Wednesday, February 29, 2012

sOlat la Kamu sEbelUm kamU di sOlatkaN (^^,)

assalamualaikum wbt..
just nak share, macam ni la reaksi aiman bila azan berkumandang..

dengan maksud tersirat, 'ummi, sila solat sekarang sebelum ummi disolatkan..'
hehe ^_^


p/s: semoga anak ummi menjadi umat yg mendirikan solat..

wassalam..

nurkilan oleh;

Wednesday, February 15, 2012

ganjaraN buaT isTeri soLehaH..semoga saYa teRgolonG darinYa..amiin

assalamualaikum..
tadi jenguk facebuk jap. . terbace article yg best ni ha..so, nak share dgn sape2 yg sudi bace blog berhabuk saye ni..ngehehe..

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥
 p/s  sesungguhnya saya memang menginginkan menjadi bidadari syurga buat suami saya, bintang hatiku..
       cuma, kadang2 sebagai manusia yang beremosi dan berego tinggi dan macam2 lagi, risau diri ini tiada
       tempat di sane bersama dia..oleh itu, masih belum berputus asa untuk menjadi bidadarinya di sana,
       i'Allah..
       oh...hari2ku lebih tenang bila sebelum tidur beri salam dan ciuman untuknya juga kata mohon ampun dari
       bintang hatiku ^_^

nurkilan oleh;

aiman ummi (^^,)

 assalamualaikum wbt,

ini kisah anak ummi, aiman namenye..coming soon, abang aiman. (walid sungguh membantah bila ummi cadangkan nak panggil aiman 'along' bila adik die kuar..nape ek??huhu..)

anak2 sekarang sangat cepat belajar..lagi2 bila umur die sekitar aiman ni ha..(mengikut pemantauan saya la ye..)
so, ibu ayah or orang sekeliling diharap amat memahami dan ambil berat mengenai ape yang mereka buat bila berhadapan kanak2 sebaya aiman.

meh nak cite skitkisah abang aiman..
1) if ummi or walid or kami berjemaah, die pun nak turut serta solat..elok je pakai kopiah( dah pandai pakai sendiri, kalau tak tangan die tak sampai or tak reti adjust lagi nak letak kopiah kat atas kepala - comel bila tengok die gayakan kopiah yang 'janji letak' atas kepala tu ), sejadah kecil yang kita beri kat die, dengan gaya ummi 'kibas2' sejadah sebelum bentang..habis di tiru..last2 sujud kat sejadah ummi/walid or suka hati die nak sujud..(will snap his pic if sempatla ek). sebelum sujud die kadang2 berdiri tegak agak lame n angkat tangan ala2 walid. sungguh comel..
2) lepas ummi solat, die dah ready tarik rehal..nak suruh ummi ngaji le tu..bila kita dah letak rehal depan kita, die dah sengih2 tengok atas almari tanda suruh kita amik al-Quran..ok, memang walid tiap2 hari pesan ummi ngaji ye..huhu, ummi pun cuba sedaya upaya ngaji untuk diri sendiri dan of cos untuk anak2 ummi..(nak anak soleh&solehah, kene mula dari makayah kan..)
3) then, if berjemaah dengan walid. lepas solat mestila bersalaman n cium tangan sume kan..eh, aiman pun nak jugak..habis kita solakadang2 die yang tarik tangan kita dan salam..(bijak, memang bijak..)
4) dengar azanje, die trus sujud..macam warning plak kat ummi suruh cepat2 solat. ngehehehe..
5) lepas die habis meneliti ummi memasak, kat kedai makan bagi sudu, die pun buat cara ummi masak pegang sudip (tapi die pegang sudu). muka sungguh2 memasak. yang bestnye, leh brenti jap ketuk2 meja (tanda memasak kat kuali) untuk amik perisa kat bahagian tepi (gaya ummi la tu).

stakat ini je dapat update coz aiman sudah bertenggek lat peha saya untuk turut menaip..ok, harap maklum..

makasih membaca, wassalam..

nurkilan oleh;

Friday, February 10, 2012

^_^

assalamualaikum..

saje upload video aiman yang khusyuk main dengan kete kfc die..



wassalam..

nurkilan oleh;

Saturday, February 4, 2012

maulidur rasuL

assalamualaikum..

sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW kesayangan kita ni, banyaklah rancangan2 bagi mengingati rasul kesayangan kita di tv tu kan..tengok tak?

saya ada menonton sebuah rancangan di astro Oasis mengenai Rasulullah SAW (jangan lupa selawat ye), di ketuai oleh Dr. Fazilah Kamsan dan ada satu slot yang membincangkan perwatakan Rasulullah SAW..amat tertari dengan yang ini, tapi..sangat sedih sebab mendengar sahaja tidak menjadikan saya seorang yang mengingati segalanya..adeih, lenkali kene sedia pen dan kertas.
ok, antara yang saya ingat, berkenaan fizikal Rasulullah SAW ialah,
1. Baginda sangat cantik (hensem) rupa parasnya melebihi ketampanan Nabi Yusof a.s
2. hidungnya mancung
3. rambutnya ikal dan terbelah dua
4. Jika berdiri dikalangan orang yang tinggi, baginda tidak nampak rendah
5. kalau tak silap, kulitnya cerah
6. Badannya tegap
7. berbulu kening tebal, berjanggut
dan itu saja yang saya ingat..hehe, boleh juga korang cari kat google kot..

selain dari itu, kemana baginda pergi, baginda akan jadi orang pertama yang memberikan salam..ha, jangan nak berkira sangat kita ni lebih tua ke muda dengan orang lain sedangkan Rasululllah pun tak berkira ye..(peringatan untuk diri sendiri jugak..;P)


setakat ni, tu jelah saya nak kongsi..banyak lagi informasi yang korang leh dapat dari hujung jari dan hanya melihat ke kaca tv. jangan salah tengok, sudahla ye..

wassalam.

eh, tau tak korang yang saya ni kalu saje2 nak menyanyi lagu "Rasulullah" - Hijjaz tu cepatje air mata ni mengalir..terasa terlalu banyak pengorbanan baginda untuk kita dan terfikir ape pula kita buat untuk dia..??

lirik lagu die macam ni ha..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

sob, sob..

wassalam..

nurkilan oleh;

Tuesday, January 31, 2012

suatu pagi nan sepi

assalamualaikum..

hari ini dapat satu panggilan telefon yang suara pemiliknya sangat aku kenali. Dan semestinya berita yang bakal aku dengari adalah dari pasangan si pemanggil yang tidak asing lagi bagi diriku..

ya Allah, dugaan apa lagi yang kau berikan kepada si pemanggil ini..namun, aku sabar menanti cerita si pemanggil..inginku jadi mendengar yg setia di corong telefon ini.

setelah pertanyaan khabar berbalas, dia mula bercerita..namun kali ini lebih kepada pertanyaan kepadaku dan soalan itu tidak aku jangkakan secepat ini.."ape pendapat awak jika saya nak minta cerai dari dia?"..
 ...
terdiam aku seketika, memikir dan sebenarnya perkara ini telah aku bincangkan bersama kawan berkongsi pendapat aku yang setia.

lalu, aku menjawab.."if soalan itu yang ditanya pada saya, dengan situasi yang kamu hadapi sekarang..seeloknya, janganlah ade penceraian di sini.. bercerai bukan semudah itu, lagi2 Allah sangat membenci talak.."
lalu aku bertanya kenapa itu yangterlintas di hatinya? di ceritakan segalanya dari dulu hingga sekarang dari yang sekecil kuman hingga sebesar gajah. dari yang serapat2nya ditutup/dirahsiakan hingga yang semua kenalan dapat melihat dan merasainya..

ya Allah, aku malu diceritakan begitu kerana orang yang diceritakan itu memang sangat2 kukenali, cuma tidak sangka ianya sebegitu sekali..lalu aku meminta si pencerita itu memberhentikan memceritakan cerita yang aku rasa membuka keaiban suaminya itu..cukup bagi kau hanya untuk pengetahuanku. dia bersetuju..

setelah lama berbincang dengannya, aku menyarankan dia pergi ke pejabat agama terdekat di mana dia pernah memfailkan hal serupa sebelum ini. rujuk kepada yang pakar, lebih mudah dia nampak jalannya kerana aku tidak pula ketahui yang sebelum ini die pernah ada kes sebegitu di mahkamah syariah.

ada juga die meluahkan rasa risau di hatinya yang takut menanggung dosa sang suami. namun, aku mencelah..i'Allah tiada isteri yang akan menanggung dosa sang  suami selagi isteri tidak ingkar..(ingin kujelaskan disini, ingkar bukan hanya bermaksud ingkar dengan kata2 suami, tapi aurat, dan segala bagai tuntutan agama. sila rujuk kepada sesi kursus kawin jika terlupa..atau rujuk kepada yang pakar)

dan pesanku..bercerai bukan jalan penyelesaian mungkin hanya untuk meredakan hati (itupun entahkan iya entahkan tidak). namun, jika itu keputusannya dan difikirkan terbaik untuknya. aku harapkan jangan biarkan anak2 terabai, pendidikan itu penting( sepanjang pengalaman aku yang tak seberapa ini, berapa ramai kanak2 yang berlatar belakangkan masalah keluarga pembelajarannya dan kehidupan mereka kurang memuaskan hati..sedih melihatkan itu) dan pengenalan kepada sang ayah kepada anak jangan di halang kerana mereka berhak atas satu sama lain.

 tabahlah wahai wanita, kau kuat..aku sangat kagum melihatmu. sesungguhnya, ketahuilah Allah amat menyayangimu kerana kamu yang di pilih diuji sebegitu rupa..jangan sesekali jauh dariNya, kerana hanya Dia memberi ketenanganmu di kala kau memerlukannya.. i'Allah, kudoakan segala yang terbaik untuk kalian sekeluarga..

** solatlah lima waktu kerana ianya tiang agama juga menjaga tingkah lakumu, i'Allah.

sekadar berkongsi cerita untuk pengajaran bersama.
wallahualam..

nurkilan oleh;

Friday, January 27, 2012

setahun 3 bulan aka 15 bulan ^_^

assalamualaikum wbt..

nak update skit cite pasal abang aiman ^_^

- sejak dah tau die bakal jadi abang, bila ummi cakap sayang adik je. die tengok perut ummi dan selak baju ummi n mhuah...cium perut ummi..so sweet..^_^ even tengok gambar baby dalam magazine pun die nak cium ;P
- aiman sekarang dah mula menerima arahan cuma kadang2 tu tersasar skit pemahaman die dengan arahan kite..ngehehe..
- if nak susu skang ni, kita dah isi air siap2 kt botol dan tanpa disuruh, die dah ambik balang susu kt rak sambil terhinjit2..huhu..comey..
- gigi dah nak masuk tujuh batang.
- alhamdulillah, die dah boleh terima hakikat yang gigi die dah mula kene gosok if nak cantik..^_^
- sekarang dah kurang membongkar barang kat dapur.. selongkar beg die je..habis pampes, vicks, drapoline n lain2 di keluarkan..tapi, pandai masukkan balik semula ^_^
- suka main bola dan baling kuat2 (kalu ummi bertuah, dapatle balingan kt muka dari lontaran aiman - adeih..sabo je la..)
- dah pandai nak main tunggang kuda kt belakang ummi (sape suruh ummi ajar kan..memang syok le die nak naik belakang ummi..even perut ummi semakin membesar ^^, )
- dah mula nak pakai baju n seluar sendiri.
- paling suka mandi tak kira kat umah sape pun..mandi aktiviti paling serokon bagi die..walupun menggigil2 )

sampai sini dulu la yerk..aiman ni pantang nampak ummi buka laptop, die pun nak turut serta..

k, salam..

nurkilan oleh;

Wednesday, December 28, 2011

27hb Dec 2011??

assalamualaikum..

ada apa dengan 27hb Dec??
saja nak share, tarikh tu tarikh keramat si bintang hatiku di lahirkan di dunia ni..

so, sempena hari lahir die dan sempena saya dah boleh mula membakar dan seperti yang telah dijanjikan kepada die..(berapa banyak dan la..) terhasillah sebiji kek yang dinamakan tiramisu..

tapi birthday boy (eh, boy le sangat kan..) potong kek dengan pening2 kepala.huhu, kesian die..tak kira, saya dah buat, die mesti rasmikan kek tu..huhu..kejam tak ek..

erm, sepotong je leh makan coz bintangku sekarang tak leh makan benda manis banyak2..jaga kesihatan ye, almaklumlah umur pun dah bertambah kan..

aiman plak makan sesudu je sebab badan die tak sihat, macam nak batuk so, maybe tekak pun tak berapa selera nak makan..ummi?? sesudu je untuk rasa hasil air tangan sendirik..nak makan banyak tekak rasa payau plak..so, kek selebihnye akan bintangku bawa ke opisnye esok..^_^



+- buat bintangku, tiada hadiah berupa material dapat diri ini sediakan untuk kamu di hari ulang tahun kali ini. hanya sepotong kek yang dibuat dengan penuh kasih sayang dan kesungguhan untuk memuaskan hati kamu. dan...doa yang i'Allah berpanjangan untuk kamu walaupun bukan di hari lahir kamu..
andai hari lahir menjadikan kamu orang yang diingati buat teman sekeliling kamu, bagi saya setiap hari ialah  untuk saya mengingati kamu..^_^ kamu, kekuatanku.

p/s aiman mencipta tarian baru, membongkok sambil berpusing menari mengikut 'ikut suka' lagu yang die dengar. walaupun tak berapa sihat, masih ligat mencari aktiviti yang boleh di explore lagi..
adik aiman plak, seperti rama2 berada dalam perut ummi..^_^


nurkilan oleh;

Friday, November 18, 2011

hAaacHum!!!

assalamualaikum..

fUhH..fUhH!!!
kasi tiup skit habuk2 yang ade kat blog ni. huhu..rasenye dah lame bebno tak update blog ni..
almaklumla...awal2 simptom ibu mengandung ni kan, tengok komputer pun rasa meluat..hehe, boleh gitu?

banyak nak update tapi tunggu betul2 ada masa yang sesuai la kan.

aIman?
sedang berkira2 nak biasakan diri aiman panggilan 'abang aiman' or 'along aiman' coz i'Allah adik aiman sedang membesar dalam perut ummi ni ^_^
rasa macam baru semalam je sakit2 nak beranank ;p

ha..secara ringkas nak cerita skit yang aiman haritu tergolek dari kerusi, dapat benjol & calar ckit kt kepala die..kesian yang amat n ummi mintak maaf sangat2 ye aiman..(aimanpun, jangan le ligat lagi panjat2 kerusi ni ye..bikin ummi menitits airmata je tengok anak ummi nangis macam tu)
selang sehari pulak, jari comel aiman terkene bilah kipas duduk tu ha..mujur skit je. tp, bahaya jugak tu..

macam2 cerita aiman nak kabo kat sini tapi, tunggu la ye..i'Allah masanya akan tiba..huhu, poyo!!

wassalam..

nurkilan oleh;

Wednesday, October 12, 2011

mOoD oR simPtoM??

assalamualaikum..

okey, skarang dalam mood nak membaking (actually tiap2 hari ada mood untuk membaking, cuma bila sampai masanya..rasa loya dan mual tu datang tiba2..huhu..xdapek nak tolong dah)

ada request dari kawan si bintangku untuk cup cake, katenye..dan lagi, saya sedang planning (sejak dari bulan ogos kot) nak bake cake untuk birthday aiman..hehe, tak sangka anak yang dulu di teran2 tak nak keluar2, esok dah cukup setahun usianya..alhamdulillah..

cake ape, dah survey resepi cuma amik masa nak buat cake tu. anyway, i'll do for my son (eh, macam xpercaya lagi ni skang saya dah ada anak aka kawan gaduh kat umah sendiri..huhu).

itu je nak cerita kat sini wey..kang dok tulis banyak2, tak jadi cup cake saya tu..

aiman??
..erm..budak yang sekarang dah jarang & hampir tak nampak dia merangkak..walaupun jalannya agak tergesa2 dan goyang kot..hehe, comel jika anda bayangkan ^_^
..sambil jalan sambil hayun tangan tanda senang hati..itu aiman..
..makan dah macam2 dan pantang namak ummi makan, die pun dok ngendeng dekat nak jugak...
..dah semakin kurang mengutip benda2 kecil & kurang juga mengemas bahagian dapur. cuma, skarang ni die dengan tangan mantapnya doe sibuk bawak periuk dan penutupnya ke ruang tamu pulak..ketang ketung bunyi periuk dengan penutupnya..
..bila dah boring, ambik pulak benda lain, penyapu habuk dan lain2..yang bestnye, bawak thermos usebelah tangan dan dihayun2 pulak...(kuat sangat ke tangan die ek??)
..skang kalu ajak mandi, die terus alert dan ready untuk bersiram dalam bilik air (budak ini sangat suka main air walaupun bibir mengigil2 ;P)
..dah pandai main sendiri n masuk dalam bilik cari bola2 die yang bermacam color dan size tu..(taktik walid berjaya setakat ni ^_^)
..sebelum makan, suruh baca doa dia akan tadah tangan (walaupun dalam keadaan sekejap, tapi ummi pasti aiman faham apa yang ummi maksudkan ;P)
..kadang2 lepas ummi baca doa lepas solat, die dah ready duduk sebelah kita dan ikut kaup tangan kat muka die..kadang2 dah ready nak dok kt pangkuan kita untuk baca doa..alhamdulillah..;P)

ops..cerita bab aiman, memang lambat le start buat cup cake ni..huhu
k la, sambung lenkali..

makasih membaca & wassalam ^_^

nurkilan oleh;

Thursday, October 6, 2011

mabUk ke tiDak??

 assalamualaikum..

tengok tajuk entry kali ni memang dah leh dapat agak kan...bwek..

alhamdulillah, i'Allah aiman akan dapat adik sekaligus kawan die untuk dibuli (asik kene buli dgn ummi die je, tengok macammane plak aiman nak buli adik die kan..;P).

kira adik merangkap kawan aiman ni hadiah yang ummi&walid bg sempena die nak masuk 1 year sikit hari lagi..(bole gitu??)

pregnant kali ni agak mencabar coz kene layan si kecil yg sedang lasak berjalan tak kira tempat (kelakar tengok aiman jalan dengan kakinye yang bulat n badannye yg comey tu..adoi, anak ummi ni ^_^)
so, i'Allah morningsickness xleh layan sangat kot (actually xsempat nk layan coz aiman dh minta dilayan ;P). cume kadang2 mmg xdapat nk elak terasa gak mual2 tu..yang pasti saya mengalami masalah pedih ulu hati yg amat kali ni. nak kate xmakan or makan skit2 tp kerap pun saya dah buat..masih memerlukan cara yg lain untuk menghilangkn rasa ni..
alhamdulillah, setakat ni (xsure dh brape mggu kandungan ni but calculate sendrik, i'Allah dlm 6/7 mggu kot..) masalah pedih ulu hati yg amat merunsingkan coz leh buat kerja tertangguh n badan rs xselesa yg amat..baring xselsa, duduk pun xselesa..dugaan sungguh ^^,
bab memasak...huhu, skang ni tengok minyak tu macam erk..(even tulis perkataan m****k ni pun loya), but as housewife (walaupun bintangku tak minta) saya kadang2 cuba sedaya upaya masak le ringkas2 utk die jugak..

itu je kot nk update kt sini untuk kali ni coz tengok tulisan ni macam rasa lain plak..^_^

** semoga Allah permudahkan diri ini sepanjang mengandung kali ini dan juga tabah menjadi ummi kepada anak2ku dan isteri bintangku..**
aminn

makasih membaca, wassalam.
nurkilan oleh;

Wednesday, September 28, 2011

sAmbuTan aIdiLfitrI 2011 di Pangsa@apartment Permai

assalamualaikum..

nak update cerita sambutan hari raya di kawasan rumah sewa saya ni ha..

 ini pasukan keselamatan ala2 rukun tetangga, seramai 13 org as a pioneer ^_^

 aiman vs ummi yg selebet, haish~~

 aiman baru je dapat belang kt hidung hasil tolong mengemas dapur ummi ^_^

 persembahan silap mata oleh pakcik siak, penduduk pangsa or apartment permai ni ^_^

 turut disaksikan oleh Elizabeth Wong ahli parlimen selangor kot..huhu

rehat sebentar bersama susu ^_^


 gambar ni bukan bermakna bintangku dapat hadiah ye..tapi die dijemput menyampaikan hadiah..^_^

habis..



 sekian, wassalam..

makasih membaca ^_^


nurkilan oleh;

Saturday, September 24, 2011

jaLan juGaK akhIrnya dIE ^_^

assalamualaikum..
okey, bila dah ada kesempatan ni boleh le kiranye saya meng'update' blog secepat mungkin, sementara aiman tido tu.

hari ni just nak share gambo aiman bersama giginye..dan....

aiman confirm dah pandai berjalan !! adoi, teruja tengok anak sendiri berjalan..alhamdulillah, kuasaNya.
terkedek2 je tengok die jalan dengan badan yang montel2 tu..geram saya tengok die..
syukur, ya Allah..^_^

erm, lagi satu berita gumbira nak share dengan blog kesayanganku ini ialah..

i'Allah, kita cerita lenkali coz perut ni macam lapar sangat je.

okies, saksikanlah gamba aiman ^_^






makasih membaca ^_^

wassalam..

nurkilan oleh;

Friday, September 23, 2011

ooOooo..aImaN..^_^

assalamualaikum..

ini kisah si budak comel ummi&walid, ahmad nur aimaN..

hari ni, aiman dah masuk 11 bulan 10 hari dan perkembangan terbaru si comel ni plak;

1. semalam aiman dah boleh berjalan (walaupun tidak secara tegar sebab die lebih suka merangkak dengan laju ;p) ,  tapi gerak hati seorang ummi menyatakan yang aiman dah pandai jalan(cewah..ye ke tidak or ummi yang xsabar tengok aiman berjalan kot..hurm..). apepun, die dah mencangkung dan bangun berdiri lalu berjalan sendiri  sambil mengimbang badan dengan mendepakan tangan (kadang2 terover confident lalu menari2 gumbira sambil tangan di hayun2..lalu bila tidak seimbang die terduduk sopan sambil bersimpuh..adoila anak ummi ni).
erm, kalau terlebih2 lagi confident die, aiman akan berdiri dan melompat(walaupun tak berjaya), tetap berkeras nak melompat..cita2 mesti tinggi kan aiman..tak berjalan dah nak melompat..huhu..aiman, aiman..

