Thursday, June 23, 2011

marI adIk2, kitA bacA buKu

assalamualaikum..

kejadian semalam, 22hb june 2011
masa, tengah hari
aktiviti, mari membaca buku ^_^
pelakon, ahmad nur aiman
 alloo..i'm aiman, today i'm gonna tell u a story. but first, let me choose which book should i read for u.

 2. should it be this one??
 3. naa..not this one. we put this down first, k.

 4. (after the second one also not interested him). maybe we start with this big book. this blue color looks very interesting to me ;P

continue with watching this video..


 die boleh tersenyum bangga, dan ada ketikanya menjerit minta tolong bila hampir nak jatuh.
enjoy ^_^




ha.. ni pulak gambar terbaru cara aiman tidur dengan botol susunya..




** aiman pun dah pandai tolong ummi angkat kain..^_^

syukur ya Allah atas kurniaanMu ini..
semoga aiman terus menjadi pujaan hati ummi&walid juga Allah SWT ^_^

nurkilan oleh;

hari aBah 2011, aImaN 8 bUlaN

assalamualaikum..

tahun ni, hari abah/ayah/walid dan lain2 panggilan untuk seseorang yang bertanggung jawab sebagai ketua keluarga ini jatuh pada hari ahad, 19hb Jun 2011..

abah..

panggilan kami adik beradik utk arwah abah yg sudah hampir tiga tahun meninggalkan kami..masih teringat pesanan abah buat kali terakhir saya berdiskusi dengan die berkenaan jodohku, abah kata "abah tak kisah orang mana, jauh ke dekat..yang penting die betul2 serius dan tak main2. kalau betul teruskan, minta uda uruskan, abah tak kisah.." ade lagi ayat abah yang saya dah tak berapa ingat..(ada cerita di sebalik kata2 abah itu..lama dan biar terkubur di situ.)

waktu kami berdialog, abah selesai mandi dan tukar baju dalam wad hospital (hanya saya dan die coz ini giliran saya jaga abah dalam wad hari jumaat tengah ari hingga petang). saya selesai potongkan kuku abah sebab hari jumaat di sunatkan potong kuku (sila betulkan saya kalau salah) dan bacakan surah yassin dan waqiah (kalau tak silap le..adoi, teruk betul ingatan saya ni)..
petang sabtu, calon suami saya sempat bertemu abah dan bersalaman (tak dapat berbual lama coz ramai tetamu yang lain datang ketika itu berjumpa abah * ini kali pertama dan terakhir calon suami bertemu dengan arwah abah).

arwah abah dibenarkan keluar hospital hari ahad dan saya pula terus balik KL..itu kali terakhir saya berjumpa abah dan melihat karenah abah dan senyuman abah bila kami adik beradik balik bertemunya (abah memang suka suasana rumah yang penuh dengan anak2nye yang ramai ^_^)

kenapa kali terakhir? kerana hari selasa saya dapat panggilan dari kampung menyatakan abah dah tiada..masa ni, saya tak tau ape nak cakap cuma mengiakannye dan saya terus pandang ke arah kawan saya, "abah kte dah meninggal.."..bila kawan saya menitiskan airmata, saya macam baru tersedar dan air mata laju mengalir..tapi, saya tak terus menangis, tahan..

sempat membeli yassin di jalan TAR (sementara tunggu ajib utk same2 balik ke Batu Pahat). dalam kereta sepanjang jalan saya bacakan yassin utk abah kerana saya tau masa tidak mengizinkan saya memandang wajah abah utk kali terakhir. (actually abah pesan, kalau die meninggal tak mau sehingga melepasi waktu solat). namun, dalam hati saya, berharap agar kami sempat sampai melihat abah walaupun ianya hanya jasad tanpa roh..

sesampainya kami terus ke kawasan kubur kerana jasad abah telah selesai di tanam. hanya tiang nisan dan tanah yang masih merah bertaburan bunga sempat saya tatap milik abah..

itu kisah lelaki hebat bergelar abah yang saya ada..darah abah yang mengalir dalam tubuh saya ini..abah yang saya kagumi selama ini...abah saya, kepentingan saya..namun dia telah tiada..



tapi Allah itu Maha Kaya, diambilnya seorang lelaki yang saya sayangi dan digantikannya dengan seorang lelaki yang lain dan bakal saya sayangi iaitu suami saya dan ditambah lagi seorang lelaki yang saya kasihi iaitu anak saya, aiman..
ternyata hidup ini satu pinjaman, abah dipinjamkan Allah kepada saya..sampai masa abah pulang pada yang Empunya..
Aiman juga pinjaman dariNya yang wajib saya bertanggungjawab ke atasnya..
bintangku jua pinjaman dariNya yang wajib saya jaga agar terus menjadi milik saya ke syurga..amin..

apepun, buat bintangku si walid aiman..

selamat hari walid utk kamu..

abang penting buat saya dan aiman juga anak2 yang lain..
syukur Allah SWT pinjamkan kamu kepada kami ^_^

selamat hari bapa jua kepada semua lelaki yang bergelar bapa/ayah/walid/abah dan lain2 panggilan..
semoga kamu menjadi bapa mithali ke atas keluarga kamu.

.............................................................................................................................................
aiman??
lapan bulan je die dah kerap berdiri dan bila kita pegang die, start mengenjut2. tolak walker dah memang hobi, mengemas buku, faveret die.mandi buat die tersenyum dan tak sabar nak terjun besen berisi air (macam tau2 je dah ready untuk die), mulut bertambah pot pet pot pet (dalam bahasa yang masih ummi kaji maksudnye ;P) bila nak susu, die datang kepada kita dan membebel, bila tido die datang kat kite dan tengok buai, kadang2 bila susu dah siap dan tunjuk pada die, die makin giat merengek (menandakan cepatle sumbat ke mulut die ;P), tengok ummi pakai tudung, die cepat menadah tangan minta di dukung (kalau tengah merangkak, terus ke arah kaki kita dan panjat kaki ;P), ape2 barang yang boleh diselongkar, sila bagi pada die, laju je die keluarkan semuanya. menyusun buku dan pandai mengoyak pula.. bila nak tidur, cari botol susu dan masukkan dalam mulut die sendrik (sekarang dah pandai pegang botol sendiri, sampai tertido).

itu je yang ada dalam fikiran tentang perkembangan terbaru aiman, anak ummi..8 bulan sudah die..cepat je kan..

erm, just nak share..sejak 15hb jun saya sudah tidak bekerja. so, masa kat rumah layan si comel ni pun banyak sangat..cuma nak update tu lambat sikit le kot..^_^

apepun, terima kasih membaca ^_^


nurkilan oleh;