkinkah kita nak melawan percaturan Yang Maha Kuasa?tentu saja tidak..

ooo...itu benar, tapi hati saya sangat terluka dan sakit..
betul..terasa sakitnya hati tu, memang Dia saja yang tau. dan kerana itu, nasihat saya..pergi dekat padaNya kerana sesungguhnya, hati kita adalah milik Dia. dan hanya bersama Dia kita akan rasa reda..sungguh saya tak tipu..memang berat dan kadang2 tak percaya. tapi, sungguh..para hati yang keciwa, duduk lama selepas solat dan mengadulah padaNya..menangislah depan Dia..Dia setia mendengar hati kamu yang gundah itu tanpa kira masa dan waktu. lebih saya sarankan, banyakkan tahajjud kepadaNya. solat dua rakaat yang mudah tapi berat kita lakukan itu amat membantu sebenarnya. sangat membantu!! redha atas ketentuanNya, tawakal atas apa yang berlaku..doa agar hati kita tenang dan tabah. dan minta Dia berikan yang terbaik untuk kita. (jangan pula ingkar bila yang terbaik itu mungkin tidak bersama orang yang kita keciwa tu). ingat rancanganNya itu pasti terbaik untuk kita. yakin pada NYA..yakin!!

dan..maafkan tanpa berdendam dengan bekas pasangan kita itu lebih baik kerana die juga hambaNya.
 berfikirlah positif. dan cuba sibukkan diri dengan perkara lain agar kamu tidak terfikir sangat bab2 keciwa ni..cepat2 berdoa jika perasaan sedih datang dalam jiwa dan hati. sebab bila sedih, syaitan suka menghasut benda pelik2, so jangan biarkan diri jadi kawan syaitan ek..

okey, mungkin takat ni je saya dapat berkongsi berkenaan kekeciwaan ini. lenkali kalu ada lagi, boleh dipanjangkan ek..

sesungguhnya, apa yang saya tulis ini adalah dari pemikiran/pengalaman sendiri dan mengikut pemahaman saya berkenaan keciwanya bercinta dengan manusia. so, minta maaf banyak2 if ada tersilap ye ^_^

sekadar berkongsi, mana yang baik jadikan teladan dan yang tak baik jadikan sempadan ok ^^,


nurkilan oleh;




Wednesday, June 20, 2012

kerepek ke merepek??


assalamualaikum wbt.

oh, my english!! (tersedar yang sudah lama tak menggunakan bahasa inggeris dalam penulisan maupun pertuturan sejak dah jadi suri rumah ni). eh, macam tipu je..kadang2 berangan jadi omputih gak bila dok umah dengan aiman ni, kekonon cakap mix BM n BI plak..tengok nak cite omputih je sampai aiman pun terikut nak tengok rancangan kt TVIQ je..go go giggles la, super why lah, science backyard pun die nak layan..kalau nak ape2 pun, tunjuk benda tu pehtu cakap..'this..'. adoila, anak ummi sorang ni..kadang2, boboiboy pun die tak nak layan..mujur upin ipin masih boleh masuk lagi sebab ummi pun layan..huhu ;P

bila aiman anta kat umah pengasuh (Sementara ummi habis pantang) rasa sunyi je umah ni. tv pun ummi tak buka. asyik berlaptop je ummi ni (kalu malas berinternet, ummi godak2 photoshop ni). patutnye, kene pasang cd orang ngaji ikut pesanan walid ahmad2..(ish, malas betul nak bukak player tu la). masa aiman dalam hari dulu tiap2 hari ummi pasang cd ayat2 al-Quran..Tak leh jadi ni, esok kene start pasang ayat2 tu, leh tenangkan baby dan umminye ^_^

aiman skang dah 3 hari demam (kesian walid jaga die malam2 asyik merengek2, sampai walid pening2 kepala kat tempat keje). ummi plak layan si kecik yang dok bergantung je kejenye..aiman demam sebab ape ye? nak tambah gigi lagi ke?coz ummi nampak ada 3 ke 4 batang gigi aiman yang baru nak tumbuh lagi. or, demam nak pandai cakap ke? atau demam dapat adik? hahaha..dah terlebih pikir plak..