2. naik turun katil dah terror cuma ummi, terutama walid sangat risau dan masih memantau die bila bermain dalam bilik...

3. sejak walid letak cermin depan tempat mandi aiman, makin galak die menjerit bila mandi sebab excited tengok muka die ygg tersengih2 nampak gigi 5 batang tu..hehe..tersenyum2 sambil tangan menggapai barang2 terdekat ^_^.

4. semalam bila ummi saje2 buat aksi menjerit kt walid, 'arghh...' tetibe ade suara budak kecik menjerit sambil muka selamba main2 kt lantai tu..(ceh, mengajuk ummi le tu).

5. erm, skang if pasangje lagu 'chicken dance' tu, aiman dah sengih2 & goyangkan badan die nak menari..sape la ajarkan..(lagu selepas lagu 'chicken dance', xleh trus layan..walid xbagi & tukar kepada lagu nasyid or ummi pasang trus ayat al-quran..^_^)

tu je kot~~

kadang2 terfikir & tercari2 samada aiman ni tumbesarannya normal atau terlambat or tercepat..hati seorang emak kan..semua yang bergelar emak pun akan rasa macam ni kot.. tapi, selagi setiap hari/minggu/bulan ada perkembangan terbaru dari aiman, ummi memang tersangatla excited nk share dgn walid juga orang lain (tak salah kot..)

cakap??
aduish~~ aiman xde la pandai cakap lagi cuma, masih membebel dengan bahasa die yang ikut berespon kalu kita berbual dengan die..kadang2 macam mengadu/cerita sesuatu..ummi memang layankan aje.."haah, iye dan macam2 lagi jawapan dari ummi bila aiman start berbual" ekekeke...(kalu die faham dah tentu die cakap, "ape ummi ni, aiman cakap lain, ummi jawab lain " huhu ^_^

bulan depan birthday aiman. ummi dah terfikir2 nak buat kek ape untuk die..^_^

** agak2 aiman bersedia nak adik baru tak ek..huhu ;P

alamak, ade gambar gigi aiman tp xsempat nk upload ni. ummi nak rehat jap setelah bertungkus lumus siapkan 5 biji kek sejak dari semalam..alhamdulillah..

wassalam & makasih membaca ^_^


nurkilan oleh;

Wednesday, September 14, 2011

project on 12th sEptembEr 2011

assalamualaikum..

patutnye post semalam tapi hari ni baru sempat.

bila birthday, mesti nak ada kek kan? oleh kerana kebetulan saya ni memang sedang dalam proses belajar membaking&mempelbagaikan resepi, makanya sempena hari kelahiran saya baking le kek yang saya anggap dalam klasifikasi 'try&error'..mana taknye, 2 resepi jadi satu..

kek ni buatnya hari isnin, 12th sep..xsempat potong pun coz habis decorate mlm isnin tu, selepas amik adik kesayangan yg datang dari batu pahat (utk intebiu hr rabu ni)..
di potong oleh birthday girl (perasan girl kot saya ni..melampau skit kan ;p) on 13th sep malam lepas balik dari ikea (saja ajak adik p tengok tempat intebiu die yang sebelah ikea).

nak tengok gambar? nah...


1. ni le kek nye ^_^


 2. zoom in skit


 3. belah dalam die, buat 2 layer berlainan resepi (suka hati je) ;p


4. saksikanlah..


5. dalam dan luar cake ^_^

oh, cake ni saya bagi name, carrot orange blended cake ;P
ni kek org syok sendrik sempena hari lahir die..huhu.
sy ucapkan bebanyak trima kasih to bintangku atas segala sokongan die ^_^


mekasih membaca, wassalam..

p/s:: harini dapat berita gumbira..adik saya berjaya dlm intebiu die..alhamdulillah..nak bake cake lg utk die ke ek? erm..tunggu akk&abg yang dtg hujung mggu ni la, leh selebrate same..
menu, menu, menu ape ye??pikir dolu la...^_^

nurkilan oleh;

Monday, September 12, 2011

ye ke birthday saya??

 assalamualaikum..

macam tak percaya, rezeki Allah SWT dan dengan izinNya saya masih di sini, di dunia fana ini disamping suami&anak tercinta juga kaum keluarga (ayat nak poyokan..;p)..

alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan dariNya..sungguh, saya bersyukur dengan apa yang saya lalui sepanjang (kira jap..), 27 tahun (ooo, dh 27 tahun rupanya ye..ingatkan masih sweet 19, haha).
walaupun penuh dgn suka duka, menangis ketawa, keciwa mahupun berserah segalanya hanya pada Dia.
apa yang berlaku atas kehendaknya, semakin saya dewasa dan belia (cewah..;p) semakin akui segala perancanganNya lebih teratur dan kita jangan putus berusaha dan memohon keredhaanNya.

alhamdulillah ya Allah, atas segala nikmat yang diberikan kepada aku selama hidup ini. dan semoga Kau berkatilah diriku ini juga kaum keluarga dan umat islam agar dalam keredhaanMu senantiasa..
aku mohon Kau redhailah kami dan jadikanlah kami dalam golongan orang yang beriman dan meredhai segala ketentuanMu..amin..

