Thursday, August 6, 2009

"" kalau ""

ade sorang kawanku ckp, kalau ni digunakan untuk sesuatu perkara yg belum terjadi n masih dlm perancangan, kire ok lg..msh leh diterima..
cume kalau ni digunakan ke atas sesuatu perkara yg telah terjadi n menunjukkn kte ni menyesal, br la tak elok..
erm.. betul gak kan..

ye la..

benda dh jd, nak kalau kalau lg..mn leh..terima n redha je la..sesuatu yg berlaku pasti ade hikmahnye..Allah tu Maha Mengetahui..
best tul dapat berbalah dgn kawanku sorg ni..
xsabar nk kuarkn isu baru utk berbalah n berkongsi pendapat dgn die..
mlm ni, leh kot..sambil buka pose..huhuhu..

nAsihaT waniTa yG biJaksanA

Seorang ibu memberi nasihat kepada anak perempuannya yang baru diijabkabulkan, dalam keadaan menangis tetapi tersenyum;

"Wahai anakku, engkau sedang menghadapi hidup baru, hidup yang dalamnya tiada tempat untuk bapa dan ibumu, begitu juga untuk saudara-saudaramu. Di dunia itu engkau akan menjadi rakan kongsi bagi suamimu. Suamimu tidak rela orang lain ikut campur dalam urusan kamu berdua, termasuk orang yang hampir atau kerabatmu.


Anakku, jadilah seorang isteri sekaligus seorang ibu bagi suamimu. Buatlah die merasa engkau adalah segala-galanya dalam hidupnya. Ingatlah bahawa seorang lelaki tidak ubah seperti kanak-kanak yang senang jika dimanjakan. Jangan engkau membuat dia merasa bahawa bernikah denganmu menjadikan kamu terpisah dari keluarga dan ibu bapamu.

Perasaan seperti ini juga dirasainya.
Dia telah meninggalkan rumah kedua ibu bapa dan keluarganya demi kamu. Bagaimanapun, perbezaan antara kamu dan dia adalah perbezaan antara lelaki dan perempuan.

Anakku, setiap perempuan akan rindu kepada keluarga dan rumah di mana ia lahir, membesar dan belajar di dalamnya. Tetapi ia perlu membiasakan diri hidup dalam suasana baru. Dia perlu menyesuaikan diri dengan seorang lelaki yang telah menjadi suaminya yang sah, sebagai pelindung dan ayah anak-anaknya. Inilah duniamu yang baru, anakku!


Anakku, inilah masa kini dan masa depanmu. Inilah keluargamu yang kamu bina berdua. AKu tidak menyuruh kamu melupakan ibu, ayah dan saudaramu, kerana mereka tidak akan melupakanmu, wahai anakku. Lagi pula, mana mungkin seorang ibu melupakan buah hatinya? Bagaimanapun, aku minta padamu, cintailah suamimu, hidup dan bahagialah bersamanya.."












++ bErFikir pOsitiFLah neScaYa anDa akN mEnjadi seOranG waNita yaNg cantIk ++