assalamualaikum..
sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW kesayangan kita ni, banyaklah rancangan2 bagi mengingati rasul kesayangan kita di tv tu kan..tengok tak?
saya ada menonton sebuah rancangan di astro Oasis mengenai Rasulullah SAW (jangan lupa selawat ye), di ketuai oleh Dr. Fazilah Kamsan dan ada satu slot yang membincangkan perwatakan Rasulullah SAW..amat tertari dengan yang ini, tapi..sangat sedih sebab mendengar sahaja tidak menjadikan saya seorang yang mengingati segalanya..adeih, lenkali kene sedia pen dan kertas.
ok, antara yang saya ingat, berkenaan fizikal Rasulullah SAW ialah,
1. Baginda sangat cantik (hensem) rupa parasnya melebihi ketampanan Nabi Yusof a.s
2. hidungnya mancung
3. rambutnya ikal dan terbelah dua
4. Jika berdiri dikalangan orang yang tinggi, baginda tidak nampak rendah
5. kalau tak silap, kulitnya cerah
6. Badannya tegap
7. berbulu kening tebal, berjanggut
dan itu saja yang saya ingat..hehe, boleh juga korang cari kat google kot..
selain dari itu, kemana baginda pergi, baginda akan jadi orang pertama yang memberikan salam..ha, jangan nak berkira sangat kita ni lebih tua ke muda dengan orang lain sedangkan Rasululllah pun tak berkira ye..(peringatan untuk diri sendiri jugak..;P)
setakat ni, tu jelah saya nak kongsi..banyak lagi informasi yang korang leh dapat dari hujung jari dan hanya melihat ke kaca tv. jangan salah tengok, sudahla ye..
wassalam.
eh, tau tak korang yang saya ni kalu saje2 nak menyanyi lagu "Rasulullah" - Hijjaz tu cepatje air mata ni mengalir..terasa terlalu banyak pengorbanan baginda untuk kita dan terfikir ape pula kita buat untuk dia..??
lirik lagu die macam ni ha..
Rasulullah dalam mengenangmu 
Kami susuli lembaran sirahmu 
Pahit getir pengorbananmu 
Membawa cahaya kebenaran 
Engkau taburkan pengorbananmu 
Untuk umatmu yang tercinta 
Biar terpaksa tempuh derita 
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya 
Tidak tergambar indahnya akhlakmu 
Tidak terbalas segala jasamu 
Sesungguhnya engkau rasul mulia 
Tabahnya hatimu menempuh dugaan 
Mengajar erti kesabaran 
Menjulang panji kemenangan 
Terukir namamu di dalam Al-Quran 
Rasulullah kami umatmu 
Walau tak pernah melihat wajahmu 
Kami cuba mengingatimu 
Dan kami cuba mengamal sunnahmu 
Kami sambung perjuanganmu 
Walau kita tak pernah bersua 
Tapi kami tak pernah kecewa 
Allah dan rasul sebagai pembela
sob, sob..
wassalam..
nurkilan oleh;