Wednesday, November 24, 2010

:: suatU keHilAngaN..seBuaH haKikaT keHiduPan ::

salam..

subuh isnin yang lepas aku dikejutkan dengan panggilan dari ani..

mak..mak dah sesak nafas, katenya..cuma ingin memberitahuku..

aku keluar bilik memberitahu suamiku..kami buat keputusan untuk segera balik..

selang beberapa minit..
sekali lagi panggilan dari ani..

hajar, mak dah takde..seringkas itu berita kematian makku tercinta..

semacam xpercaya, aku tanya untuk kepastian..dan ya, ani mengiakannya..ada sendu di suaranya..namun aku tau, dia cuba bertahan dan tabah atas pemergian mak kami..
berakhir perbualan seringkas itu..

terus aku pergi mendapatkan bintangku yang sedang berwuduk..berdiri dibelkangnya, aku mula mengalirkan air mata yang aku tahan tadi..

abang..mak, mak dah takde..ani baru je bgtau..
bintangku berhenti mengambil wuduk dan berpaling padaku..di peluknya aku yang dah mula tersedu menangis pilu..katenye, kita balik sekarang ye..aku terus teresak kecil, menandakan aku mmg bersedih dgn pemergian mak..namun bersungguh aku menahan sebak di dada..tak mahu berpanjangan..bukan menangis yang elok untuk setip kematian..
aku berkemas n siapkan aiman utk segera pulang ke batu pahat..

disepanjang perjalanan, sedaya upaya aku menahan sebak dan airmata ini..namun terkadang menitis juga air panas di mata ku ini tanpa keizinan aku..

sesampai dirumah, ramai org dah memenuhi halaman rumah kami..rumah kenangan bersama arwah mak dan abah..
aku terus berjalan mengendong aiman..bintangku ingin mengambil aiman dariku, tapi aku perlukan aiman untuk kuatkan langkahku masuk ke rumah itu..berjalan terus ke bahagian tengah rumah..

ayu kate, mak baru lepas dimandikan dan sedang dikafankan..
aiman ku beri pada k.ya dan aku ajak ayu naik keatas..dari bawah, aku nampak satu tubuh terkujur kaku dibaluti kain putih dan kapas..

dadaku sesak, namun keras aku mengingatkan..pemergian mak tidak harus aku hanta dengan airmata..
di ruangtamu kawasan atas rumahku, mak dikafankan..ani turut tolong kafankan dan long memantau dari belakang..aku berdiri dibelakang long..

wajah mak pucat..cengkung..
selesai kafankan, kami diberi penghormatan terakhir untuk melihat mak..
aku org kedua selepas long..berteleku disisi tubuh mak yang terbujur kaku..
memandang wajah mak yang pucat tak lagi berdarah..aku sedu..
tak mahu perasaan sedih terus menghantui diriku, aku mengambil keputusan untuk terus mencium mak buat kali terakhir di dunia yang fana ini..kedua pipi dan dahinya kucium..sejuk..dan kubelai ubun2 mak..

itu yang terakhir dari aku..selepas ini hanya doa yang dapat aku hulurkan untuk pengganti peluk cium ku buat mak tersayang yang pergi menjejaki arwah abah..

semoga mereka, mak dan abah..zaitoon bt mansor dan minhat@minhaj b musa di tempatkan bersama2 org yg soleh dan dijauhkan dari siksaan kubur sehingga hari akhirat..amin...

aku redha dgn pemergiannya..
dari Allah kita datang, dariNya jua lah kita kembali..

No comments: