Tuesday, January 31, 2012

suatu pagi nan sepi

assalamualaikum..

hari ini dapat satu panggilan telefon yang suara pemiliknya sangat aku kenali. Dan semestinya berita yang bakal aku dengari adalah dari pasangan si pemanggil yang tidak asing lagi bagi diriku..

ya Allah, dugaan apa lagi yang kau berikan kepada si pemanggil ini..namun, aku sabar menanti cerita si pemanggil..inginku jadi mendengar yg setia di corong telefon ini.

setelah pertanyaan khabar berbalas, dia mula bercerita..namun kali ini lebih kepada pertanyaan kepadaku dan soalan itu tidak aku jangkakan secepat ini.."ape pendapat awak jika saya nak minta cerai dari dia?"..
 ...
terdiam aku seketika, memikir dan sebenarnya perkara ini telah aku bincangkan bersama kawan berkongsi pendapat aku yang setia.

lalu, aku menjawab.."if soalan itu yang ditanya pada saya, dengan situasi yang kamu hadapi sekarang..seeloknya, janganlah ade penceraian di sini.. bercerai bukan semudah itu, lagi2 Allah sangat membenci talak.."
lalu aku bertanya kenapa itu yangterlintas di hatinya? di ceritakan segalanya dari dulu hingga sekarang dari yang sekecil kuman hingga sebesar gajah. dari yang serapat2nya ditutup/dirahsiakan hingga yang semua kenalan dapat melihat dan merasainya..

ya Allah, aku malu diceritakan begitu kerana orang yang diceritakan itu memang sangat2 kukenali, cuma tidak sangka ianya sebegitu sekali..lalu aku meminta si pencerita itu memberhentikan memceritakan cerita yang aku rasa membuka keaiban suaminya itu..cukup bagi kau hanya untuk pengetahuanku. dia bersetuju..

setelah lama berbincang dengannya, aku menyarankan dia pergi ke pejabat agama terdekat di mana dia pernah memfailkan hal serupa sebelum ini. rujuk kepada yang pakar, lebih mudah dia nampak jalannya kerana aku tidak pula ketahui yang sebelum ini die pernah ada kes sebegitu di mahkamah syariah.

ada juga die meluahkan rasa risau di hatinya yang takut menanggung dosa sang suami. namun, aku mencelah..i'Allah tiada isteri yang akan menanggung dosa sang  suami selagi isteri tidak ingkar..(ingin kujelaskan disini, ingkar bukan hanya bermaksud ingkar dengan kata2 suami, tapi aurat, dan segala bagai tuntutan agama. sila rujuk kepada sesi kursus kawin jika terlupa..atau rujuk kepada yang pakar)

dan pesanku..bercerai bukan jalan penyelesaian mungkin hanya untuk meredakan hati (itupun entahkan iya entahkan tidak). namun, jika itu keputusannya dan difikirkan terbaik untuknya. aku harapkan jangan biarkan anak2 terabai, pendidikan itu penting( sepanjang pengalaman aku yang tak seberapa ini, berapa ramai kanak2 yang berlatar belakangkan masalah keluarga pembelajarannya dan kehidupan mereka kurang memuaskan hati..sedih melihatkan itu) dan pengenalan kepada sang ayah kepada anak jangan di halang kerana mereka berhak atas satu sama lain.

 tabahlah wahai wanita, kau kuat..aku sangat kagum melihatmu. sesungguhnya, ketahuilah Allah amat menyayangimu kerana kamu yang di pilih diuji sebegitu rupa..jangan sesekali jauh dariNya, kerana hanya Dia memberi ketenanganmu di kala kau memerlukannya.. i'Allah, kudoakan segala yang terbaik untuk kalian sekeluarga..

** solatlah lima waktu kerana ianya tiang agama juga menjaga tingkah lakumu, i'Allah.

sekadar berkongsi cerita untuk pengajaran bersama.
wallahualam..

nurkilan oleh;