aiman??
erm, nak update sikit..gigi aiman yang 4 batang tu dah bertambah lagi satu kat bahagian kiri atas..akhirnya!!
so, mulut die nampak lagi comel ^_^ . esok, aiman genap 11 bulan, tapi masih tak pandai jalan lagi anak ummi ni.
takpe, xpayah risau sangat kot..banyak lagi development aiman yang bertambah walaupun tak berjalan lagi..
antaranye:

1. aiman sekarang dah pandai if kte warning di "ha..nak buat ape tu?" sedangkan die ada ura2 nak sepahkan dvd& buku, die akan pandang kita dan tunggu ape reaksi kita..of course dengan mata bulat yang semakin membulat die bulatkan (banyak sangat bulat, sorry..itu realiti si aiman ;p).
2. sekarang ni still nak memeluk kaki ummi if kita nak memasak kat dapur..sedangkan pada awalnya die elok main periuk&kuali kat bawah para tu..(macam mn caranya nak elakkan die mcm ni?? haish~~)
3. aiman skarang, if tido mesti cari ummi..kalu walid baring tengah2 die mesti nak sibuk baring tengah2, cari ketiak ummi..huhu, comeyje die ^_^
4. aiman skarang memang dah tak nak dok kat walker die tu..die seronok nak memapah kat dinding dan tawaf tiang buai die sambil2 tengok ummi ada dok dekat die dan tersengih2..(dapat imagine x? bile die sengih, nampak gigi 4 batang die..comel..^^,)
5. sekarang kalau nampak ummi bersiap or walid bersiap die dah ready n mudah je nak suruh tukar baju nak pergi jalan. kalau tak, nak tukar pampers or pakai baju sangat mencabar kesabaran ummu ;p
6. ummi&walid sedang bertungkus lumus (ops, sebenarnye walid aiman yang beriya2 dan sangat bersungguh) menyediakan bilik aiman. bukan ape, nak biasakan die dengan bilik sendiri (walaupun bilik tak besar mana), at least die tau if nak tido or main ke ape2 berkenaan die, die buat kat bilik die dan tak sepahkan lagi barang2 kt ruang tamu..(tak pasti berjaya ke tidak, but nak cuba juga..;p)
7. sekarang if tak nak susu, die akan buat muka selamba sambil tengok botol susu dan kembali tengok muka kita (geram tul)..kadang2 tengok susu pun buat2 muntah. haish~~. tapi, kalu die nak susu..kita tunjuk botol je dah merengek2 sambil tangan menghulur nak ambik botol susus die. kalau botol susu tu terbongkang kat bawah, die akn merengek dan pergi amik botol terus sumbat dalam mulut.
8. aiman ni kalau nak bermanja/ajak kita main dengan die, die akan datang kat kte dan meleset2 kat kte(macam kucing buat tu kot..;p) pehtu, die tekap muka kt badan kte sambil geleng2 kepala..huhu..manala die belajarkan..;p (owh, maybe ummi&walid selalu buat die mcm tu kot..ye la, kami suka baringkan die, angkat tangan die ke atas dan tekap&gosok2 muka kat dada die untuk gelikan die..hahaha )

ok, tu je kot yang teringat nak update pasal aiman kali ini..

makasih membaca & selamat hari lahir pada saya yang ke 27 tahun..alhamdulillah ^_^

** terfikir nak membaking kek ke tak ek?? kek ape ye?? erm..tengok tahap kerajinan & kesempatan yang ada ^_^

nurkilan oleh;

Friday, September 9, 2011

raya di iPoh & aImaN 10 monThs

assalamualaikum..

al kisah, lepas kat johor kami bergerak ke perak pulak..ate, suami orang perok, balik le kita ke perok demi lemang dan rendang tok..hehe..sedap yop ;p (entah betul ke tidak loghat perok saya ni kan..).

raya ke 2 pagi sebelum zuhur ktorg gerak ke perak, perjalanan penuh dengan tido..ZZzzzZZ..huhu, saya la tu. bukan ape, kesian aiman xde sape teman die tido..gerak dalam pukul 11 lebih dan sampai pukul 7 lebih, wuit..lame tu..

sesampainye kat sane, excited nak tengok anak sedara baru (anak k.ya, akk sulung bintangku)..comey, gegirl kan..

erm, en.husband memang gumbira sakan la kan..balik kampung kate..saya pun leh kongsi mak&abah die (al-maklumlah, saya kan anak yatim piatu..huhu)

ha, raya tahun ni, adik bongsu perempuan bintangku bertunang raya ke 5..gamba? ala, bateri camera ms tu empty kot..(memang tak teringat nak charge semula lepas amik gamba kat johor, ye la ingat masih ade half ke bateri die tu..cet..)

apepun, meriah le majlis tu cume ktorg ni (sy, bintangku n adik lelaki bintangku dok bercerita dlm bilik sambil teman aiman tido..huhu..

erm, esoknye ktorg beraya umah sedara belah sane, kami ni 2nd trip(trip pertama, makabah n adik beradik single) ^_^

okiesla, sampai ni je cerita nye bagi raya belah perak..kami gerak ke kL pagi isnin yang hening ^_^

yang saya risau skang ni, what am i going to do since i'm jobless now..adoi..

aiman??

erm, actually masa puasa hartu aiman batuk teruk n doctor suggest utk tukar susu die..so, kami try la susu yang lactose free..
erm, lepas tukar susu baru ni tersangatla aktif..batuk alhamdulillah kurang..yang xbley tahan tu, mulut die petah dok membebel dengan bahasa die saje yang faham..kalau sebelum ni pun ade, sekarang makin kerap..lebih bijak bereksperesi dan macam2 cara die ni ha..