walaupun nampak aiman sayang adik, dengan umurnya yang tak sampai 2 tahun tu, saya risau jugak kalu2 die terlebih sayang kat adik die..huhu..kadang2 bagi chance juga kat die pegang adik, riba adik, cium adik (yang ni kalu tak bagi, menangis macam tak dapat susu), usap2 pipi adik, usap kepala adik, popok2 adik dan lain2..kagum gak tengok dengan umur die yang bagi saya masih kecik lagi, tapi dah pandai dan tau yang itu adik dan sayang adik..alhamdulillah, die pun setakat ni tak pernah pukul or buat pelik2 kat adik die..
kadang2 aiman pun panggil adik dengan bunyi 'atik..' or 'affan'.huhu, comel sanagat..(bilala aiman nak pandai cakap ye..).

skang ni kadang2 masih risau bila fikir, habis pantang kene jaga 2 hero kat umah ni sendirian tanpa bantuan. memang ramai yang berjaya membesarkan ramai bilangan anak. tapi bagi saya pulak, agak cemas memikirkannya.. mampukah?? macam mana nak elakkan aiman asik gomol adik? nak masak? nak buat kek biskut, nak mandikan baby comel dan abang baby?nak susukan baby comel?nak layan main&menulis abang baby?dan macam2 lagi...cemas, cemas..

ada tipskah? mana nak cari any guideline untuk perkara ni? or sebagai ibu kita akan semula jadi teror bab2 macam ni?huhu..hari sabtu lepas dah try jaga dua2 coz pengasuh aiman tak dapat jaga die dan walid pulak kene keje. so, hari sabtu tu sukses jugak le jaga dua. walaupun masih dalam keadaan terkepit2 lagi (coz luka macam belum sembuh lagi..huhu) dan badan masih tak boleh nak angkat berat2 sangat (terutama aiman yang sihat).

apapun, doa saya semoga Allah kurniakan hati yang tabah utk saya, kesihatan yang cemerlang, emosi yang stabil, kederat yang kuat, susu yang mencukupi, fikiran yang sentiasa positif dan macam2 lagi. juga semoga semangat ummi mithali berjalan lancar dalam diri saya..dan paling number one, semangat bidadari syurga buat bintangku itu  ^^,


:: sedang ambil mood nak mula membaking ::
 
p/s: try & error edit gambo gune photoshop..frame gambo main hentam saje la..
      gamba dengan satu2nye adik yang ada masa emi kawen.

nurkilan oleh;




Friday, June 15, 2012

dOk soPan2, diaM2 sudaH...


assalamualaikum wbt.


masih menghitung hari, detik demi detik 44 hari. adoi~~

yang pasti, senarai dah disediakan untuk tarikh 7hb julai..tunggu..

 ** gambar diambil saje2 masa perut pun belum membesar lagi ;p

nurkilan oleh;




lahirnya seorang adik ahmad nur aiman ^_^


assalamualaikum wbt.

allop..sunyi sepi blog saya ni. haish pemalas gile ummi aiman ni nk update blog. sampai adik aiman dah keluar pun takde berita ape2 pun..
cerita pasal adik aiman skit:

al-kisah, pukul 1 lebih2 skit pagi 24hb mei 2012 dah ade tanda2 nak bersalin (darah&lendir kot). tapi ummi dok ragu2 lagi, betul ke ni tanda nak beranak or..(senget jugak ummi dok pikir yang ini darah haidkan..punye la risau memikirkan kes aiman dimana ummi teran2 tapi tak kuar jugak..haish~~). so, dengan hati risau tapi buat dono je, ummi pun kekonon sambung tido..

pukul 2 lebih rasa itu..ya, rasa itu yang di tunggu2 selama 9 bulan membawa adik aiman dalam rahim ini pun datang..(dah agak inilah rasa yang kurasa sebelum aiman keluar dulu). semakin kerap, sampai memang tak boleh nak lelap mata menanggung rasa itu..hanya ibu2 yang pernah mengandung memahami ^_^.
bintangku ajak pergi hospital bila tengok saya dah tertahan2 sakit contraction tu..adeih~~

tapi, saya berkeras tak nak pergi dulu coz tak nak duduk kat katil wad hospital tu lame2 sambil menitis airmata tahan sakit nak beranak (ikut dari pengalaman nak deliver aiman dulu). so, tahan sakit kat umah leh suruh bintangku gosok2 belakang..huhu (nak jugak memanjakan dirikan...;P).

lepas solat subuh (dan sepanjang itu juga saya menahan sakit yang semakin kerap), kami siap2 pergi hospital. aiman tinggal kat umah pengasuh die yang dulu. actually, sangat sayu hati nak tinggalkan die kat situ(walaupun umah kami dengan pengasuh tu cume selang beberapa umah je), hati ni rasa sedih juga bila tengok die baring kat tilam yang disediakan oleh mama jun(nama pengasuh die) sambil menyusu botol die tapi muke tak bersalah nak kene tinggal. (nanges juga la ummi ni..sepanjang jadi surirumah ni, memang tak pernah le renggang dengan die. tak sampai hati pun ada, tapi fikir jugak kalu die ikut, susah walid nak jaga die dan nak masuk labor room tu..so, tinggal jugak le kat situ =(

saya sempat grab nugget atas meja dan minum air masak sebelum pegi. bintangku ada beli kuih2 dan air ribena untuk sarapan so saya tak lemah bila sampai nak 'push' tu. tapi makan nugget tu pun terkulat2 sambil berselang seli menahan sakit contraction tu.

sampai kat hospital terus ikut prosedur dan check bukaan (bila nurse tu tengok saya dok berkerut2 tahan sakit). 3-4 cm dah terbuka dan terus saya menanti untuk di hantar ke labor room. sementara tunggu tu, sempat lagi mintak air ribena yang bintangku beli tadi. hehe, untuk membekalkan tenaga.

tukar uniform dan masuk labor room dalam pukul 8 lebih, sakit macam makin kurang sampai saya leh gelak2 masa doktor tu cucuk jarum nak amik darah dan masuk tiub air. cet, dua2 belah tangan saya dicucuk die sebab tangan belah kanan punya urat bengkok..adoi~~

nurse yang jaga tu cakap, adik aiman leh tido plak..tu yang contraction makin kurang..pulak~~
so, die goyang2 kan perut saya untuk kejutkan adik aiman.

then doktor datang check 7-8cm, pecah air ketuban dan..contraction makin kerap sampai tak leh la nak cerita kat sini macam mana rasanya..pusing ke kiri, menelentang dan...

ya Allah...adik aiman pun kuar..fuh, masa tu Allah saja yang tau rasa itu..nikmatnye~~
kali ni , dapat dengar baby nanges, sayu rasa hati dengan nikmatNya..alhamdulillah..

habis cuci baby, nurse datang dan cakap berat baby 3.46kg. tak sangka besar sebab mak baby nampak kecik..saya senyumje..(actually, kali ni memang kita orang tak pergi buat check up terakhir kat tawakal tu coz dok tunda2 sampai beranak dah. so, memang tak jangka berat baby berapa..huhu..kes degil). nurse bagi baby baring kt dada n susukan die (masa tu, ummi dah kene jahit, okey..).
oo..pengalaman kali ni memang berbeza coz masa aiman dulu ummi tak berpeluang susukan baby kat labor room coz aiman dah masuk ICU..(ini tidak membezakan kasih sayang ummi pada dua2 hero ummi, ye. jangan risau ^_^)

so, dengan izinNya..adik aiman berjaya ummi 'push' kuar dari rahim ummi dengan berat 3.46kg pada pukul 9.26 pagi. (sekejap je teran die kuar, syukur sangat padaNya).

