Monday, May 23, 2011

mOisT cHocoLatE caKe

assalamualaikum..

bila mood memasak datang, saya just try je resepi yang dah di kumpul tapi tak pernah buat..

kali ni, buat kek chocolate moist. mujur jadi..

masa buat ni, terhenti2 coz aiman menangis nak suruh kita layan die. (walid plak turun ke surau)

putar2 telur, tinggalkan layan die sekejap. lepas tu, sambung putar lagi. stop dan layan die..sampai siap kek masuk oven baru tidurkan die..hehe ^_^

gambar??









 kek nye satu je, gamba je lebih ni..huhu..
topping die tambah ikut suka hati i..(badam hancur, di sangan dan tabur atas dia)

mekasih bace ye..^_^

nurkilan oleh;

Friday, May 20, 2011

naPe La taK boLeh lagI niE..

assalamualaikum..

yeah, today is the day..
why? result dpli ambilan julai 2011 dah kuar (sepatutnya dijadualkan hari ini). so, saya nak check either dapat ke tak..
tapi...dari tadi cuba buka page yang sepatutnya, tak dapat2 buka..stress tul..hehe..

haish..kali ni, saya tidak menaruh harapan yang tinggi (takut tersungkur, tertonggeng lagi, naya je), kalau ada rezeki, ada lah..kalau tiada, tiadalah (cuba lagi jika ada peluang tahun depan). yang penting, saya dah berusaha dan saya redha dengan keputusannya..

adoi, masih tak dapat check lagi ni.. haish ~~

nurkilan oleh;

tErtaRik & mEnariK??

assalamualaikum..
sangat menarik dan saya tertarik untuk berkongsi dengan semua ^_^

13 ALASAN TIPIKAL WANITA Y TIDAK MENUTUP AURAT
by Mohd Izzat

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.



4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”



nurkilan oleh;

Thursday, May 19, 2011

kOngSi jE La

assalamualaikum..

kenapa mesti pening kepala dan kepoh2?
dragon ball ada 7 biji semuanya. ^_^

okies..

:: perkongsian hidup ::

berdua lebih baik..
dua hati dua insan, satu perkongsian.
dua hati milik dua insan berlainan yang tiada pertalian apa2,
cuma ikatan nikah atas dasar satu perkongsian hidup..

bayangkan, dua insan berlainan jantina
tak pernah kenal hati budi, baik, buruk, keluarga, siapa kawan2nya, saudara maranya,
macam mana pergaulan sehariannya, minat yang  berbeza, hobi tak serupa,
cara hidup tak tau macam mana pula..cara tidur, mandi, pakaian..
ah..serba tak tau semuanya..

jodoh..

aku dan dia..kami tak kenal dan tak tau macam mana, atas nama jodoh dan kuasa Pencipta,
kami akhirnya bersama.
segala yang asing dah jadi biasa,
alhamdulillah, mudah aku rasa hidup dengan dia..

Tuhan itu Maha Mengetahui hambaNya,
dan siapa yang terbaik untuk hambaNya..
kita saja yang perlu sabar, usaha dan tawakal..
redha padaNya..


nurkilan oleh;

aPe naK bEbeL ni??

assalamualaikum..

sebenarnya terus terang saya cakap yang saya masih cari mood untuk post entry baru..banyak kisah tapi mood tiadala..so, terbengkala semua kisah2 yang nak di post..haish~~ pehtu, internet memang slow yang amat, download gamba je 'hang' berkali2, rase macam nak give up je..huhu

sekarang pulak terasa masa yang berlalu amat lambat. perut lapar sangat ni tapi lif rosak, malas nak turun coz dah nak waktu pulang keroje..benci tul tau..

actually, terasa sedikit upset dengan status pekerjaan saya sekarang..terfikir2 dan asyik tercari2 peluang pekerjaan yang lain. terfikir juga nak berniaga. tapi idea yang berlambak2 ni tak tau nak pilih mana satu dan nak mula dari mana..semak samun kepala ni..

rasa nak nangis tapi, membazir je kot kalau nak nangis pasal ni. bukan boleh ubah ape2 pun..

tak faham, apa yang kurangnya sehingga perkara macam ni boleh terjadi..
'sudah ada tanduk bertuah, gading tidak berguna lagi'

lif oh lif..silalah kau pulih serta merta..aku dah macam takde tenaga walau nak turun anak tangga..-.- ~~

nurkilan oleh;

Monday, May 16, 2011

ahad, 15 mEi 2011

assalamualaikum..

nak cerita dan kongsi pasal program semalam di kawasan rumah kami. program ringkas yang dianjurkan oleh surau pada kali ini bertujuan untuk beramah mesra bersama Biro Wanita dari Masjid Makmuriah, Kayu Ara.