boleh ajak berborak pulak tu..hai, sangat comeyla aiman ni..hehe (puji anak sendrik ni gamaknye ^_^)

jalan?? erm, yang satu ni je kurang skit..baru tiga tapak.. bangun duduk dah cekap nak melangkah tu macam melekat kaki..haish~~

but doctor said, boy memang lambat sikit jalan dari girl..entah le..


nurkilan oleh;

Thursday, September 8, 2011

oh..raya..^_^

assalamualaikum..

lama sudah tidak mengupdate blog ni..
dah tak keje ni sepatutnye boleh le kerap update blog kan..ni terbalik pulak.

okies, about raya tahun ni.
:: alhamdulillah..lepas menjalani bulan ramadhan,1 syawal wajib diraikan.

:: raya tahun ni kebetulan kami pulang ke johor dulu, so hari ahad pagi kami bertolak..dalam kiraan saya masih sempat menikmati air katira madu yang hanya dapat dibeli pada bulan ramadhan kat pasar peserai tu..bagi saya rasanya sangat sedap yang amat, ye..yang amat!! (teringat2 lagi rasanye ni)- adoila, nape pakcik tu tak jual pada hari2 biasa kat pasar tu ye?? soklan ni setiap tahun saya ajukan kepada penjual katira madu kat peserai tu, tapi jawapan tetap sama "ni memang tak jual hari biasa sebab kita saje nak buat orang ternanti2 air katira madu" -lebih kurang la ayat die ni.
* dan ternyata saya tidak dapat merubah pemikiran mereka untuk jual air katira tu pada hari biasa..benci, benci,benci..(sambil mengiring dan menumbuk angin dengan manja-ala2 johan dlm cerita 'raya tak jadi' )

:: tahun ni, saya beraya tanpa mak&abah lagi..bak kata adik saya, 'akukan dah xde mak, anak yatimpiatu'..(walaupun dengan nada selamba n maybe nak meredakan hati) dalam diam, sebenarnya saya tersentuh dengan perihal tu..saya hanya memandang sayu adik saya bila die cakap macam tu.."ala, macam kau sorang takda mak dik, ktorg pun same..ktorg pun yatimpiatu gak", balas saya namun still die ulang lagi..cett, budak ni saje buat saya sebak kot..tapi, dalam hati berkata, "ye la, at least saya ada suami dan aiman. die pulak yang sebelum ni rapat dengan abg saya emi tu dah tak leh nak rapat coz emi dah kawen dan tahun ni first time die bergilir raya ke umah mentua(isteri die tgh pregnant plak tu), so tinggalla die sesorg..
sedih gak bile terfikir beraya tanpa makabah ni tapi, doa saja yang dapat aku panjatkan utk arwah..al-Fatehah..

:: tak nak le sedih2 lagi..biar yang pergi tetap dihati dan yang masih hidup ni beringat mati tu akan datang pada kita juga so, harus prepare!! ^_^

al-kisah, beraya tanpa makabah ni, pagi raya takde nak salam-salam lagi dah..lepas sembahyang raya, pergi ziarah n buat tahlil kt kubu arwah mak abah. balik tu, baru makan. petang raya tu kami pegi umah long (alahai, tak sempat amik gamba coz sibuk melantak sambal jawa (menantu long yang masak) sedap yg amat (ade perut yang saya suke tu ^_^)..then potpet2 dengan anak sedara (tak sedar yang saya ni dah mak dara) lepas suami seru namaku tiga kali, baru la kuar bilik and join diorg kt ruangtamu (aiman dah suap buah betik ;P).

k, balik dari rumah long rehat kat umah. dalam hati, saya kene habis beraya umah abang n akak yang berdekatan coz esok(raya ke 2) dah kene balik perak pulok.. so, lepas maghrib terus siap2 ke umah uda, ijam dan ani..ok, tu semua wajib pergi coz dah dekat n diorg kan lebih tua dari saya ^_^. at least raya ni tak la sunyi terkenang saat makabah je, coz dah pergi beraya umah adik beradik yang ramai kan...meriah tau..

cuma tu la..setiap kali saya salam dan cium tangan adik beradik saya untuk kemaafan hari ray ni, rasa sebak memang tak dapat nak dielakkan (saya la..orang lain, tak tau.huhu) especially dengan adik beradik perempuan, long and ani . Ops, tahun ni saya tak sempat jumpa ayu (akk yang ke 3) dan 2 org abang (aji n ajib) coz diorg raya ke 3 baru balik johor..erm...

oh, lupe nk selit kat atas tu yg saya sempat snap2 di tengah hari raya(bunyi macam excited tak hengat sampai tengah hari pun nk bergambo kan..lantak..;P) lokasi, depan umah simpang (umah makabah le), jurukamera sendrik n pak usu aiman aka adik bongsuku ^_^



p/s: semua pakaian telah berjaya dijahit oleh saya sendiri dalam masa 4/5 hari sebelum balik raya..huhu ^_^





nurkilan oleh;

Friday, July 8, 2011

'baKinG'

assalamualaikum..

ngehehe..hari ni saya berjaya buat satu lagi resepi kek name, japanese cheese cake..
hasilnya..


tadaa!!
 masih dalam oven..baru je masak ni

 buka ring die!!
 tada...
 saje kasi topping
 tengok dalam die ^_^



okies..meh nak share resepi ye..
credit to k.zaharah (facebook)


Japanese Cheese Cake...