dan hari ke tujuh, walid istihar namanye ; Ahmad Nur Affan B. Nur Najmi, adik Ahmad Nur Aiman B. Nur Najmi.
 hero2 ummi ^_^

gamba aiman sehari sebelum dapat adik

adik aiman beberapa jam selepas kuar tengok dunia

^_^




sampai hari ni, kalu tak dapat cium adik aiman akan nanges..


huhu, dah dua hero ummi..love both of u ^_^
p/s: semoga anak2 ummi jadi anak yang soleh dan beriman pada Allah SWT. ummi mungkin tak sempurna untuk jadi ummi yang mithali, tapi ummi akan cuba sedaya ummi untuk itu..dan ummi tau jugak yang walid sangat tegas untuk jadi yang terbaik untuk anak2 ummi & ummi ^_^


tak terkata lah, sayang ummi untuk bintangku dan hero2ku ;P

nurkilan oleh;





Wednesday, April 18, 2012

lOvE, lOve, lOvE thIs sOng ^_^

 assalamualaikum..

first time dengar maher zain bawak live lagu ni kat astro, terus tertarik dengan lagu n lirik die..(remind me to my mother)..

so, enjoy..


** berangan aiman nyanyi untuk ummi ^_^

sayangilah mak kamu

salam.. 

nurkilan oleh;

Tuesday, April 17, 2012

antara 20 perkara yang berubah

assalamualaikum..

terbaca dan suka nak simpan kt blog sy ni ^_^


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

harap dapat manfaat bersama ^_^
wassalam..
nurkilan oleh;

Friday, April 6, 2012

laGi, kEk beDaY sapE?

 assalamualaikum..

lepas buat tiramisu kek dan orange&carrot kek haritu, ada lagi tempahan untuk rainbow kek dari kawan bintangku. bintangku cakap, lepas makan tiramisu kek tu terus nak tempah rainbow kek utntuk anak die punya beday..
tapi, tapi, tapi...harini (petang) die bagitau nak tempah kek, esok die dah nak kek tu..adeih..nak tolak macam taksampai hati pulak..so, saya amik juga tempahan itu..(patutnye kene charge mahal skit kan..huhu).

ni la hasil kerja gopoh2 buat kek ni dari kul 8 malam lebih sampai pukul 12 kot..
iye la kan, 6 lapis kek tu kene bakor asing2 pehtu tunggu plak die sejuk baru leh deco2..jatuh tulang punggung ni lagik..ekeke, dapat bayangkan tak? ^_^





gambo curik dari akk yg tempah kek ni..;P

 ni plak sebab ade lebih tiramisu punye topping, so buat le sponge kek separuh adunan..cadangnye dapat le buat lebih dari dalam gambo ni. sekali sedang saya khusyuk buat rainbow cake tu, anaknda ahmad nur aiman dah ngadap kek ni dengan loyang2 kat depan tv. adoi..dua2 tangan dan mulut dah penuh dengan kek. mujur dapat selamatkan skit bahagian2 dan ini le hasilnye..sabo je la ummi ye..^_^

mini tiramisu ^_^


itu je nak share.
wassalam..

nurkilan oleh;

Wednesday, April 4, 2012

eGg taRt..eH silaP, bLuebeRry chEesE taRt ^_^

assalamualaikum..
ni pulak project hujung minggu lepas..buat coz nak cuba resepi dan sempena mak mentua datang dari ipoh ^_^



 jadi dan sangat sedap. saiz sangat kecil molek (ni angkara dah desperate nak jugak beli mold walaupun kedai tu dah kehabisan stock mold saiz sederhana). anyway, kecil molek, skali ngap dah muat kat mulut comel saya maupun aiman ^_^

oh, ni namenye blueberry cheese tart.. ada gak buat egg tart tapi tak amik gambo plak..i'm sorry..;P

wassalam

nurkilan oleh;