Friday, November 16, 2012

cuti minggu lepas dan deepavali

assalamualaikum wbt.

malu nak menulis kala diri terlalu lama menyepi..banyak yang dah saya lalui nak di kongsi bersama. tentang diri sendiri, tentang anak2 yang semakin membesar dengan karenah comel masing2 dan tentang impian2 kecil seorang surirumah dan ummi. tapi apa kan daya, lagi banyak benda nak cerita/kongsi, lagi 'rajin' diri pemilik blog messy ni..(ouch..tak yah le korang kutuk lebih2, bace je sudah~~)

erm, ok. saya buat keputusan untuk terus kan update dengan perkara2 yang baru saja berlalu iaitu cuti hujung minggu yang lepas sekali dengan cuti deepavali.

tertunggang langgang saya menjadualkan diri untuk memenuhi tempahan kek untuk cuti yang lepas ni. almaklumlah, dengan tarikh 10.11.12, ramai yang buat kenduri nak kawen, bertunang (dan beranak).
actually tidak le banyak sangat tempahan kek yang nak saya siapkan. cuma, saya dah mula balik kampung bintangku pada hari rabu malam. kek pulak nak digunakan pada hari sabtu. mujur sume kek bergalaskn 'fondant', leh tahan lame. ok, alhamdulillah, siap semua kek2 yang ditempah. waaupun baru cuba2 nak terima tempahan fondant kek, alhamdulillah, customer puas hati.

hari rabu malam tunda ke hari khamis pagi baru ktorg balik ipoh. adik ipar nikah hari jumaat lps solat jumaat dan sabtu pulak majlis bersanding. itu yang ktorg sibuk sangat..bintangku 3hari berturut2 mandi hujan sebab memasang khemah. gigih, okey..aiman pulak, pipinye macam dah makin tembam saya tengok. mana taknye, orang ni sumbat, orang tu sumbat..last2, umminye cakap, sudah aiman. no more eat. (kejam tak?)huhu..harap sesiapa yang berkenaan tidak kecil hati kerana tindakan ini ku ambil untuk kesihatan si comel aiman. terima kasih.
affan, alhamdulillah tak banyak ragamnya. walaupun saya tau si kecil ni mesti cepat penat bila ramai yang dok dukung dia ke sana ke mari. tapi, tu la affan si pemaaf yang 'cool' memanjang. syukur dan membuatkan saya bole juga sesekali curi2 tolong buat apa yang patut. (i nak jadi menantu kesayangan you ~~ ;p )

okeyla, ni affan sudah bangun tido. nak bagi susu kat die jap.
mekasih kerana sudi menatap baca blog messy saya ni ye..
wassalam.





ni muke kepenatan menghabiskn deco kek n sebelum balik ipoh

ni kek org nk bertunang order/request nak sebiji macam gamba yang die bagi

ni kek bawah untuk majlis potong kek adik ipar

kek atas untuk majlis potong kek asik ipar


ni plak red velvet dengan edible image lierpool utk akk ipar yg menyeperaiskan abg ipar

ni di order oleh akk ipar utk 2 gegurl die


ni le 2 tingkat kek fondant


nurkilan oleh,