bahan2nya:
4-5 keping cheddar cheese
200 ml susu segar
4 biji telur
70 gm gula halus
70 gm tepung kek
70 gm butter

cara2nya:
1.koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200 ml susu segar, msk dgn api perlahan,kacau selalu..masukkan butter,tutup api.
2.asingkan telur putih dan merah,pukul telur putih dgn 70 gm gula halus hingga menjadi kembang@meringue,kemudian pukul telur merah hingga kembang,masukkan dlm adunan ciz tadi(1).
3.masukkan tpg sikit demi sedikit,kacau perlahan,sekiranya berketul boleh ditapis,kemudian masukkan adunan meringue tadi, kaup dan sebatikan adunan.
4.lapik acuan 7x3 inci loyang bulat,tuang adunan kedlm acuan.
5.letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas,masukkan kedlm ketuhar yg telah dipanaskan 20 min pd suhu 170c selama 20 minit kemudian rendahkan suhu kpd 140c dan terus membakar selama 40 min.

teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sgt lembut dan mudah terbakar.

masa penyediaan:20 min..
masa membakar:1 jam
P/S: API BAWAH PUN DAH OK


cubela..pasti gebu n sedap ^_^
kalau malas tapi nak makan, meh order kat saya. hehehe

k, makasih membaca ^_^


nurkilan oleh;

Monday, July 4, 2011

rEcentLy mE

assalamualaikum..

entry kali ni nak cerita perihal saya yang sudah kehilangan pekerjaan sekarang ni..hehe..
tak tau la nak kate saya gembira ke, sedih ke ape ke..yang pasti saya cuba adapt diri saya dengan keadaan sekarang ni..okey, tinggalkan kejap pasal ni ye..

kerja saya(sebelum ni la)..
ape yang saya tau, saya dah buat yang terbaik untuk pastikan pelajar saya dapat ape yang sepatutnya die dapat.
dan saya juga tiada hak menentukannya kerana ianya terletak di tangan management.
cuma, saya tak tau la mereka (student) tau atau tidak perkara sebenar..biarlah..

teringat kembali sesi perbualan kami (saya, kawan sekerja sama bidang dan 'ketua' kami), bila di tanya ada ape2 yang ingin saya katakan..saya hanya jawab yang harapan saya agar semua pelajar yang tinggal tidak di abaikan. itu je..(tak banyak yang saya cakap coz saya macam dah bersedia terima keputusan itu, tapi sedih jugak le coz now i've got no job..waa...;P)

tinggalkan soal pekerjaan (sebab sekarang saya memang dah tak bekerja). ape saya buat sekarang?

skang ni dah masuk minggu ke 3 saya menjadi fulltime housewife kepada en. bintangku. best jugak jadi surirumah ni kan..segala perkembangan aiman dapat di kenalpasti sendiri n seronok tengok setiap hari, ada je benda baru yang aiman belajar. keletah aiman pulak memang buat saya sangat teruja n comel je tengok die buat macam2 hal..
cuma..tak dapat nak snap or rakam coz charger battery camera tertinggal kt batu pahat haritu..ada tak ada, saya kena gunakan camera hp je..;(

but never mind, yang penting saat2 yang saya lalui sekarang ni i'Allah termaktub dalam ingatan saya ^_^

erm, walid pun nampak happy sekarang ni coz isteri terchenta di ada je dok kat umah tu (macam yang die kata, hati senang dengan kewujudan saya sebagai surirumah sepenuh masa sekarang ni..hehe ^_^..but, still die izinkan saya bekerja kalau ada peluang..;P makasih kanda ^_^)

penat??
adoi...mula2 tu, terasa la penat coz rutin harian dah berubah kan..cuma, alah bisa tegal biasa..bila sesuatu tu dah jadi rutin kita, lama kelamaan..no problem la..lagipun, saya duduk kat rumah sendiri (sewa cumanye tida orang lain selain bintangku, saya dan aiman ;P). so, bebas nak buat ape je kat rumah ni. tak perlu rasa terikat dengan kerja rumah yang bab mengemas tu saya lambat sikit..ekekeke..lagi2 ada pulak yang tukang tolong kemas (aiman) kan..lagila..anyway, saya buat habis baik!! (teringat zaman pengakap sekolah rendah dolu2).

sekarang ni, hobby baru saya memasak (macam tak percaya je..wink*).
but, sila percaya..setakat ni, dah buat brownies cheese cake, apam gula hangus, biskut chipsmore dan kek batik.hehe, ringkas2 je..

next plan blueberrry cheese tart, pretzel homemade, cheese cake(i luv cheese ^_^) n banyak lagi la senarai nye..buat2, kasi kat pengasuh aiman n colleague husband. makan nye sikit je ^_^.sedekah kan..
dapat support dari husband ni memang syok nak buat kerja2 memasak ni. maksud saya not support in term of money (yang ni memang haruslah kan..) but yang penting, support dari segi keyakinan tu..rasa seronok nak cuba buat semua resepi bila suami bagi +ve reaction..bersemangat, you!!

ok la..cukup le setakat ni. nak layan aiman comey ni ^_^

makasih membaca ^_^

bila rasa nak meng'edit' gamba, ni lah jadinya.. 

p/s:
kadang tergelak besar tengok muka aiman ketakutan+terkejut bila saya blend nasi die..melompat2 atas walker die tu..hehehe..
+ bila saya sibuk mengemas, die ikut kemana je saya pergi.
+baju dalam bakul, suka2 je die selerakkan sambil melambai2 pegang baju
+kalu saya memasak (mise en place), die pegang seluar/kain kte sambil survey2 apa yang boleh die tolong ;P

:: syukur, ya Allah..ku bahagia ::


nurkilan oleh;