program bermula pada pukul 3 (tapi sebenarnye bermula pada 3.15-3.20 ptg) ahad, 15hb mei 2011 ini dimulakan dari ucapan pengerusi surau (handsome banget pengerusi surau ni tau, suka tengok die control muka dengan dedikasinye ;P).
kemudian, disambung dengan perkenalan antara Biro Wanita Masjid Kayu Ara dengan penduduk di sini. ada 8 orang wakil dari mereka dan ketangan ahli penduduk pula mencecah 30 orang. dan buat pengetahuan semua (ayat wakil Biro masjid kayu ara), untuk kali ke 4 lawatan mereka ke surau kawasan masjid kayu ara, di surau inilah paling ramai ahli yang hadirkan diri di sesi lawatan mereka..^_^
yeay!! tahniah buat akak2, makcik2 dan juga saya kerana berjaya meluangkan masa dan mengikuti program ini. (dalam pada itu, saya rasa sepatutnya kedatangan kali ini agak kurang memuaskan memandangkan ahli penduduk lebih ramai dari jumlah 30 tu dan ahli yang datang pula dikalangan makcik2 dan akak2 yang memang biasa involve dalam program2 yang dijalankan sebelum ini..kemana belia2 ye? :: not included me yang memang suka menyibukkan diri dalam program2 yang dijalankan, kalau saya ada di sini la..dah terbiasa dengan zaman2 duduk kat kolej uitm tu..nak merit la katakan..huhu:: lagipun, bintangku merupakan orang kuat surau jadi kami semua termasuk aiman memang turun ke program tu).
apapun, since diorang happy dengan kedatangan pada hari itu. program dijalankan terus lancar sehingga masuk waktu asar. kami berhenti solat dan sambung bagi sesi penyampaian cenderahati dan jamuan ringkas dari penganjur..

antara aktiviti program ringkas itu ialah, sesi menonton slide show berkenaan dengan aktiviti yang pernah dijalankan oleh masjid kayu ara(menarik dan tertarik juga boleh diaplikasikan di surau kami), sesi ta'ruf, aktiviti berkumpulan membincangkan idea untuk menarik muda mudi ke surau (kenapalah golongan ini yang susah sedikit di tarik ye),  perbentangan ape yang dibincangkan dan bertukar2 pandangan berkenaan mengimarahkan lagi surau dan masjid..

saya agak tenang menghadiri program kali ini kerana aiman yang turut serta telah diambil hak penjagaannye ke walid (itu pun selepas walid habis berucap) dan membenarkan saya betul2 khusyuk dan involve dengan program kali ini.

tahniah buat penganjur, bagi mengendalikan program ini. memang ada sedikit kekurangan(dari pemantauan saya) dan semua itu membuatkan hati saya terdetik untuk sama2 menjadi penganjur(bukan hadir saja) dan memberikan idea2 yang mungkin dapat menolong program pada lain kali..syiok wo..
eh, tahniah jua kepada mereka yang hadir (juga diri sendiri). walaupun program kali ini disertakan dengan hujan lebat dan guruh kuat yang amat.^_^

(gambar tak berapa cun dan malas nak edit ^o^)
ni je acara yang sempat di snap kan..

wakil surau kami beri cenderahati untuk wakil Biro masjid Kayu ara
hehe ^_^
muka terkejut aiman lagi
kami semua yang terlibat ^_^

** aiman??
 + aiman ikut sekali program ni tapi, lepas habis berucap walid amik aiman ke surau. bertujuan agar ummi tenang menjalani program itu. tapi, walid cerita yang aiman menangis terkejut bunyi guruh (siapa tak kan??) dan buat muka takut ( i can imagine how he looks like, mata bulat dan hilang kesepetannye..;P). then, aiman tidur keletihan di samping walid (bawah ketiak walid sebenarnya). yang bestnye, walid pun tidur same kat surau tu. terjaga bila ada orang kejutkan dia bila masuk waktu asar..haish~~.^_^

 + aiman kt umah kalu masukkan walker, bergayut je kat kain ummi (kalu die rasa nak perhatian ummi die. dengan walid, tak pulak..huhu). ikut kemana saja ummi buat kerja dan menangis kesayuan bila ummi tak layan die..ehehe..

+ apa ummi buat?? ummi akan bagi mainan pada aiman dan sambil buat kerja ummi akan panggil nama die (aiman or ahmad, biar die tau yang ummi ada kat araound die), kadang2 saya panggil die untuk cari saya(macam hide and seek tu), atau saya sekejap2 datang kat die tengok ape die buat/main, cium pipi tembam die, tarik telinga die atau saya jadi harimau (bunyi ngaum sekali bagi real sikit) dan kejar die..huhu (ini semua membuat kan kerja rumah delay memanjang..huhu ^_^

+ aiman sekarang (sebenarnya sejak minggu lepas) dah giat membebel  dengan perkataan "dadada","mamama" dan macam2 bunyi yang comel didengar bagi bayi sebesar die dan baru nak pandai keluarkan patah2 perkataan yang kita tak faham tapi die gembira ^_^

** walid?? oooOooo..saya nak ucapkan banyak2 terima kasih yang tak terucap dengan kata2 kepada bintangku yang bersusah payah membantu buat kerja rumah..terima kasih sayang, i love u more than u know ^_^. terima kasih Allah SWT atas pemberian pinjamanNya yang satu ini..
+ eh, ada yang baru tau saya ni isteri ustaz ke??..huhu (die bukan ustaz la kak..ni pesanan dari bintangku kepada akak2 dan makcik2 yang panggil die ustaz ;P)

** tak lupa, selamat hari guru kepada guru dan pendidik2 di luar sana..(termasuk saya ^_^). semoga kita terus tabah dalam mendidik anak bangsa kita..(leh tak nak juga nyani lagu "kami guru malaysia, berikrar dan berjanji..lalala")..



nurkilan oleh;

Tuesday, May 10, 2011

mOtheR's daY

assalamualaikum..
sebenarnye, saya rasa macam pelik skit coz saya dah pernah post topic mother's day ni. tapi tak tau ape yang terjadi, ia hilang dalam senarai entry saya..pelik..

apepun, sebab ianya berkenaan hari ibu, maka saya akan terus gigih menulis entry ini.

