Thursday, March 8, 2012

kElas taUhiD beRsama ustaZ azmi 1

assalamualaikum..

seperti yang saya janjikan..(macamla ade yang tuntut kan..), ini lah sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat dari kelas pengajian tauhid kat surau kawasan rumah saya ^_^.

eh, tapi ni baru first class dgn ustaz ni. sebelum ni ade jugak kelas tapi kelas fikh (dengan ustaz tarmizi) dan saya masuk kelas tu tak pernah sampai habis coz aiman (aiman pulak dijadikan sebab..) punya hal..first class bab fikah ni, mukadimahnye saya attend sampai habis. second class, xdpt habis coz aiman termuntah kat baju die dan tido lepas di bersihkan. dan third class (malam semalam) saya tak dapat join sampai habis coz aiman tak dapat di kawal bila ramai pulak budak2 yang datang smepena ade kenduri arwah kat surau tu. jadi, diorang bisin2 dan yang xbestnye ajak aiman main kat luar surau..saya risau aiman tu tetiba takde sape yang perasan keluar pagar surau yang tak dikunci (semalam hujan kat kawasan ni, so saya tak nak amik risiko). jadi, half class je saya sempat masuk dan masih bab taharah (semalam ustaz cerita pasal jenis2 najis). dah pernah belajar kat sekolah kebangsaan dan agama cuma nak flash back je.erm, xpe la. i'Allah lain kali cuba lagi hadir sampai habis class. WALID? oo..walid aiman jd pengerusi majlis so die memang xleh nak tinggalkan class tu. kadang2 die pun sibuk merambat aiman ni ha, tapi nak jaga budak2 lain jugak supaya tak bising..pendenk kate, walid aiman ade tugas so ummi tak nak kaco sangat. pehtu, balik dari surau or masa2 yang sesuai saya tanye balik kat walid aiman ape yang ustaz tu ajar. ^_^

eh, terpanjang plak..
ok, ok..untuk kelas tauhid ni..mukadimah yang disampaikan untuk kelas ni lebih kepada penekanan berkenaan betapa pentingnya belajar ilmu fardhu ain. tak boleh terkurang dan terlebih. tuntutan belajar ilmu fardhu ain terbahagi kepada tiga;
1. ilmu tauhid (ilmu ketuhanan)
2. ilmu fekah (ilmu luaran)
3. ilmu tasawur
dan tambahan ilmu al-Quran (ustaz ni tambah) - kata ustaz, belajar al-Quran ni, yang dituntut usahanya dan yang Allah nak, kita usaha..belajar semampu yang boleh bab ni)

ustaz ade juga cerita pasal 3 orang pemuda pada zama Rasulullah SAW. selesai solat, pemuda pertama terus balik. pemuda kedua, duduk kat luar surau. dan pemuda ketiga, terus duduk di ruangan surau.. Nabi cakap, pemuda pertama, Allah tak kan tolong die sebab die dah tau ade belajar agama tapi terus balik. pemuda kedua, Allah malu dengan die sebab die dok luar je dan malu nak masuk. pemuda ketiga Allah bantu die sebab die tau ada belajar agama dan die terus setia duduk kat situ.

menuntut ilmu ni, ibarat kita berjihad..mati dalam perjalanan untuk menuntut ilmu agama disamakan dengan mati shahid( kecuali sengaja bunuh diri)..oragn yang berada di dalam surau/majlis ilmu, darjatnya lebih tinggi dari orang yang tidak hadirkan diri lagi2 orang yang tau ada majlis ilmu tu.(dikecualikan kepada sesiapa yang betul2 tidak dapat menghadirkan diri)

lagi, ustaz cerita pasal raya orang islam ada 7.( susunan dari 7-1 mengikut nilainya)
7. raya aidilfitri (tak ingat dan xsempat catit kenapa)
6. raya aidiladha
5. ketika panggilan sakaratulmaut..
   - di mana jika yang datang itu malaikat yang senyum, baik dan lemah lembut..maka raya lah kita. jika sebaliknya, tak raya la tappi meraung..
4. ketika masuk dalam kubur
   - raya, apabila terus tidur dengan nyenyak sambil Allah bukakan sedikit lubang syurga yang harum untuk kita
   - tak raya, bila di seksa didalam kubur..(bayangkan, bila disoal dan salah jawapannya, kita akan dipukul sehingga termasuk dalam tanah sedalam 7 hasta. kemudian, dengan sendiri kita gali semula dan bila sampai dipukul dan termasuk lagi dan berlarutan hingga hari kiamat..nauzubillah..)
3. ketika malaikat israfil meniup sangkakala..pada tiupan kali kedua iaitu kebangkitan semula manusia dan semua makhluk Allah SWT.
  - raya, bila bangun dengan muka gembira, ceria atau dengan binatang tunggakan.
  - tak raya, bila kepanasan matahari terasa seperti sejengkal dari kepala kita dan waktu hisabnya(kira pahala dosa) dilambatkan sehingga 40 tahun..bayangkan..
2. ketika masuk syurga..raya..(kudambakan waktu ini)
1. ketika melihat wajah pencipta kita Yang Maha Agung, Allah SWT.

rasanya, itu sahaja perkongsian kali ni. i'Allah lenkali saya update lg ye..

semoganya, ilmu yang saya dapat ni dapat dikongsikan. yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari saya.

wallahualam..





wassalam..

nurkilan oleh;

No comments: