Thursday, April 14, 2011

aPe kaTa diA?

assalamualaikum...
sakit kepalaku, tapi artikel ni macam menarik untuk di share kan..

bacalah, bacalah..

" Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu " 

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Dato' dr Fadhilah kamsah seorang suami, saya juga seorang isteri..^_^

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

 nurkilan oleh;

wHaT haPpeN oN 8th April 2011??

assalamualaikum..

macam dah lama tak post ape2 kan..so, hari ni nak le post something..
actually kepala rasa sakit coz urat di leherku ini seperti lari dari tempat biasa..hehehe..camne leh jadi camtu ye..
ala..yang orang cakap salah urat ke salah bantal ke salah tidur ke..semua tu la gejala yang melanda keadaan leherku hari ini (sebenarnya, dari semalam lagi)..nak pandang ke kiri macam robot le jadinye..cobaan betul..

apa2pun, berbalik kepada misi hari ini..
just nak share a bit bout aktiviti  masa lapang saya (lapang la sangat kan..;p)

korang mesti tau kan pasal event kat bawah ni kan..

so, hari  jumaat, 8th April tu ktorg larik jap untuk tengok exhibition ni..(well, ini semua untuk pengetahuan kami juga..as lecturer tourism n hospitality kan..kene la update event kt Malaysia ni..hehe..^_^ )

so, just nak share gamba2 yang saya rasa menarik untuk di share bersama kamu (sape2 le yang terasa diri die tu pembaca entry ni..ade ke ek?? huhu)

1. ni antara pameran design kasut yg ade kat luar hall tu.. ni dapat first prize..unik n cantik n boleh dipakai kan..

2. kasut yang merah menyala ni ade di letak kat luar hall tu..mmg khas untuk sesape yang gile nak bergambar macam saya ^_^
cuba mengusap kasut ni dari jauh..;P
3. jeng jeng jeng.... ape yang misterinye ek..


 ...
...
...
...
...
...
...
...
dah le ye..penat taip titik2 tu..(malas)
4. ianya tak lain dan tak bukan, kasut..nyonya style..ade tulis pun kan..cuma yang specialnya, ia diperbuat daripada cokelat..dan ruang ni penuh dengan bau coklat...rasa macam nak gigit je..hehe ^_^


5. korang kenal sape die? dari segi raut kepala die(gaya wambut die tu) n raut muka die, tak kan tak kenal kot.....hehe, never mind..i'll let u know who he is..


6. Ta da...tu muke dari depan..sape lagi kalau tak Dato' Jimmy Choo..die ni memang sinonim dengan kasut..ape kelebihan die pun, sy xtau..yang saya tau, kasut die ni ramai dipakai oleh orang ternama..n konpem le mahal coz designb die satu je..but, i don't care of it..maybe itu kelebihan die, saya plak saje sebok2 amik gamba dengan die..coz tak ramai orang pun masa tu..huhu..eh, btw kalau nak tau sape die dengan lebih lanjut, just klik kat name die tu ye..^_^


 7. ok, sy tak ingat brand ape kasut ni.. memang smart le..(pd saya, kalu korang rasa tak..suke ati la ye..)
kalau le someone bagi kasut ni kat saya..wow wee...bestnye..but one question to myself, saya nak pergi mane sampai nak pakai kasut camni ek..(termenung jap)``pehtu, leh ke tahan kakiku ini dengan kasut setinggi itu?tak melecet ke kaki i ni ye..'' ~ ~ tengok je le ~ ~


 8. Ni plak antara pakaian pelik2 yang di matchkan dengan design kasut yang pelik2..


 9. ha.. korang tengok le terompah ke ape ntah ni, beso gedabak..ade berani nak cube??


 9. eRm, buat pengetahuan kamu..saya tak de keroje nak pegi sini sorang2 ye..saya ada teman yang juga peminat kasut..sape? tengok le gamba die kat bawah ni..identiti dirahsiakan..(rahsia la sangat ):P


 10. terlupe plak, kat bawah ni salah satu hasil buatan tangan dato' jimmy choo..satu je kot kat dunia ni..(sy agak2 je, nak tau kesahihannye, tanye la sendiri kat die k)

 

 11. yang kat bawah ni pulak bukan dato' jimmy choo yang punya..tapi ahmad albab yang punya (cakap dalam nada jin dalam gua cerita ahmad albab tu..) hehe..tak ingat brand ape, tapi kasut yang kat kotak satu dan dua dari atas tu, harganya 6k lebih..nampak macam biase je kan..tapi, itulah kenyataan..huhu..(korang jangan terkejut le, ade lagi mahal dari ni)..design macam biasa2 je, tapi  bak kate orang yang jaga booth ni, kasut ni tapak die tahan n tak mudah pecah..lepas tu, bahagian tapak kasut ni ade kilat2 dan kilat2 tu, tahan until 2 years ye..(berbaloi ke ek?) ~ pikir le sendiri ~
kalau saya, tak ada maknenye nak beli kasut mahal2 walaupun masa tu sy mampu( i wish..)..huhu ^_^


eh, dah habis le pulak ye..nak tengok banyak lagi gamba kasut2 yang comel, kiut, kecik..leh le klik kat sini. banyak, korang..seyes tak tipu..huhu..^_^

k la, cukup untuk hari ni ye..lagi satu exhibition yang saya pergi minggu lepas akan di post to the next entry (definitely not today, coz i dah sakit kepala..)

aiman?? anak ummi tu dah menyelongkar beg pakaian die (memang salah ummi le letak dekat dengan die..).
aiman juga dah pandai..kalau ummi gerak pergi dapur or mana2, die nampak takde oarng lain je start le menjerit2 suruh kite temankan die..urm..bijak betul anak ummi ni..^_^

btw, thanks to those yg membaca entry kali ni..

nurkilan dari;