Tuesday, March 29, 2011

wHen sHe cRy iN frOnt oF yOu

assalamualaikum..terbaca benda ni n nk share juga dengan kamu semua..suami dan bakal suami..^_^
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
saat saya rasa diri hampir tersungkur, terjatuh..saya mahu dia sandarkan saya
saat saya mengharungi kesukaran hidup di dunia yang fana..saya mahu dia senantiasa berada bersama saya
saat saya pilu dan hampir airmata berlinangan.. saya mahu die mengusap lembut pipi dan ubun2 saya  
saat saya lemah dan menangis kesedihan..saya mahu die pegang tangan saya dan memeluk saya
dan jika boleh, bila tiba saat saya menghembuskan nafas saya yang terakhir..saya mahu dia meriba saya dengan mengajar saya kata2 yang sepatutnya..dan mengampuni dosa juga meredhakan segalanya..
semoga dengan itu, wajah senyuman yang akan saya tinggalkan pada dia..


terlalu banyak permintaan saya sedangkan diri ini..??

cukuplah sekadar berada dan berdiri tegak disisi saya selama hayat ini, i'Allah dengan keredhaanNya..

saya akan berdiri dan tersenyum lagi ^_^

1 comment:

violet said...

saat saya kekalutan sedangkan dia yang merana kesakitan, lalu airmata berjuraian..dia mengambil tanganku lalu memeluk dan berkata "..abg tau awk dah buat yang terbaik..jangan menangis.." dan mengesat airmataku..-_-