"ibu, ibu..engkaulah ratu hatiku" sejauh mana lagu ini meresap kedalam jiwa korang ek? sejauh mana maksud lagu yang tersirat mahupun tersurat ini ditafsir korang?

apepun pandangan atau buah fikiran korang terhadap lagu ni, semuanya sebab kita ini ada ibu/mak/emak/ummi dan lain2 panggilan untuk wanita yang melahirkan kita..kan, kan?? ^_^

hari ibu saya tahun ini??
bilamana saya teringat yang hari ini adalah hari ibu, saya terus berbisik "selamat hari ibu, mak..hajar sayang mak"..hanya bisikan yang saya tak tau sama ada mak saya dengar atau tak. cuma itu yang dapat saya katakan dalam bisikan..(semoga roh mak tenang di sampingNya).
tahun ini, tahun pertama saya tak dapat nak verbally secara direct/telepon wish kat mak sy sebab bondaku telah pergi bertemuNya..

tapi kalu dia masih ada, she definitely akan reply wish saya dengan "oo ye ke, terima kasih." dan saya dapat bayangkan (kalau saya wish melalui telepon), die akan tersenyum  sipu dengan kata2 tu..(senyuman mak macam saya kot, cume bezanya umur kami ^_^)..setakat yang saya ingat, sejak saya tau kewujudan hari ibu, saya tak pernah missed untuk wish mak saya hari ibu, malah pernah saya bagi sejambak bunga untuk mak saya..^_^

erm...rindu betul pada mak..rindu sangat..Allah saje yang tau betapa saya rindu pada dia, kata2 nya, bebelan die, nasihat die, senyuman die dan segala2nya tentang emak..
lagi2 bila saya sendiri memegang title ummi kepada aiman, baru saya sedar dengan penuh mendalam erti kata 'hati ibu'..

teringat juga kata2 mak, "kau tak tau ape mak rasa, nanti dah jadi mak..baru kau tau.." masa ni saya tak ingat kenapa mak cakap macam ni..huhu..tapi, memang betul ape kata die..dan untungnye, saya anak perempuan dan berpeluang menjadi seorang ibu.

tau tak?? sejahat2 seseorang individu tu, sape yang sanggup terima, memaafkan die? mak..emak die la..(selain Allah)..

memang rindu die..lagi2 bila berat sangat rasa hati ni membendung perasaan, terasa macam nak telefon emak untuk cerita macam2 kat die..(kadang2 bila saya sedih dengan sesuatu perkara, saya akan telefon emak..bukan untuk cerita perkara yang membuatkan saya sedih, tapi cukup sekadar dengar suara emak..saya akan rasa kekuatan seorang ibu yang akan terus memihak kepada anaknya dan membuatkan saya terus tabah).

saya rindu bila saya rasa semua orang salahkan saya, hanya mak yang kata tak apa kalau buat salah.
rindu bila rasa diri ni memang dah jauh terperosok kat dalam, mak datang dengan kata2 penaik semangatnya.
rindu bila saya rasa dah tiada siapa nak berkawan dengan saya, mak kata mak setia di sisi saya.
rindu bila saya buat salah bukan sekali malah berkali2, mak tetap kata selagi masih ada masa kau mesti terus cuba.
rindu bila saya buat kuih tak jadi, mak datang tengok hasilnya dan sambil tersenyum dia akan kata 'cuba lagi lepas ni' selepas rasa kek yang bantat..tapi die terus makan macam kek tu sedap.
rindu bila saya keluar bermain, mak datang bawa air dan kadang2 sama join gelak ketawa (kalau arwah abah ade, die juga turut serta).
dan macam2 moment yang saya rindu bila bersama emak.
paling saya tak kan lupa, saat saya rasa hanya mati penyelesaian segala dan airmata tak putus asyik berjurai2, emak datang sebelah saya, sambil memegang tangan dan bahu saya tanpa berkata apa2, dia turut mengalirkan airmata tanda walau ape yang terjadi, emak sentiasa di sisi saya. saya anak dia.
mak saya tidak berpelajaran tinggi, tapi dari ilmu keibuan, die cukup untuk jadi yang teratas di hati saya.

terima kasih emak untuk segalanya. terima kasih Allah atas pinjamanNya, emak saya.
the one and the only Pn. Hajah Zaitoon Bt Mansor.


bila teringat semua moment tu, macam nak kuar juga airmata ni..(siapa yang tak kan..)


buat la macam manapun, kita masih tak mampu nak balas jasa seorang ibu..(hanya berdoa agar Allah membalasnya)

dari dulu sampai sekarang, saya memang benci tengok anak yang layan makayah mereka dengan cara kurang ajar..kuatkan suara dan sebagainya (bab makayah ni, memang pantang!!)..tak kiralah siapa mereka (even tengok drama pun saya leh emosi bab2 macam ni..huhu)..jeles juga bila tengok diorang mesra bersama mak
masing2 tapi tidak saya..rasa nak nangis lagi..-.-

kepada mereka yang masih mempunyai makayah, hormatilah mereka..(ringkas je pesanan ni, kalau tak faham tak tau la..).
kepada yang makayah nya sudah kembali ke rahmatullah, jangan putus doa untuk mereka (ingatan pada diri sendiri juga). doa anak yang soleh adalah salah satu harta makayah kita yang berpanjangan.

** tak lupa kepada semua ibu2, ibu mertuaku juga mak/ummi/emak/mummy/mama dan lain2 panggilan asalkan kamu seorang yang pernah melahirkan, "selamat hari ibu" saya ucapkan. semoga kita terus tabah menjadi ibu.
+ syurga terletak di telapak kaki ibu, maka jangan di salah gunakan ye..^_^
+ setiap kata2 ibu itu adalah doa dan ia dimakbulkan, jadi jangan tersilap kata/doa ye ibu..anak kita, masa depan kita dunia dan akhirat ^_^

** ummi tunggu aiman wish ummi hari ibu..mesti saya nangis sebab saya ni sensitif..huhu ^_^

+- hari ibu penting untuk diucapkan oleh para anak juga suami kepada ibu dan ibu anak2nye, kerana wanita ini mudah tersentuh hatinya..jadi, dalam 365 hari yang korang kate hari2 boleh sambut hari ibu tu, ape salahnye amik satu hari ni untuk ucapkan terima kasih ibu n selamat hari ibu buat bonda korang tanda penghargaan..sure ibu/wanita itu ingat sampai bila2 at least untuk setahun tu (tunggu sampai hari ibu tahun depan, itupun kalu masih bernafas). saya wanita dan ibu, jadi saya juga turut rasakan perasaan itu..(dan yakin semua wanita/ibu at least mengharapkannya walaupun tak terungkap ::typical ibu:: )

habis sudah, terima kasih membaca ^_^

nurkilan oleh;

Friday, May 6, 2011

shOrT nOtes

assalamualaikum..
hai there!! yeah u guys yg sudi bace blog sy ni..huhu. rindunye kt blog sendiri..

dah lama jugak tak post new entry kat sini. haish, kalau nak diikutkan, banyak benda nk di omelkan kat sini. tapi..bb celcom sy ni buat hal pulak..pehtu, line internet kt opis plak under construction..why??
sebab dengan banggenye, sy nk bgtau yg opis kami ni berpindah dari level o ke level 6..so, minggu ni baru beroperasi...macam2 hal..

ni pun bb ihsan dari opismate yg katenye sudah kebosanan dengan facebuk die.huhu..tQ pn. Shamala ^_^

okey ler, dpt green light pinjam bb ni doesn't mean sy leh sesuka hati buat harta sendiri kan..

by the way, bila semuanya ok..insyaAllah sy akan update new entry based on date die ye..

k, semoga jumpa lagi ^_^

nurkilan oleh;

Thursday, April 28, 2011

maLaM yanG gElaP beRlaMpukaN liLin

assalamualaikum..(sila buat intonasi prof. izi HotFM)

entry kali ni cume nak bagitau yg semalam, kami berlampukan lilin dua batang je..
sedih x??


huhu..tak perlu sedih2..bkn keputusan tenaga elektrik, tapi...

candle lite dinner..
ape itu candle light dinner??tak tau? jangan malas, sila google je ye..biar sy je yg malas nak bagitau kt sini.hehe ^_^

okies, balik semula pada hari kejadian..rabu, 4hb april 2011. kenapa hari rabu?
hari rabu dipilih berdasarkan planning yg tak menjadi sejak hari isnin lepas..so, hari rabu tu nekad nak buat jugak. tak kire macam mane sekalipun..(actually ade beli air best kt halal hub hrtu nak buat candle lite dinner ni, tapi sampai habis air tu..candle lite dinner tak jadi2 plak..so, tukar menu beverage. haish..memang xikut plan langsung sy ni tau..;P)

so, rabu tu balik dari keje dah tanye bintangku either die pergi ke tak class insurance (dalam hati dah plan macam2 ms die pg class tu)..suddenly, die jawab maybe tak coz ade meeting surau malam ni..
gedebuk..adeih..jatuh luruh sume plan cantik sy..
tak kan nk tunda lagi..so, cakap je kt die yg sy nak buat candle lite dinner (ikut term sy le..lantak orang nak cakap ape..huhu) mlm ni.. die cakap okey je..

dah sampai umah, siap solat main jap dgn aiman n bagi susu n tidokan die..(masa ni, bintangku dah turun ke surau la kan..)

start buat makanan yang ringkas dan air. set table n cutlery (cuba meng'apply'kan ilmu yg sy blaja dulu le kononnye..;P). tengah siapkan final preparation. tetibe...


terdengar sesorang sedang cuba membuka pintu tapi kunci tak match2 dgn tombol pintu..(bintangku le tu..)
gelabah jap..

