Monday, March 26, 2012

HFMD ke bukan?

assalamualaikum..

nak share, pagi tadi pergi klinik lagi (walid aiman nak bagi puas hati check kat klinik aiman selalu buat check up). tapi sebenarnye, bintik2 merah tu dah mula kering. aiman pulak dari malam semalam dah mula minum susu tanpa merengek2, makan biskut dan aktif macamselalu (tak larat ummi nak melayannye). alhamdulillah, kembali cergas dan cerdas!! sekali dah berselera nak makan, terus gigih panjat kerusi dan buat pemantauan ade makanan ke tidak atas meja tu..adeih~~

erm, pagi tadi, doktor tu kata HFMD lain pulak..aiman ni, bukan HFMD. die kene virus infection dan bagi ubat sapu. coz ciri2 aiman punya penyakit ni tak sama dengan HFMD. (pulak..) kalu HFMD, die kata memang ada kat tangan, kaki dan mulut sahaja. kes aiman ni, dekat seluruh badan pun bintik merah2..

apapun, syukur sangat2 sebab aiman semakin pulih dan aktif seperti sediakala..^_^

** bila anak sakit, makayah jadi tak keruan. semoganya bila makayah sakit, anak2 tak rasa terbeban ^_^



nurkilan oleh;

No comments: