Saturday, January 23, 2010

semoga dicucuri rahmatNya..amin..

ini serba sedikit tentang berita kemangkatannya..
dipetik dr berita harian online.

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895. Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar. Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang. Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi. Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja. Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang. Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah. "Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya. Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri. "Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

Wednesday, January 20, 2010

sAkiT pEniNg

semalam..

first time nmpk bintangku kesakitan yg agak serius..

actually, pd pandangan me..die ni perut kosong n mkn lak xjaga..so, angin masuk badan..thats y pening kepala..

so, blk tu buat air teh halia suruh die mnum suam2..n alhamdulillah, lpas berehat jap..angin2 tu kuar+muntah skali..

rsnye pnah alami situasi mcm ni..

(mmg sakit pale n xsdap perut..so, better biar muntahje..pehtu mnum air limau suam ke..then mkn utk alas perut baru mkn ubat..)

dipendekkn crite..
tersangatlah cuaknye diri ni menghadapi situasi mcm tu..xtau ape nk buat..kang tersalah buat, kene marah lak..xpun di cop push..huhu..
by the way, i'll do whatever i can do..

erm..nk mintak maap le kt die coz kdg2 cr ckp n reaction tu mmg mcm memakse..bukan niat mcm tu sbnanye..cume buat yg terbaik utk redakn sakit die..n kalu xsilap, cr yg disarankn smlm tu sumenye dpt dr books n magazine yg pnah bc b4 ni..huhu..so, bile alami situasi mcm tu nk gak apply(walupn b4 ni mmg dh pnah applypun sume tu ^_^)

apepun, luv u, bintangku..ekekeke..^_^

** pasni, at least kene mkn heavy at least once a day..
**b4 mkn ubat kene alas perut dulu..
**sakit mcm mn pun..please la..makan..

Monday, January 18, 2010

uJunG miNgGu

ekeke...

kari ayam n tomyam..resepi ujung mggu..

hehehe..bintangku cakap, tomyam tu sedap..n kari pun sodap..

gumbira rasenye hati..apepun, aku kene banyak belajar lagi..

cha yo, cha yo!!


Wednesday, January 13, 2010

bEnganG..

erm...

xtau nape hrni aku rs bengang giler..

ade plak benda yg terjadi menambahkn kebengangan aku..

mencabar kesabaran..

argh....

dan..

start le rs pening kepala aku ni kalu dh rs bengang ke arah nk marah org ni..

adoyai..

Wednesday, January 6, 2010

sYukuR akU aDa Dia..

 assalamualaikum..
 
dulu aku pernah tersungkur,
sendiri, tanpa aral,
kosong..
pernah aku rasa diri ini sendiri tanpa sesiapa,
dan masanya,
masa itu..
rindu padaNya..

sujud aku di tengah malam..
bertemankan airmata, merintih ray padaNya..
yang tidak akan pernah lupa atau alpa kepada kita, sang hamba.

hilang semua rasa sebak di dada,

hilang rasa berat yang membendung kepala,
hilang rasa sunyi bila bertemankan Dia,

aku akur..
dengan kebesaranNya,
aku bangkit semula..
gigih, berani..
malah langkahku lebih tenang,

dengan jawapan dan petunjukNya,
hati aku kini pasti..
melangkah terus, tabah bertemanNya..

syukur aku ada Dia..
Allah SWT, tuhan Agungku.

 nurkilan oleh;

Monday, January 4, 2010

bElatEd bDay..

salam buat bintangku dan emak yg jauh dimata, dekat dihati..

bulan desember lepas merupakan bulan kelahiran insan2 yg aku sayang..huhu..

bintangku dan emakku..

semoga kedua2 insan yg aku paling sayang ni mendapat keredhaan drNya..

semoga hidup mereka didalam kebahagiaan n ceria selalu..ekekeke..

erm..
buat mak..
anak mak masih n selalu sayang pd mak..
walau jauh beribu batu, hati n doa anakmu ini xpernah putus buat mak n arwah abah..insyaAllah..
alhamdulillah, anakmu ini sekarang bertambah bahagia bersama bintangku..^_^
anakmu juga akn sentiasa ingat pesan mak sblm jd milik bintangku ini..

^^ masih ingat lg kata2 mak bila aku ckp xdpt blk meraikn hari lahirnye..
" xpe xblk..mak skang dh xrisau lg..sbb skang dh tau hajar dh ade org jg n tgk2kn(bintangku)
doa jgn lupe.."

seriously, aku jd sebak dgn ayat2 mak...

terima kasih emak sbb memahami..
emak senantiasa ratu di hati hajar..insyaAllah..


bintangku..

umpama nama yg tertulis kt ic tu..
dia memang bercahaya seperti bintang, di dalam hati ni...ekekeke..

syurgaku terletak bawah kakimu..

harap kte bahagia n saling membahagiakan..

+- sayang to both of you!! -+

mAthuRat

mathUrat di sUbuH haRi..

menenangkan hati, mendamaikan jiwa dan nurani...

seronok duduk disamping yang tersayang sambil mendengar mathurat darinye..

harap dapat buat selalu..

alhamdulillah..

bahagia yg dirasa skang ni harap berpanjangan dan diredhai olehNya yg Maha Esa..