dan, pintu terbuka sambil lampu terbuka, meja tak siap lagi, air xbagi ais lagi dan plg xbest..baju i pun xready lagi..huhu..malu saye..haish..kantoi..-,-

pehtu sy buat muke terkejut pd bintangku. (tanda i'm not ready la sayang..nape balik cepat sangat..adoyai..) bintangku hanye tersenyum berdiri kaku di situ(ruang pintu masuk)..hehe..

seperti biasa, nak cover kan.."abang cepat tolong letakkan ais dalam air tu..pehtu pasangkan lilin ye.." dan saya buat2 sibuk dengan makanan..kihkihkih..

siap semuanya, kami menikmati hidangan yang paling simple dan cepat sy dapat buat..(background music, something stupid by Frank Sinatra..^_^)..



table setting suke ati i ^_^
menu simple n cepat siap
menu same tp, decorate cara lain (leh gitu ;P)

:: gegar ::

abaikan background view ^_^

bintangku dan muka banggenye dapat surprise candle lite dr sy (surprise sgt la..)

 +- apepun, semua ni hanya untuk beri kelainan pada masa lapangan kami..kadang2 sesekali kita perlu moment ni..for me, i choose to prepare all this by myself because sy nak bintangku tau yang saya buat semua ni sebab i do appreciate him to be my partner, the only partner.(kadang2 susah nak express dengan kata2, hanya perbuatan n tanda penghargaan macam ni yang dapat sy buat untuk die..ouch..tetibe sy yg terharu ;;apehal;;) hehe..

+- i choose my home sebab..dah malam la, tak sampai hati nak letak aiman kat pengasuh die..anak ummi tu comel sangat sampai ummi xleh kalu die xde dgn ummi..huhu..

+- makasih juga to my star coz walaupun penat + pening (br habis meeting kan), masih leh senyum n layan wife die yang sesuke ati je ni..ekeke..kami siap menari tanpa step lagi mlm ni..^_^

+- makasih juga kt anak ummi yang memahami pada malam ini kerana tidak bergoyang2 buai tu (kebiasaannye tanda die nak dienjut) dan tak merengek..tido dengan lena..

** alhamdulillah, bahagia dengan ape yg dipinjamkan olehNya **



nurkilan oleh;


Wednesday, April 27, 2011

maLunYa saYe..

..pelik sy tengok seseorang tu..

dok tarik-tarik kain yang memang pendek. malu le saya..
haish..budak-budak remaja zaman skang, zaman yang hampir kiamat ni..

udah memang kain tu pendek, ape lagi nak ditarik-tarik untuk labuhkan die kan..konpemla tak bley..
saje konon nak tunjuk yang "saya pun ada rasa malu tau..janganle pandang lame-lame kat bahagian bawh i ni..malu.."

bak kate pengacara 'edisi siasat', tv9..
"ape kejadahnya.."

erm..tak tau la ye..kalau diimbas balik..(ikut pemantauan saya la)..

ms sy sekolah rendah dulu..xpernah pulak cikgu mewajibkan pakai tudung n baju kurung..(skang mcm mn ek?)..so, to be honest ms sekolah rendah (sampai darjah 2 pun sy masih pakai gaun biru sekolah tu..rambut tocang 2..hehe (terasa comel plak teringat zaman kanak2..;P)..eh, dah lari skit..

tp, dek wujudnya matapelajaran agama dan sekolah agama(belah petang, n orang johor tau le pasal ni), sy dan ade sorang dua lagi pelajar perempuan (yg sorang tu anak imam, ye..) mula pakai baju kurung dan bertudung..(nk pg sekolah agam xpakai tudung, memang tak mungkin le kan..(bg sy la). then, secara tak langsung dan rasminya saya mula bertudung, sebab?? bkn sbb saya tengok orang lain bertudung, saya pun nak bertudung..bukan juga sebab cikgu agama suruh(tidak secara rasmi, tp dgn ilmu yg disampaikan..)..tak lain tak bukan, kerana tuntutan agama islam.
lagipun, dah diajar cikgu kan berkenaan tutup aurat kat sekolah kebangsaan, sekolah agama..tak kan tak reti2 lagi? tak faham lagi dosa ke pahala?? adoi..

masuk sekolah menengah plak, lagi le malu nak buka2 tudung ni..(faktor kematangan ye)..so, memang tak mungkin le nak free2 je kasi orang bukan muhrim tengok aurat i ni..hehe..malu saya..

soal pakaian plak, memang kene tutup la ye..ms dolu2 plak, tak de la pakaian jarang2 ni..(atau mungkin sy tak didedahkn dengan jenis kain macam ni..hehe..selamat..)

sampai sekarang, alhamdulillah tudung masih terlekat di kepala dan pakaian masih terjaga..lagi2 bila dah kawen ni, auratku hanya untuk bintang hatiku ^_^

itu saya..dan zaman sekolah saya dengan bertudung..
(mungkin leh cakap saya ni bukan le baik sangat dan bukan le alim sangat..:: memang xpernah mengakupun:: ,cuma..xde la saya ni terlalu berani melawan arahan Allah yg satu ni.

ce tengok sekarang..

kalau tak silap, ramai budak sekarang lagi cantik bertudung bila pergi ke sekolah..(sejuk mata memandang)..tapi, yang sedihnya..ramai jugak yg keluar je sekolah terus tarik tudung (nauzubilah)..atenye, korang ni pakai tudung sebab ape ye?? konpius saya..salah mereka ke salah sistem negara kita? erm..

sudah la dengan yg tak bertudung..ade pulak yang bertudung tapi tak sempurna..(macam mane tu?fikirlah..)
pakai tudung tapi baju singkat, seluar ketat dan nampak bahagian tuut..
malula saya nak cakap lebih2, coz saya pun kaum hawa..

dan sekarang ni, banyak pula kes2 berkenaan dengan hubungan terlarang, maksiat..haish~~ :: sungguh saya risau nak membesarkan anak pada zaman akan datang..perlu banyak ilmu, banyak sangat..::

rasanya, kes2 ni mungkin ada berkaitan dengan menutup aurat..ye, ade juga yang dah tutup aurat pun tetap mengalami kisah2 tak berapa best..but at least kamu sudah mengambil langkah berjaga2 dan mengikut perintahNya kan? selebihnya, hanya Dia yg tau..yg penting kte kaum hawa jangan provoke kaum adam. they are man, u know..man..

ade orang cakap, "ala, kalu bertudung tapi hati busuk buat ape. baik tak yah pakai tudung, yg penting hati baik.." sesuai ke cakap mcm tu kalu kamu itu beragama islam??

:: saya doakan semua kaum hawa yg beragama islam yg baik hati akan dibukakan hatinya untuk bertudung..amin::

xpela, malu saya nak cakap lebih2..biar saja anda yang berfikir ye..^_^
Allah SWT tidak meletakkan sesuatu hukum jika ianya tidak bersebab..kita punya akal dan fikiran. gunakanlah sebaik mungkin..^_^

dan mungkin saja sistem pendidikan negara kiat perlu  lebih menerapkan "wajib menutup aurat bagi wanita muslim" dan terangkannye dengan lebih kemas agar pendidikan ini betul2 difahami ^_^

" saya sayang kaum hawa "
(bukan sebab saya suka kaum sejenis ye, tapi wanita ini memang harus disayangi dan dihormati)




Tuesday, April 26, 2011

dIe daH kawEn la...

assalamualaikum..

die dah kawen..betul tak tipu..
sape?? oooo...

abang saye..abang yg betul2 atas saye(almaklumla, sdik beradik sy mmg ramai lelaki n sy ade 7 org abang..huhu)

sy pggl die emi.senang kan nk panggil, emi, emi, emi..

well..sbb die yg kawen kali ni..nk le sy cerita pasal emi ni skit..

md.hilmi name sebenar..orangnye lembut (bukan auw ye..-adk bradik sy sume jantan2 tau)..lembut means, gentle ler..seingat sy, jarang nampak die ni marah2 (tak penah kot..)-beruntung le jd isteri die (satu kelebihan ni, tp jgn di salah guna kan..^_^)

org nye juga rajin..(sy lg malas dr die..huhu..diekan abang..)

dulu ms sekolah(kami satu sekolah dr form 1-5, sekolah rendah pun same), kami agak rapat..dan dalam ramai abg2, die le plg rapat dgn sy (ni bg sy, xtau le die mcm mn).

pg sekolah kdg2 same2, gurau kt umah pun same2 (termasukle adik sy ;P), main bola, badminton n lain2 lagi.sekolah rendah, masuk sukan same2..

kalu nak tau, ms sekolah menengah dulu die ni pengawas..kengkawan die pun pengawas tp yg jd lainnye die dr kwn2 die, die ni ahli pasukan bola sepak sekolah..so, femes la die..ramai peminat..(teringat ms sekolah rendah dulu, ramai gak akk2 yg kim salam kt die ni..ceh..ade ke sy yg nk dijadikan org tengah, mmg xlyn la kot..)

erm, die ni mat cool..(coz sy xpnah nmpk die marah yg amat stakat ni, hope sampai bile2)..

teringat ms arwah abah ade, die ni jd org harapan abah..ajak le pg mn2, emi ikut je..xkire le ms tu penat ke tido ke ape ke..xpenah kate tidak..itu emi yg sy knal.
xpernah kata abah tu die bangkang..dgn arwah mak pun same, ikut perintah je..xde membakang..dan tak pernah gak le die nak naikkn suara dgn arwah makabah dulu..sanggup plak tukar dr keje kt mersing ke bt pahat utk jg mak (tp, xkesampaian coz sehari/dua die dpt transfer..mak dh pergi tinggalkn kami..al-fatehah utk roh makabah)
itu emi..

die juga org yg soft spoken, xde jerit2 kalu ckp kecuali buat lawak yg memerlukan die jerit..hehe..owh, terlupa..die ni suke buat lawak jugak..n salah satu org yg suke melawakkn sy..(akukan adik..kenela buli..cet..)

kisah cinta die yg terdahulu?? hehe, sy tau le sedikit sebanyak..(cume lps sy kawen, mcm dh kurang skit info tu coz sy dh dok kL, die kt kampung..)
kecewa & dikecewakan mmg lumrah orang bercinta kan..(sebab tu le kalu nak bercinta kene terima risiko putus cinta..ngerti?)
cume, dlm byk2 kisah cinta die..gadis pilihan die ni je yg sy kurang kenal..
ingat lagi, die tanye sy raya tahun lepas nak kenalkn pd sy.tp xsempat..ms bertunang pulak sy masih dalam pantang..so, sy just berkenalan dr facebook..tak banyak pun chat, tp mcm dh kenal lame..huhu..
alhamdulillah, sah jd isteri dah pun..means, mmg jodoh emi. lagipun, isteri die ni cikgu..so, sy suke cikgu..huhu (motif??)

by the way, hari sabtu lepas ialah hari sah die bergelar suami kepada freda nadiana. untung la eda ni dpt die..seyes, k..
actually, hr jumaat pg dlm perjalanan ke mersing(kami menginap kt tg.leman, mersing) sy dh rs sedikit sedih..(kenapa??)
pehtu, hr sabtu pagi dlm perjalanan ke umah perempuan utk nikah pun sy rs lg sebak..(kenape????)
dan akhirnye, lafaz nikah pun disahkn oleh imam (sebak lagi..tp, biaselakan..)
dan, dan..ketika pasangan bersalaman dgn sanak saudara..tibe turn sy cium tangan emi..ape yg berlaku??

air mata ku berjujuran keluar juga..sebak tengok akhirnye abgku kawen juga..rs sedih coz lps ni xleh dh nk manje2 dgn die(pdhal bkn le sy ni manje pun..)
terasa, die dh diambil org..mcm bakal terputus tali saudara..(emosije lebih ni..)
pdhal, itu utk kebahagiaan yg die cr selama ini..sy sebak n gembira hrtu..

haish..xleh tulis dgn penuh perasaan, airmata ni ngade2 nk kuar lg..
cukup le hari tu sy sorg je dlm ramai2 adk bradik yg melelehkn airmata..malu i ;p

apepun, buat emi;
syukur akhirnye kau dh jumpa org yg bakal menghiasi istana indah. semoga berkekalan hingga ke syurga..semoga korg dilimpahi rahmat Allah dan rezeki yg tak putus2 drNya..bykkn sabar(sdgkn selama ni ko mmg penyabar..), alam rumah tangga mmg bahagia n sesekali mmg ade ujian yg dtg..berkomunikasi sebaik mungkin..freda nadiana(msh xtau nk pggl die ape..hrtu, die ade suruh kami pggl die eda je..tp, bg sy ni nk pggl eda ke k.eda??die lbh muda dr aku sey..adoi..^_^) comey,akk ipar baruku itu (ini le akk ipar yg last.pehni tggu adk ipar plak ;P)

buat akk ipar baru bernama best, freda nadiana;
awk mmg comey n sesuai dgn abg sy, emi..huhu..gonjeng n leh masuk dgn family ktorg yg kdg2 mmg senget skit ni..(bkn kdg2, selalu la jugak..).jadi isteri solehah emi ye..saling membahagiakan, senantiasa berada disisi susah n senang, jaga die leklok i'Allah emi jg awk berganda2 elok(die seorg yg penyayang), dpt baby cpt2 coz emi mmg suke dgn bdk kecik(semua ank sedara suke dgn die coz die ade ciri bapa penyayang@mithali)..n keep cute sentiasa!!

k lah, sampai sini je cite pasal die..skang dh jd suami org, xleh nk kaco die sesuka hati..huhu ;P

ade gak gamba2 ms die kawen kt mersing..nk upload satu2 byk banget..so, ni je yg termampu..nak tgk yg lain? click sini. tQ

1. ni rombongan simpang lima, batu pahat..yg dpn tu pengapit emi..hensem & msh blum berpunya..^_^

2. ni le emi sebelum akad(blum jd suami org lg ni)

3. ececeh..mcm xcaye je abg ku ini sudah kawen..


4. ni kt luar rumah isteri die & selepas kejadian yg memalukn ummi aiman..(aduish, napele airmata ni senang je kuar..)

5.merah nye mak ngah..

6. potong kek yg sedap..tp, sy xdpt join mkn damai coz aiman meragam kepanasan..^_^


7. ummi&walid aiman dgn cik emi


8. semoga kalian berbahagia sokmo!!













aiman??
aiman syok skang dh ade walker..hr pertama naik walker kt umah, die senyap2 masuk bilik n tarik seterika..mujur xterhempap seterika..cume ironboardje..huhu..tp, skit je coz ummi die cpt2 tgk die menjerit..aiman, aiman..xleh lepa skit..bijak sangat anak soleh ummi&walid ni..^_^




nurkilan oleh;

Monday, April 18, 2011

aNdai

assalamualaikum..

andai saje dia tau..

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

** aiman, hampir nak merangkak..semalam, benteng yg walid buat guna bantal dah berjaya direntasi..aduish..skang ummi&walid berfikir2 nk beli walker ke tak..

:: habis dah ::

nurkilan oleh;

Thursday, April 14, 2011

aPe kaTa diA?

assalamualaikum...
sakit kepalaku, tapi artikel ni macam menarik untuk di share kan..

bacalah, bacalah..

" Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu " 

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Dato' dr Fadhilah kamsah seorang suami, saya juga seorang isteri..^_^

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

 nurkilan oleh;

wHaT haPpeN oN 8th April 2011??

assalamualaikum..

macam dah lama tak post ape2 kan..so, hari ni nak le post something..
actually kepala rasa sakit coz urat di leherku ini seperti lari dari tempat biasa..hehehe..camne leh jadi camtu ye..
ala..yang orang cakap salah urat ke salah bantal ke salah tidur ke..semua tu la gejala yang melanda keadaan leherku hari ini (sebenarnya, dari semalam lagi)..nak pandang ke kiri macam robot le jadinye..cobaan betul..

apa2pun, berbalik kepada misi hari ini..
just nak share a bit bout aktiviti  masa lapang saya (lapang la sangat kan..;p)

korang mesti tau kan pasal event kat bawah ni kan..

so, hari  jumaat, 8th April tu ktorg larik jap untuk tengok exhibition ni..(well, ini semua untuk pengetahuan kami juga..as lecturer tourism n hospitality kan..kene la update event kt Malaysia ni..hehe..^_^ )

so, just nak share gamba2 yang saya rasa menarik untuk di share bersama kamu (sape2 le yang terasa diri die tu pembaca entry ni..ade ke ek?? huhu)

1. ni antara pameran design kasut yg ade kat luar hall tu.. ni dapat first prize..unik n cantik n boleh dipakai kan..

2. kasut yang merah menyala ni ade di letak kat luar hall tu..mmg khas untuk sesape yang gile nak bergambar macam saya ^_^
cuba mengusap kasut ni dari jauh..;P
3. jeng jeng jeng.... ape yang misterinye ek..


 ...
...
...
...
...
...
...
...
dah le ye..penat taip titik2 tu..(malas)
4. ianya tak lain dan tak bukan, kasut..nyonya style..ade tulis pun kan..cuma yang specialnya, ia diperbuat daripada cokelat..dan ruang ni penuh dengan bau coklat...rasa macam nak gigit je..hehe ^_^


5. korang kenal sape die? dari segi raut kepala die(gaya wambut die tu) n raut muka die, tak kan tak kenal kot.....hehe, never mind..i'll let u know who he is..


6. Ta da...tu muke dari depan..sape lagi kalau tak Dato' Jimmy Choo..die ni memang sinonim dengan kasut..ape kelebihan die pun, sy xtau..yang saya tau, kasut die ni ramai dipakai oleh orang ternama..n konpem le mahal coz designb die satu je..but, i don't care of it..maybe itu kelebihan die, saya plak saje sebok2 amik gamba dengan die..coz tak ramai orang pun masa tu..huhu..eh, btw kalau nak tau sape die dengan lebih lanjut, just klik kat name die tu ye..^_^


 7. ok, sy tak ingat brand ape kasut ni.. memang smart le..(pd saya, kalu korang rasa tak..suke ati la ye..)
kalau le someone bagi kasut ni kat saya..wow wee...bestnye..but one question to myself, saya nak pergi mane sampai nak pakai kasut camni ek..(termenung jap)``pehtu, leh ke tahan kakiku ini dengan kasut setinggi itu?tak melecet ke kaki i ni ye..'' ~ ~ tengok je le ~ ~


 8. Ni plak antara pakaian pelik2 yang di matchkan dengan design kasut yang pelik2..


 9. ha.. korang tengok le terompah ke ape ntah ni, beso gedabak..ade berani nak cube??


 9. eRm, buat pengetahuan kamu..saya tak de keroje nak pegi sini sorang2 ye..saya ada teman yang juga peminat kasut..sape? tengok le gamba die kat bawah ni..identiti dirahsiakan..(rahsia la sangat ):P


 10. terlupe plak, kat bawah ni salah satu hasil buatan tangan dato' jimmy choo..satu je kot kat dunia ni..(sy agak2 je, nak tau kesahihannye, tanye la sendiri kat die k)

 

 11. yang kat bawah ni pulak bukan dato' jimmy choo yang punya..tapi ahmad albab yang punya (cakap dalam nada jin dalam gua cerita ahmad albab tu..) hehe..tak ingat brand ape, tapi kasut yang kat kotak satu dan dua dari atas tu, harganya 6k lebih..nampak macam biase je kan..tapi, itulah kenyataan..huhu..(korang jangan terkejut le, ade lagi mahal dari ni)..design macam biasa2 je, tapi  bak kate orang yang jaga booth ni, kasut ni tapak die tahan n tak mudah pecah..lepas tu, bahagian tapak kasut ni ade kilat2 dan kilat2 tu, tahan until 2 years ye..(berbaloi ke ek?) ~ pikir le sendiri ~
kalau saya, tak ada maknenye nak beli kasut mahal2 walaupun masa tu sy mampu( i wish..)..huhu ^_^


eh, dah habis le pulak ye..nak tengok banyak lagi gamba kasut2 yang comel, kiut, kecik..leh le klik kat sini. banyak, korang..seyes tak tipu..huhu..^_^

k la, cukup untuk hari ni ye..lagi satu exhibition yang saya pergi minggu lepas akan di post to the next entry (definitely not today, coz i dah sakit kepala..)

aiman?? anak ummi tu dah menyelongkar beg pakaian die (memang salah ummi le letak dekat dengan die..).
aiman juga dah pandai..kalau ummi gerak pergi dapur or mana2, die nampak takde oarng lain je start le menjerit2 suruh kite temankan die..urm..bijak betul anak ummi ni..^_^

btw, thanks to those yg membaca entry kali ni..

nurkilan dari;